Tuesday, May 19, 2015

SECANGKIR SEDUHAN HUJAN



Dibahagikan kepada lima bahagian: Payung;  Secangkir Hujan,  Sesudu Cinta ; Gemuruh;  Yang Tidak Pernah Terlewatkan dan akhir sekali Secangkir  Seduhan Hujan.

 Kumpulan puisi ini mengisahkan antara lain perjalanan kembara seorang wanita yang tidak lari daripada perjuangan hidupnya, perjalanan cinta dan isu  kemanusiaan.

Dari Bogor ke Jakarta

... berjalan
sebenarnya mencari
diri dan masa lalu
untuk membina masa hadapan
dan mengukuh sejarah zaman


Puisi ini menjawab kepada beberapa persoalan penulis yang mencari antgonis dan protagonis kehidupannya. Yang  bertualangan dengan beberapa watak, isu bertubi-tubi , hinggalah dia tiba di pintu rumah dan bertarung pula dengan sepi yang menghentam gelas hatinya :)

Metafora hujan yang digarap dalam lebih lima puluh peratus karya dalam kumpulan puisi ini sangat menyentuh saya yang turut suka pada deru hujan dan bau rumput selepas hujan.

Seduhan hujan itu
hangatnya selalu
membawa aku kembali kepadamu
setelah kembara panjang


Seperkara lagi saya selalu yakin kembara akan membawa penulis meneroka kepada lebih banyak lagi karya yang mantap. Saya sarankan Hani teruslah berkelana, mengembara, pergi ke serata lokasi mengumpul banyak kisah dan ceritera. Semua itu akan menjadikan karya lebih rencam.

Sebagai penulis generasi baru yang berpendidikan tinggi, saya yakin Hani akan terus berjaya berbekalkan rajin dan disiplin.

Sr i Diah
17 Mei 2015

* Kumpulan Puisi Secangkir Teduhan Hujan terbitan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia 2015 (RM15.00)

No comments: