Saturday, May 30, 2015

Alternatif @ Indie?

Mood puisi malam ini dalam keletihan jualan gudang siang tadi dengan kehadiran ramai pengunjung. Cuaca sangat panas, berbahang di bawah khemah dan sangat dahaga jadinya.

* Esok pagi saya akan mengendalikan sesi pertemuan bersama penulis dan calon penulis genre ALTERNATIF - satu skop genre yang baharu. Belum pernah saya izinkan campur aduk bahasa, nahu dan ejaan.
Duhai Sifu Penulisanku...Maafkan Daku!
Serba salah juga hendak menentukan genre ini supaya ia nampak HALAL Jujur, saya tidak mahu dituduh menderhaka kepada bahasa Melayu yang santun dan tinggi martabatnya. 

Seberapa boleh saya akan tetap pelihara setiap baris, setiap bait bahasa Melayu, supaya ia kekal dalam darjatnya yang tinggi. Betul... jika tidak kita siapa lagi?

Namun dunia moden ini, dengan segala gajet yang canggih - bahasa sudah dilacurkan menjadi serendah-rendah taraf seorang pelacur!  Bahasa menjadi tidak bernilai. Slanga, mencarut, pop, membabi orang - sudah klise. Malah semakin ramai yang mengagungkannya.

... catatan ini belum tamat. Saya ralat...

Plug - Nightmare!

Apabila ke luar negara, benda alah ini yang paling penting... kadang-kala ini yang dimasukkan dulu ke dalam bagasi. Bukan bermakna tidak boleh beli di tempat yang kita sampai nanti tetapi eloklah bawa yang sendiri punya. Kalau dah ada sendiri punya, buat apa nak beli yang baru kan?


Kalau lupa bawa? Huhuuu... memang suatu nightmare!

Friday, May 29, 2015

Korek Rahsia

Bermula hari ini Jualan Gudang Pertengahan Tahun Karangkraf (29 - 31 Mei 2015). Sesi bertemu penulis dan penulis bertemu dengan pembaca karyanya adalah antara acara rutin dalam setiap sesi peremuan. 

Hari ini saya sibuk dengan penyediaan powerpoint untuk majlis perbincangan pada pagi Ahad. Saya turun ke khemah, lewat petang dan bertemu dengan beberapa orang penulis.



Semasa mula menjadi penulis, saya tidak lepaskan peluang ini untuk bertanya macam-macam dengan penulis senior. Rasa tidak cukup masa pertemuan itu... banyak yang ingin ditanya. ingin dibincang dan bertanya peluang-peluang penulisan.



Ini antara pesan yang saya masih ingat, diberikan oleh sifu penulisan saya:
Penulisan novel (dialog) ada banyak seninya. Bagi yang sudah biasa mengikut gaya penulisan seseorang novelis mesti tahu corak penulisan mereka. Ada yang melankolik. Ada biasa-biasa. Saya beri dua situasi ini. Anda pilih A atau B?

SITUASI A:
"Saya ada rahsia hendak cerita kepada awak..."
"Ceritalah."
"Harap awak sudi dengar..."
"Ceritalah..."


SITUASI B:
"Saya ada rahsia hendak cerita kepada awak..."
"Kalau rasa perlu, elok cerita. Jika tidak, awak simpan saja rahsia itu."
"Mungkin tafsiran rahsia kita berbeza..."
"Tiada rahsia yang terhijab, melainkah dengan kuasa Allah."

* Eh, pagi ini saya dapat rahsia - Ben Affleck dah bercerai ya? Hehee.

Main - Kahwin

Semasa kecil, kita cemburu melihat orang dewasa yang bergaya bawa kereta, sukses, pakai baju cantik, bekerja, dapat gaji dan boleh pergi ke mana suka. Rasa sangat benci alam persekolahan dan mahu cepat dewasa!


Kini dalam tuntutan alam dewasa yang mencabar, bekerja, ada tanggung-jawab dan besarnya amanah, kita teringat-ingat seronoknya zaman bermain, bermain dan bermain!
* Main kahwin-kahwin dan bersanding dengan si polan A hari Isnin, esoknya berkahwin dengan si polan B pula dan lusa dengan si polan C. Mewah suami. Tapi itu dulu... masa yang tak akan kembali smile emoticon

KL Di Mana Suamiku

- Sungguh Nostalgik!

Setelah lama mencari di instagram akhirnya saya dapat novel ini untuk simpanan peribadi. Saya sangat menghargai usaha tuan punya buku ini menjaga dengan baik, salotape dan gam muka surat yang koyak.




Cuma jodoh mereka tak lama... Dia terpaksa let go buku ini (saya tak tahu apa alasannya...) Kini anak saya ini kembali kepangkuan bondanya.
 
— feeling blessed.

Thursday, May 28, 2015

Orkid & Lirik Mata


Masihkah Mekar Berkembang?

Suatu pagi yang letih aku bangkit
melihat kelopak indah di balkoni
lalu kusapa dengan bahas berbeza
berbual seperti bertahun bertemu

Suatu tengah hari dingin berangin
kutinggalkan kelopak ini dengan paksa
membawa hati bisu, insaf dan rindu
tanpa kata terucap hanya lirik mata

Kini kami seminggu (berbulan) terpisah
ia masih berkembang, aku tahu
menanti aku... lagi!

Rome, Italy
5 April 2015


26 Tahun Hari Ini

Ulangtahun perkahwinan hari ini dan hari-hari yang akan datang.
26 years and counting... Alhamdulillah 
 feeling thankful.

Wednesday, May 27, 2015

JAUH ITU JARAK...

Untuk seseorang yang jauh yang selalu kita ingat kebaikannya sampai bila-bila. Selalunya  kita mahu berkata-kata kepadanya. Tetapi kemudian terfikir... ah eloklah dipendamkan saja...


Kadang-kadang kita terlalu mengikut kata hati. Mahu dilihat jujur. Ada masa kita perlu juga berkeras dengan kehendak. Berkata jujur adalah wajib, namun menipu juga ada indahnya. Saya lebih suka menipu diri supaya ada indahnya perhubungan.

Tuesday, May 26, 2015

Siri Zaleha Hashim

Saya selalu terpesona dengan lembut gayanya dan cantik bahasanya. Penyair, penulis pantun, pendeklamator puisi, bekas editor, pengacara majlis dan banyak lagi tugas lain yang disandangnya menjadikan peribadi beliau antara idola saya.


Kesempatan duduk berbual dengannya memang tidak saya lepaskan. Baru-baru ini bergambar bersamanya di majlis Wacana Penulis Wanita: Bukan Cinta Biasa di Rumah Gapena, Kuala Lumpur.



Cantik kembang bunga melati,
Tumbuh sebatang di tepi kota;
Patah tumbuh hilang berganti,
Adat pusaka terpelihara juga.


Siti Zaleha M Hashim adalah seorang Penyair wanita yang pernah memenangi Hadiah Sastera Perdana Malaysia untuk antologinya Kristal di Laut Bulan (dbp 2006), lahir di Taiping Perak.
Pernah menjadi editor majalah Dewan Sastera dan bertugas di beberapa bahagian di Dewan Bahasa dan Pustaka. Suaranya yang lemak merdu pernah berkumandang di RTM semasa beliau bertugas di sana.
Beliau memiliki Ijazah sarjana muda sebaran am dari UiTM dan ijazah Sarjana Komunikasi dari university of Leeds United Kingdom 1996. Kini telah bersara dan menetap di Lembah Kelang.

SYIAH DAN AGENDANYA

 - TAKLIMAT KDN

















Gambar saya bersama Editor Karya Bestari 

PAGI ini ada taklimat bersama Kementerian Dalam Negeri di Auditorium Sultan Muhammad Ke V Kompleks Kumpulan Media Karangkraf. Taklimat Penerbitan Berunsur Syiah Anjuran Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al Quran oleh Mejar Nadzri bin Musnman dari Kagat.

Saya petik tulisan ini daripada satu blog:
Perempuan Nan Bercinta bernada romantis. Melihat kepada tajuk sahaja sudah terbau ada kesyahduan di dalam bait-bait dialog di antara watak-watak yang dihidangkan kepada khalayak pembaca. FT mengetengahkan 4 wanita nan bercinta dalam konteks kehidupan mereka dan bagaimana mereka menjalani perasaan itu dalam meneruskan percintaan yang diyakini.




Tengku Idora, seorang feminis yang tekad memperjuangkan isu wanita sejagat. Topik yang dicintainya sejak usia remaja. Tengku Zanjabila, adiknya seorang pencinta suaminya sejak pertemuan kedua. Siti Fatimah Ali Taqi, pencinta ilmu dan sejarah yang sanggup berkampung halaman di Bika, Lubnan demi mendalami perjuangan Hezbollah. Serta Khadijah, wanita Acheh yang mencintai suami dan anaknya. 

Tidak kurang juga beberapa watak wanita yang kuat menzahirkan peranan wanita sebagai 'bunga' indah dalam menggerakkan plot yang bergerak secara linear dan diselang selikan dengan plot imbas kembali.

* Syiah dan agendanya. Karya novel yang banyak disebut-sebut mengandungi unsur Syiah, antaranya Perempuan Nan Bercinta (contoh di atas) tulisan Faisal Tehrani.

Monday, May 25, 2015

Sidney Bridge


KEKUATAN

Ada pandangan... Jauh di sana
Yang menangkap erti ngeri
Yang ingin membebaskan kemelut
Namun enggan berpisah dengannya
Yang ingin kembali 
Namun belum ada kekuatan

Aku bukan garapan masa depan yang terpanggang
Aku adalah ciptaanmu, pada silap masa silam!
.
#simonesridiah #sydneybridge #cintayangterpilih #novelsridiah

Sunday, May 24, 2015

TAMAN DALAM GERIMIS

PUISI:
... air ini terlalu dingin
sejenak kusentuh sebelum akhirnya hujan luruh
tiada apa yang dpat kuberi
selama ini tidak kutahu engkau di sini
sesaat adalah rasa ralat 
sebelum perlahan engkau aku lambai
tamanmu indah, aku ingin bebraing
padahal aku harus pergi...

Villa Borghese, Rome, Itali
4 April 2015


Saya berada dalam situasi yang sangat sedih ketika ini.
Itik ini mesti sedang lapar, kerana petang itu baru sahaja lepas hujan.

Apabila saya duduk di tepi kola mini, dari jauh itu itu datang berenang rapat dan semakin rapat kepada saya. Sedangkan saya tidak memabwa apa-apa makanan pun. Padahal sebelum itu ada sepeket biskut di dalam beg saya, tetapi saya sudah makan dalam perjalanan ke sini.

Akhirnya... untuk mengejar waktu, taman ini terpaksa saya tinggalkan.

Dalam perjalanan ke metro bas, gerimis turun lagi. Dan hati saya menangis... Ohh, saya sedih sepanjang perjalanan balik ke bandar Rome..






















Dalam gerimis itu juga saya dan sahabat singgah di Villa Borghanse, sebuah lokasi yang sangat cantik terletak di atas bukit. Berjalan agak mengah untuk mencapai puncak bukit ini. Namun sampai sahaja atas bukit ini...

Wahhhh!!! Pemandangan bandar lama Rome yang sangat cantik betul-betul di hadapan mata. Cantik dalam warna bangunan yang kemerahan, warna bata dan sangat klasik. Masih tersemat dalam memori - gerimis - senja - dingin dan cantik!















i


Terima kasih dengan foto ini:
Sahabat saya, Stefano Romano, Profesional Photographer di Rome, Itali.
5 Mei 2015.

SEPERTI ILALANG



Saya rindu keindahan Danau Toba
Bila dapat ke sini lagi?

WANITA TAHANAN REMAN

Mencari-cari bahan untuk penulisan, saya terjumpa link ini.
Terima kasih atas review ini Riesnna Zasly.

>>> Di Talian Goodreads <<<


Antara karya saya yang lain.



FORUM WANITA & SASTERA

 Kehadiran penulis dan penyair wanita dalam renyai hujan, wangi bunga rampai, kuntum ros merah, Syair Bidaisari, jubah, tudung dan hangatnya kemesraan.





TAHNIAH kepada penganjur, Perkumpulan Penulis, Penyair Wanita dengan tema hari ini: Wanita dan Sastera - Bukan Cinta Biasa, di Rumah Gapena.





Meski kerja menulis itu perlu sendirian dalam meraikan ilmu dan fikiran namun penulis wanita perlu bergaul dengan sekitar supaya kreativiti lebih menyerlah.


Penulis sastera wanita arus perdana perlu melihat dan memikirkan karya-karya yang melawan arus masa kini.




Mengkaji karya penulis wanita bukan sahaja melihat kepada tema dan gagasan, malah perlu jauh daripada isi teks. Semoga penganjuran majlis untuk penulis dan pengkarya wanita ini akan berterusan diadakan untuk masa-masa akan datang.

GOJI BUNDY

Hari ini saya tunaikan janji membaca senaskhah buku daripada susunan buku atas meja! Saya pilih Goji Bundy - Goji ialah - sejenis ceri dan Bundy, nama tempat (Bundaberg), Australia.

Di halaman 15 baru saya tahu fungs klip kertas yang diberi apabila kita membeli buku ini - ya sebagai penanda buku!

Isinya mantap. Bahasa mudah dan langsung kepada fokus buku dihasilkan. Kisah travelog anak muda putus tunang, tinggalkan bisnes syarikatnya di Ipoh dan bawa diri ke Australia.


Seperti dicadang penulis saya mendengar Disagree - The Enemy ketika membaca bab ini.

-- Mat, kalau kau boleh pergi jauh ke manakau nak pergi?
-- Betul-betul jauh?
-- Ya, betul-betul jauh
-- Ke dalam diri aku sendiri
-- Itu dekat, terlalu dekat
-- Tak, itu jauh, terlalu jauh
-- Kenapa?
-- Kalau kau perasan kita terlalu jarang untuk pergi dan jelajah diri kita sendiri. Bertanya akal dan hati.

..
* Saya suka teknik penulisan ini. Jika ada penulis lain yang menulis buku sebegini beritahu saya, saya mahu baca. Harganya RM30 senaskhah.

Thursday, May 21, 2015

BADUT WANITA!



Hingga suatu saat kita harus menangis... 
maka ketika sedang bergembira 
raikanlah sepenuh jiwa!
Kerana esok belum pasti 
ada ketawa buat kita.

Popular @ Serius








Bagi saya sastera popular atau sastera serius ada khalayak masing-masing. 

Tidak wajar dikelaskan darjatnya. Masing-masing perlu saling mendominasi. 

Namun bagaimana sastera itu mahu disampaikan? Itu yang penting dilaksana. Kata kuncinya ialah Promosi! .
.
* Comelnya perempuan itu diapit empat lelaki hebat! Terima kasih @rakanitbm. Jemputan ini di acara ‪#‎sofaputihitbm‬ sempena ‪#‎PBAKL2015‬
.
By @rakanitbm ""Penerbit perlu mencuba langkah baharu dan memecahkan tembok yang mengatakan naskhah serius perlu dipasarkan dengan cara lama. Mengapa tidak beberapa penerbit bergabung dan menerbitkan umpamanya novel serius yang kemudian diangkat ke drama." 


Sumber: Berita Harian, 21 Mei 2015, "Dilema Naskhah Intelektual" BH2 Sastera (4) .

‪#‎bh‬ ‪#‎wawancarasofaputih‬ ‪#‎pbakl‬ #pbakl2015 ‪#‎sridiah‬ ‪#‎pestabuku‬ ‪#‎buku‬‪#‎itbm‬ ‪#‎bukuitbm‬ #sridiah @sayedmunawar @mkhairngadiron @bukufixi" via @PhotoRepost_app

Tuesday, May 19, 2015

SECANGKIR SEDUHAN HUJAN



Dibahagikan kepada lima bahagian: Payung;  Secangkir Hujan,  Sesudu Cinta ; Gemuruh;  Yang Tidak Pernah Terlewatkan dan akhir sekali Secangkir  Seduhan Hujan.

 Kumpulan puisi ini mengisahkan antara lain perjalanan kembara seorang wanita yang tidak lari daripada perjuangan hidupnya, perjalanan cinta dan isu  kemanusiaan.

Dari Bogor ke Jakarta

... berjalan
sebenarnya mencari
diri dan masa lalu
untuk membina masa hadapan
dan mengukuh sejarah zaman


Puisi ini menjawab kepada beberapa persoalan penulis yang mencari antgonis dan protagonis kehidupannya. Yang  bertualangan dengan beberapa watak, isu bertubi-tubi , hinggalah dia tiba di pintu rumah dan bertarung pula dengan sepi yang menghentam gelas hatinya :)

Metafora hujan yang digarap dalam lebih lima puluh peratus karya dalam kumpulan puisi ini sangat menyentuh saya yang turut suka pada deru hujan dan bau rumput selepas hujan.

Seduhan hujan itu
hangatnya selalu
membawa aku kembali kepadamu
setelah kembara panjang


Seperkara lagi saya selalu yakin kembara akan membawa penulis meneroka kepada lebih banyak lagi karya yang mantap. Saya sarankan Hani teruslah berkelana, mengembara, pergi ke serata lokasi mengumpul banyak kisah dan ceritera. Semua itu akan menjadikan karya lebih rencam.

Sebagai penulis generasi baru yang berpendidikan tinggi, saya yakin Hani akan terus berjaya berbekalkan rajin dan disiplin.

Sr i Diah
17 Mei 2015

* Kumpulan Puisi Secangkir Teduhan Hujan terbitan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia 2015 (RM15.00)

Sunday, May 3, 2015

Rahsia Tepung Beras

Selama ini main hentam je ambik mana pun asalkan namanya tepung beras....hihihi...
TEPUNG BERAS..
yang patut anda tahu bila nak membeli...
Ada pelbagai jenis tepung beras.. pasti ada yg tak terfikir apa bezanya...bagi kita asal tepung beras semuanya sama
Ada 3 jenis tepung beras yg berlambangkan gajah..tepung beras biasanya asal di perbuatkan dari negara thailand...
Pasti ada yg tak perasaan kan
Hari ni kami akan terangkan apa fungsi tepung beras mengikut lambang gajah yg ada
TEPUNG BERAS CAP 1 GAJAH
*Sangat sesuai untuk mengoreng..seperti buat adunan utk goreng pisang..keledek...keladi..cempedak...adunan gorengan ikan...seperti goreng mamak..goreng berempah...
*tepung ini sangat ranggup
*sesuai untuk buat rempeyek..dan tumpi kacang hijau@dhall
TEPUNG BERAS CAP 3 GAJAH
*sangat sesuai untuk kuih2 tradisional seperti contoh kuih kuci...kuih apam beras eno...dan pelbagai lagi jenis kuih
*ia menghasilkan kuih yg lembut dan berkilat
TEPUNG BERAS CAP 5 GAJAH
*sesuai untuk membuat mee laksa dan pelbagai jenis mee
*sebab ia lebih kental
TEPUNG BERAS CAP TERATAI
*Sangat sesuai membuat rempeyek dan apam.
*kalau buat apam rasa tepung nya kurang
*jika buat rempeyek dan tumpi sangat2 ranggup
copy paste

Saturday, May 2, 2015

Cinta yang Terpilih


Inilah novel ke 10 ,novel Sri Diah yang dinanti-nantikan oleh semua peminat novel. Ketika mengunjungi Pesta Buku Antarabangsa KL di PWTC yang lalu, saya terus mencari-cari CINTA YANG TERPILIH di rak-rak novel ALAF 21. Kecewa bila diberitahu bahawa novel ini belum diterbitkan lagi. Atas sebab kesesakan di bahagian percetakan, ia diterbitkan seminggu kemudian. 

Namun saya gembira sebab penulis sendiri menjanjikan dia akan mengirimkan naskah novel ini terus ke Sarawak ,khas untuk saya. Bukankah ini bermakna saya ini adalah peminat yang terpilih? Syukur alhamdulilah kerana ia tiba serentak dengan ketibaan hari lahir saya yang ke 42.Terima kasih Kak Sri atas hadiah hari lahir yang bermakna ini....pertama kali seorang penulis memberi saya hasil karyanya sebagai hadiah. 

Ketika helaian dibuka, tercatat tulisan tangannya : My Dear Liza Bujang, Cinta adalah lautan masalah, namun di dalamnya ada banyak nikmat Allah. Mencerap makna tulisan ini sedalam-dalamnya tidak sukar untuk memahami namun setelah mengkhatami novelnya hari ini baru saya faham apa makna di sebalik kata-kata itu.

CINTA YANG TERPILIH keseluruhannya bertemakan cinta ,kasih sayang dan kesetiaan. Warda yang sering lemah dengan lodakan emosi yang diibaratkan seperti buih dialun ombak yang terkadang ganasnya memecah menjadi halus dan terkadang dialun dengan lembut menjadi besar dan rapuh . Pertunangan dengan Zahim sepupu yang tidak sedarah daging diduga dengan kenyataan kemalangan Zahim bersama perempuan lain yang sedang mengandung. 


Putus tunang melibatkan bukannya dua hati berkecai tetapi hati ibu bapa masing-masing turut terlerai sama di pinggir persengketaan. Jika jodoh sudah tersurat ke manapun pergi akan bertaut semula . Demikianlah Warda dan Zahim disatukan oleh kedua keluarga di jinjang pelamin. Saat ini Warda menyerahkan sepenuhnya jiwa raga kepada Zahim suaminya sedikit demi sedikit. Kerana cinta itu masih ada untuk mereka...cinta yang lahir dari hati yang tulus ikhlas sejak kecil hingga dewasa. 

Inilah yang dikatakan CINTA YANG TERPILIH. Allah telah tetapkan keduanya adalah tercipta untuk diri mereka sendiri, Warda untuk Zahim dan Zahim untuk Warda. Penulis seterusnya mencipta watak antagonis Ashaari yang obses mencintai Warda dan tidak mahu menerima hakikat hubungannya dengan Warda sudah berakhir. 

Watak ini mencipta kepahitan dalam kebahagiaan Warda. Sehingga manisnya bulan madu untuk pengantin baru yang inainya masih merah di jari menjadi hambar dalam ketakutan. Tuhan, jika mampu saya bercerita tentang ketakutan diugut oleh lelaki yang gila , apa yang Warda rasai dalam Cinta Yang Terpilih adalah sedikit . Jika kita berada ditempatnya sebagai seorang isteri yang taat pada suami dan ingin mempertahankan rumahtangganya , kita memahami betapa tersepitnya Warda menyimpan rahsia ugutan ini. 
Bersyukur sangat-sangat dengan kehadiran Mimi sebagai sahabat Warda yang mampu menjadi tempat Warda mengadu dan melindunginya. Bagaimana kesudahan Warda , Zahim dan Ashaari ? Biarlah pembaca sendiri menilainya. Bagi saya setiap rentetan memeranjatkan , sukar ditebak malahan 'UNPREDICTABLE'. Rasa tak percaya namun itulah pendekatan yang penulis ambil untuk mengakhiri sengketa dengan sesuatu yang positif , DAMAI dan semua pihak hidup dengan bahagia .

Gaya penulisan penulis ini lebih banyak menggunakan monolog dalaman setiap watak . Penulis menggunakan kepakarannya bermain dengan emosi setiap watak. Plot menggunakan imbasan kenangan dengan penceritaan tentang sebab untuk rentetan peristiwa seterusnya. Gaya bahasa masih menggunakan alur bahasa berkias namun mudah difahami.

Banyak pengajaran yang yang boleh kita ambil ikhtibar terutama bagi setiap pasangan yang bercinta, bertunang dan berkahwin .

1. Bercinta - kemesraan bukan bererti harus melampiaskan nafsu apalagi melakukan sesuatu yang jelas haram di sisi agama Islam.

2. Bertunang - zaman yang penuh dugaan. Zaman yang dikatakan kedua pasangan ini berdarah manis dan semestinya godaan pasti banyak. Bukankah iblis berusaha agar umat Adam tidak mendirikan masjid?

3. Berkahwin - Bila pasangan ingin bersatu, perkahwinan bukan hanya melibatkan dua hati tetapi melibatkan dua keluarga. Jatuh bangun sesebuah perkahwinan , dua keluarga terutama hati kedua ibu bapa turut terasa tempiasnya. Pasangan yang muda memerlukan bimbingan dan pantauan oleh ibubapa dalam melayari rumahtangga bahagia.

4. Persahabatan - kesetiaan untuk berkongsi masalah menjadikan seseorang itu kuat dan sabar. Siapa kita tanpa sahabat.....kerana jika masalah tidak dapat dikongsi dengan pasangan maka ia perlukan pandangan sahabat seperti Mimi.

Walau bagaimanapun , Kak Sri masih kekurangan sesuatu sentuhan yang tidak diberikannya sepenuh dalam novel ini. Jika alaf 21 tidak menetapkan mukasurat hanya 500 , pasti novel ini akan lebih mencabar dan lebih mantap. Saya mempunyai beberapa pandangan yang mungkin boleh diterima dan mungkin ini hanya imaginasi saya yang suka berangan setelah sesebuah novel itu habis dikhatami. 




Antaranya :

1. Pada awalnya isu lelaki yang kehilangan kelelakiannya semasa kemalangan cuba disentuh sebagai pusat konflik. Isu ini tidak dikembangkan dan ia lebih menyentuh kekalutan lelaki yang merasa amat lemah dan malu dengan kekurangan yang satu ini. Lelaki ini menganggap Warda memutuskan pertunangan kerana isu ini.

2. Sikap Warda yang saya tidak suka , lembik terlalu emosional . Sehingga dia kehilangan kewarasan fikirannya saat dia hilang 2 hari 3 malam. Sikap lembiknya ini menyebabkan dia senang dimonopoli oleh Ashaari secara psikologi.

3. Perkembangan cerita terlalu banyak berbolak balik kepada hal yang sama iaitu putus tunang. Saya tak sabar kak Sri...hehehe Namun saya tak boleh percepatkan kerana takut setiap ayat akan memberi impak yang berbeza.... terlalu banyak kejutan.

4. Puas saya berfikir , bagaimana Warda boleh berjalan selama 2 hari 3 malam kemudian tiba-tiba ia dijumpai oleh Zahim dan keluarganya? Saat ini saya membuat andaian bahawa Warda diilmu-hitamkan oleh Ashaari. Rupa-rupanya hanya gangguan emosi.

Ini hanya pandangan saya sebagai pembaca. Namun saya sedar rupa-rupanya banyak masalah yang cuba dirungkaikan oleh Kak Sri dalam novel ini. Bagaimana Zahim yang hampir kalah emosi sehingga hendak menyaman Warda ( isu saman ini pun tak dikembangkan ). 


Namun saya menyukai saat Warda membantu suaminya dalam menyelesaikan masalah DNA Lewre anak Sharon dan saat dia dibelenggu dengan berbagai masalah, dia memilih untuk menjaga suaminya di hospital. Itu yang saya suka, isteri yang mithali....dan suami yang terpilih seperti Zahim.

Akhir sekali, ada kekurangan teknikal. Pihak editoran perlu lebih peka dan teliti....kesilapan yang mudah dikesan tak mungkin akan berlaku.




Cinta Yang Terpilih memberikan kelainan .....jangan jadikan masalah-masalah yang wujud dalam hubungan mematahkan semangat anda untuk bercinta dalam ikatan perkahwinan yang sah. Pinjam semangat Warda dan Zahim dalam mengutuhkan hubungan anda.....semoga anda semua bahagia selamanya dan hidup dalam keredhaan Allah SWT. Doa untuk diri sendiri : semoga saya akan mendapat Cinta Yang Terpilih.....jika tidak lebih bahagia sebegini sahaja.

Tahniah Kak SRI DIAH kerana novel ini memberikan kelainan. Untuk semua pembaca, dapatkannya dipasaran mulai bulan Mei 2010.


* Catatan Liza Bujang di blognya;
>>> Liza Bujang <<<

Friday, May 1, 2015

SEMANGAT HANG TUAH

SIARAN DALAM AKHBAR SINAR HARIAN

December 2, 2011: Umno melabuhkan tirai sidang agungnya esok. Ramai penganalisis berpendapat ini adalah sidang agung Umno yang terpenting dan paling kritikal dalam sejarahnya. Sebagai perjumpaan politik terbesar orang Melayu di Malaysia, banyak perkara diketengahkan perwakilan dan pucuk pimpinan parti selama empat hari persidangan.

Sepanjang tempoh lebih enam dekad kewujudannya, jasa dan sumbangan Umno tidak terkira. Dari sebelum Merdeka sehinggalah kini, Umno berjuang tanpa henti untuk meningkatkan maruah serta memperjuangkan hak dan kepentingan orang Melayu. Umno merupakan tunjang kepimpinan politik negara, telah membuka peluang besar dalam bidang pendidikan, ekonomi, pembangunan sosial, selain bersama-sama parti komponen BN menjayakan agenda memajukan negara.
 
Golongan muda penting kepada parti untuk kesinambungan. Mereka boleh memastikan Umno berada di hadapan kelok pembaharuan, termasuklah lebih ke hadapan dan proaktif dalam media alternatif dan perang alam siber. Pucuk pimpinan parti menggesa kita menyerang parti lawan, bukan lagi bertahan sahaja. Disebabkan itulah keupayaan dan peranan golongan muda menjadi penting dan kritikal hari ini, khususnya untuk menarik golongan sebaya mereka.
 
Fitrah orang muda adalah ingin tahu dan suka berdebat, justeru kita juga mesti mampu memberi penjelasan konkrit, meyakinkan dan intelektual mengenai isu-isu semasa, melalui pelbagai medium dan secara langsung, untuk memenangi hati mereka.
 
Bagaimana cara kita menjadikan Umno magnet kepada golongan muda? Pertama, Umno mesti dilihat sebagai aktif dan relevan, serta berjiwa rakyat. Meremajakan Umno bermakna meneliti semula pendekatan, sikap, sistem nilai parti dan ahli. Oleh itu, Umno mesti bersifat inclusive. Kita tidak mahu Umno didakwa parti elitis atau eksklusif, atau hanya mementingkan golongan tertentu. Kedua, kita mesti membuka pintu kepada golongan cerdik pandai yang ingin masuk parti dan berjuang atas nama Umno. Jika mereka yakin dengan prinsip perjuangan, aspirasi Umno dan mahu menyumbang, janganlah kita sekat. Kita jangan terperangkap dalam kepompong sendiri.
 
Umno akan dilihat hebat bila ahlinya hebat, berpendidikan, memiliki idealisme yang digandingkan dengan akhlak dan nilai agama. Alangkah ruginya jika orang-orang hebat memihak parti lawan. Ini bermakna Umno mesti memiliki budaya dan amalan yang betul kerana kepimpinan yang berkualiti dan berwawasan dapat menarik orang muda. Janganlah parti kita dibarahi politik wang, cantas-mencantas atau amalan siasah yang tidak sihat seperti berebut jawatan sehingga parti kucar-kacir.
 
Sejak kehilangan majoriti dua pertiga di Parlimen dalam PRU lalu, Umno bekerja keras menarik hati pengundi dan mengubah pola pengundian. Hasilnya cukup jelas dan berbaloi. Kemenangan BN dan Umno dalam banyak pilihan raya kecil sejak tiga tahun lalu dan Pilihan raya Negeri Sarawak begitu menggalakkan. Jelas bahawa sebahagian besar rakyat dan orang Melayu, termasuk golongan muda, masih sayang dan mengharapkan Umno.
 
Sebaliknya, semakin ramai pemimpin yang meninggalkan Pakatan Rakyat. Paling teruk ialah PKR, sehingga digelar orang Parti Kian Runtuh, Pakat Keluar Ramai-ramai dan macam-macam lagi. Parti-parti pembangkang pula tak sebulu, bergaduh macam anjing dan kucing. Di beberapa negeri, Pas bergaduh dengan PKR, PKR bergaduh dengan DAP, DAP bergaduh dengan SNAP, SNAP pula bergaduh dengan PKR. Semuanya gara-gara kerusi dan calon, serta matlamat politik yang berbeza.
 
Namun Umno kena berpijak di bumi nyata. Sebagai parti politik, Umno kena bina kekuatan sendiri, tidak boleh bergantung kepada kelemahan parti lain.
 
Paksi segala kerja kita ialah cogan kata parti sendiri, yakni Bersatu, Bersetia, Berkhidmat. Semangat Melayu peninggalan pahlawan sejak dahulu kala ialah kesatuan. Laksamana Hang Tuah, atas semangat “Takkan Hilang Melayu di dunia” mengajar agar sayang kepada pasukan, sebab itulah dalam semua ekspedisi dan tugasan hariannya sentiasa ada Jebat, Lekir, Lekiu dan Kasturi. Panduan hidup diasaskan kepada pesanan Rasulullah SAW yang bermaksud: “Janganlah kamu terkena penyakit ummah iaitu dengki mendengki, tidak senang melihat sahabatmu mendapat nikmat.”
 
Pendekatan kita ialah bekerja kuat dan serius bagi mencapai kejayaan, mengenal pasti ancaman, sentiasa ikhlas dan sanggup berkorban dalam perjuangan. Kita kena cekap mentafsir hasrat orang Melayu, memenuhi aspirasi dan kehendak mereka.
 
Dalam pada itu, apa jua kesilapan yang pernah dilakukan segera diperbetulkan agar rakyat dapat membuat pilihan terbaik menjelang PRU-13 nanti. Banyak iktibar yang kita pelajari daripada keputusan PRU yang lepas. Semuanya telah mematangkan kita sebagai satu pergerakan politik.