* Wartawan, Hanim Hanani berjumpa romeo, Boonlert Pratchai.
Hari ini mengadap Datuk Abd. Jalil Ali yang selalu ada tapi jarang dapat jumpa atas kesibukan masing-masing. Hari ini membawa jemputan Malam Wartawan Malaysia anjuran bersama Malaysian Press Institute dan Petronas.
Buku kritik beliau kepada golongan isteri selalu menjadi bualan. Beliau menulis dalam usik cubit yang santai tapi menyengat. Antara karya beliau bersama Unit Buku Umum Grup Buku Karangkraf ialah: Asam Pedas Sirap Bandung, Kopi O Tanpa Gula, Cendul Pulut Santan Lebih, Dari Menara KL, Asam Garam, Gula dan Kopi dan lain-lain lagi.
Sejak 1985 saya sudah mula bekerja bersama beliau apabila beliau menjadi salah seorang kolumnis di Akhbar Bacara - Saya ketika itu bertugas sebagai Pengarang BACARIA.
No comments:
Post a Comment