Thursday, April 28, 2016

Zurinah Sasterawan Negara ke-13

26 April 2016 -  Majlis pengiktirafan Dato' Dr Zurinah Hassan sebagai Sasterawan Negara ke-13. Beliau menulis dalam semua genre. Antaranya esei ilmiah, novel, cerpen, puisi dan buku kanak-kanak. Beliau juga masih menulis di blognya. Katanya beliau akan terus menulis selagi ada yang mahu membaca. Tahniah saya ucapkan. 

* Bergambar brsama sahabat-sahabat meraikan Majlis pengiktirafan Dato' Dr Zurinah Hassan sebagai Sasterawan Negara ke-13. 



Mula dikenali dengan sajak "Sesayup Jalan" yang dihasilkan pada 1974, Zurinah, 67, mengembangkan bakatnya dengan menulis cerpen, novel dan puisi sehingga terhasilnya kumpulan puisi "Menghadap ke Pelabuhan/Facing the Harbour", 2010 terbitan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia.


 Antara kejayaan lain beliau dalam dunia sastera adalah menerima Anugerah Puisi Putera 1984, Anugerah Penulisan Asia Tenggara (SEA Write Award) 2004 serta Anugerah Puisi Negara-negara ASEAN (Sunthorn Phu Poet Laureate) 2013 serta Hadiah Sastera Perdana.


Zurinah juga menghasilkan Memoir Zurinah Hassan: Menjejak Puisi pada 2003, dan antara hasil tulisan ilmiah beliau ialah mengenai Sasterawan Negara Usman Awang (1990).

Beliau juga menghasilkan sebanyak 19 buku antologi sajak, puisi, kajian sastera, autobiographi, memoir, antologi cerpen dan novel sepanjang bergiat aktif dalam bidang penulisan sejak 1963.
Beberapa karya puisi dan sajak beliau juga diterjemahkan ke dalam bahasa Jepun, Perancis, Sepanyol dan Rusia.


Saya bersama Zaiton Abu Samah dan Zahrah Ibrahim

Bergambar bersama Zaiton Abu Samah