Friday, June 19, 2015

Sahabat Dunia Buku

Saya teringat seorang lagi sahabat saya, Siti Rafiah Sulaiman, Pegawai Kanan di ITBM. Kami selalu bersetuju dengan beberapa isu mengenaidunia perbukuan negara: 

* Kursus sastera sebagai pilihan kedua! Ini mengisi perbincangan. Agak sinikal smile emoticon
* Sastera perdana, sastera marginal dan sastera komersial - situasi kini
* Mengapa kita masih tercari-cari wajah sastera Malaysia? Jawabnya kerana Bahasa Melayu masih tidak kukuh. Bandingkan dengan Indonesia.



Gambar saya bersama Puan Siti Rafiah Sulaiman
ketika di majlis Sidang Kemuncak Penulis Malaysia 
di Darul Aman, Country Golf and Country Club pada 25 Oktober 2014.


Saya suka berada dalam majlis ilmu begini. Datang dengan fikiran umpama gelas kosong. Masuk segala maklumat. Hadamkan. Tidak terasa tua... malah berasa sentiasa muda dikelilingi sahabat yang cinta ilmu.
Pagi ini menerima emel yang menggalas satu tanggungjawab penting. InsyaAllah saya tidak akan sia-siakan peluang yang diberi. Komitment saya lebih seratus peratus demi dunia perbukuan negara.

No comments: