Wednesday, June 24, 2015

Sambal Bilis Petai


Ini adalah resipi arwah mak saya. Harapan saya semoga dengan perkongsian ini berpanjanganlah pahala untuknya dan semua ibu yang kita kasihi. Kongsilah dengan sesiapa sahaja, saya benarkan. Mohon mulakan kerja memasak dengan Bismillah ya).
.
Sambal Bilis Petai
Bahan-bahannya:
Segenggam cili kering
2 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
- Kisar cili, bawang putih dan bawang besar dengan secawan air -
1 labu bawang besar dihiris
2 genggam ikan bilis - buang tulang, direndam - bersih dan toskan
1 peket petai dibelah (takut ada ulat di dalam)
2 keping asam keping
* No belacan sebab saya tak suka belacan smile emoticon
.
Cara membuatnya:
1. Letak dua senduk besar minyak masak dalam kuali
2. Curah bahan yang dikisar. Masukkan juga ikan bilis dan asam keping
3. Tambah secawan air
4. Hidupkan api dapur. Goreng sampai bilis menjadi lembut, Gaul perlahan.
5. Goreng sampai sambal pekat, garing dan naik minyak.
6.. Letak garam, serbuk perasa dan gula sedikit.
7. Tutup api. Masukkan petai dan bawang besar yang dihiris. Gaul sedikit..
8. Siap smile emoticon

* Sedap dimakan dengan nasi, roti dan pulut. Cubalah... kalau sedap beritahu kawan, kalau tak sedap jangan beritahu saya pacman emoticon

No comments: