Thursday, August 17, 2017

MENCARI RESOLUSI INDUSTRI BUKU

Bersama Puan Zaiton Samah dari DBP dan tuan Shake Faisal dari Shakespot

Majlis Sidang Buku 2017 yang dianjurkan oleh Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM) semalam, bukan mahu meminta-minta dana daripada kerajaan kerana kerajaan pun sudah tidak ada duit hendak memberi dana.
Apa yang diperlukan ialah idea bagaimana hendak memperkukuh segala yang sudah ada tentang buku.
Antaranya nyatakan cadangan bagaimana mahu semarakkan kembali minat membaca dan suka membeli buku.
Apa sudah jadi dengan pogram Nilam di sekolah?
Ada sekolah yang mesih meneruskannya.
Namun ada sekolah yang sudah tidak menggerakkannya.
Apakah guru-guru diberi suntikan baru terhadap progaram ini?
Buku-buku di perpustakaan sekolah bagaimana?
Buku di perpustakaan desa bagaimana?
Ada dua Kedai 1 Malaysia yang sudah ditutup. Mengapa?
Rantaian sesebuah buku ialah seperti berikut:
Penullis --> Penerbit --> Pencetak --> Promosi --> Pekedai --> Pembeli.
Dalam rantaian di atas ada banyak onak duri membuatkan ia terputus.
Memang dunia buku perlukan transformasi. Perlukan penguatkuasaan dan pengukuhan.
Bagi saya dunia buku kini memerlukan satu REVOLUSI.
Fokus kepada PENGUATKUASAAN.
Penulis bangkit. Penerbit bangkit dan pembaca jua perlu bangkit.

Ada pautan di Berita Harian mengenai isu ini: