Wednesday, June 24, 2015

Yellow Boat for Hope

Benar, masa kecil saya agak susah dengan pendapatan keluarga yang tidak seberapa. Ayah adalah seorang pekerja kilang ais sebagai pembaiki enjin kilang air batu di Sungai Besi dengan gaji yang kecil.

Emak tidak bekerja namun dengan kepandaiannya membuat kuih muih berjualan di tepi jalan. Ada beberapa jenis yang dibuat sendiri dan ada juga kuih yang diletak oleh jiran-jiran. Kami tujuh adik beadik, menjadikan zaman persekolahan saya tidak mewah berbanding rakan lain.

Namun itu bukan halangan untuk kami adik beradik menempa kejayaan bersulam saat pahit manis meredah pagi berjalan kaki ke sekolah, ditimpa hujan ketika pergi dan balik sekolah, dikejar anjing, pakaian comot dan banyak lagi kisah suka dan duka yang tidak akan kami lupakan dalam hidup...

Hari ini saya terbaca kesusahan pelajar-pelajar di Filipina (artikel ini merujuk dj Zamboanga) yang meredah lautan dengan menjunjung beg sekolah di kepala hampir setiap hari - semata-mata mahu menuntut ilmu.

Mereka terpaksa membiarkan baju sekolah (sebenarnya pakaian biasa, bukan uniform sekolah)  mereka basah sepanjang perjalanan meredah air dan kemudian masuk bilik darjah dengan baju basah.

(CNN) -- In an age where many school children are ferried to school in their parents' SUV, the idea of having to swim to school over open ocean or wade through muddy mangrove swamps to get to class might seem part of a cruel and long-forgotten past.
But in some of the fishing communities near Zamboanga City in the Philippines, swimming half a mile of open water in school uniform while carrying school books tied up in plastic bags on their heads is still a daily reality.
When Filipino blogger Jay Jaboneta, co-founder of Yellow Boat of Hope, learned about the situation on the sidelines of a conference in the southern Philippines province of Mindanao in 2010 he was shocked.
Namun Alhamdulillah telah diwujudkan satu agensi bagi membantu pelajar-pelajar ini dengan menyediakan mereka satu perkhidmatan yang dikenali sebagai "Yellow Boat Foundation'.

Saya jadi seronok pula melihat wajah gembira anak-anak ini menaiki bot warna kuning ini! Seronok seperti pergi melancong pula rasanya... namun ini hanya perasaan saya - perasaan mereka lebihlah lagi hendaknya!

Ke sekolah naik bot - satu pengalaman yang menarik!

* Baca artikel penuh di sini >> Yellow Boat for Hope <<<

Saksikan banyak gambar-gambar yang menyentuh hati tetapi menimbulkan rangsangan untuk anak-anak terus gigih berusaha mencari ilmu.

No comments: