Berikut ini catatan ulasan sahaba blog saya, Acik:
Malam itu Warda tidur dengan dada lapang. Dia tidak mhu memikirkan hal yang selama ini membuatkan hatinya tidak tenteram, yang menjadikan langit dan buminya tidak tentu arah... yang membuatkan ingatannya selalu sahaja bercelaru.
Ya ALLAH, limpahilah aku dengan kekuatanMu. Iringilah langkah kaki dan niat hatiku hanya ke arah kebaikanMu. Dunia ciptaanMu ini penuh dengan rahsia. Ia sarat dengan muslihat. Kadang-kadang semua itu kelihatan baik sahaja, padahal ada sengketa, ada musibah di akhirnya...! Ya ALLAH, dendam lelaki itu hanya mahukan diri aku.
Ambillah aku jika betul aku hak dia. Tapi jika aku bukan hak dia, serahkan aku kepada lelaki yang lebih berhak memiliki aku. Lelaki itu adalah suamiku. Lelaki itu adalah Zahim! Ya ALLAH, aku tidak akan membenarkan nafasku, degup jantungku mengalirkan darah hasad dan dengki. Aku bukan bersikap lepas tangan jika memang benar aku dipihak yang betul.
Jika sungguh abang Ashaari itu bagaikan putera sakti, aku mesti hapuskannya! Dia tidak boleh silap menggunakan kuasanya. Benar, ingatan ini jahat Jangan fikir ia akan berakhir Ini bukan angan-angan, bukan memori .
Masa lalu adalah api, membakar semua mimpi Kamu adalah sejahat insan Yang menolak aku ke gaung sengsara Kamu adalah sebaik insan Yang menarik aku kembali ke dalam diri Aku mahu buang semua ingatan terhadapmu Tiada dalam hati, tiada dalam naluri.
Engkau sepatutnya mati…!
Kenangan kini sudah pergi Sudah tawar dan tidak ada rasa lagi
Betul. Betul. Betul Engkau sepatutnya mati…!
Tulisan Acik daripada Blog >>> LUPAKANAJE <<<
Jika ingin menempah melalui Alaf 21 Sdn juga boleh di sini >
No comments:
Post a Comment