Sebahagian besar penganut agama Islam di kota Rome datangnya dari Bangladesh. Gambar menunjukkan sebahagian anak-anak sedang mengikuti pengajian Muqadam dan Al-Quran di sebuah madrasah. - Foto Stefano Romano >>> BANYAK INFO & FOTO DI SINI <<< |
Negara yang terkenal dengan Vatican City, pusat penyebaran agama Kristian terbesar di dunia itu, kini turut menampung lebih ramai penganut agama Islam dari imigran yang datang dari Bangladesh, Filipina, Syria, Indonesia dan lain-lain negara.
Kini dianggarkan terdapat seramai 150 ribu orang penganut Islam di seluruh Itali. Bersempena dengan Ramadan Mubarak 1436 ini, penduduk Islam di Rome tetap menjalani ibadah puasa Ramadan dengan mengimarahkan masjid dan madrasah yang terdapat di sekitar kota Rome.
Ramadan tahun ini adalah dalam cuaca panas semenjak bermula 1 Ramadan pada 17 Jun 2015 yang lalu. Waktu berbuka puasa ialah jam 9.28 malam dan imsyak pada 3.06 pagi. Namun ini bukanlah halangan bersar untuk penganut agama Islam di kota berkenaan menunaikan Rukun Islam yang ke empat ini.
Anak kecil yang comel bersama bapanya di Masjid Besar Rome - Foto: Stefano Romano |
Terdapat juga pelajar-pelajar Malaysia yang mendalami ilmu dalam pelbagai jurusan seperti jurusan senibina, design, fesyen serta jurusan Agama Kristian. Sebahagian besar daripada bilangan ini mengikut pasangan mereka bertugas dan belajar di sini.
Anak-anak Bangladesh yang mengikuti kelas agama di Madrasatur Rome of Bangladesh. - Foto Stefano Romano |
PETUGAS KEDUTAAN BESAR MALAYSIA DI ROME:
Dalam kunjungan ke Big Mosque, di Rome baru-baru ini, telah diadakan satu pertemuan bersama beberapa orang petugas Kedutaan Besar Malaysia di Rome.. Sebelum itu kami membuat janji temu di Masjid Besar Rome dan menunaikan Solat Jumaat di masjid berkenaan.
Dalam pertemuan ini, petugas-petugas kedutaan mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan salam Ramadan dan Selamat Menyambut Aidilfitri kepada semua keluarga dan kenalan yang berada di Malaysia.
No comments:
Post a Comment