Monday, June 22, 2015

Ahhhhhh...!

Sebagai penulis, ada ketika kita mahu watak-watak yang kita cipta dan sayang dalam novel, muncul depan mata. Kita mahu menariknya keluar dari novel. Kita mahu duduk berhadapan dengannya. Berbual dengannya, Berbincang dan bertekak dengannya... dan kita mahu dia memegang tangan kita... Ahhh...!



Saya mahu Baharin (KL Di Mana Suamiku) yang baik itu muncul depan mata. Saya rindukan Hanim Hanani (Selamat Malam Tan Sri). Saya juga termimpi-mimpi Ridhuan dan Datuk Munir (Doa Buat Suamiku). Teringat-ingat Tan Sri Rahman Shah (Dendam Masrini) dan garau suaranya.

Namun saya tak mahu langsung menanti kemunculan Nazril (KL Di Mana Suamiku) yang jahat itu!

No comments: