Saturday, June 20, 2015

Tauhu Kering Sumbat



Ada beberapa permintaan dalam mesej inbox yang mahu resipi dan cara membuat tauhu sumbat ini. Baiklah, untuk berkongsi kebahagiaan memasak, saya beri di sini cara membuatnya. Mudah sahaja - kami buat minggu lalu.

TAUHU KERING SUMBAT
Bahan-bahan:
Seketul dada ayam
Sebiji kentang
Dua inci lobak merah
1 labu bawang besar
2 biji bawang putih
- Semua bahan di atas di potong dadu
Satu sudu cili kering kisar

Cara membuat intinya:
1. Tumis cili kisar, bawang merah dan bawang putih hingga garing.
2. Masukkan ayam, lobak dan kentang. Sedikit air dan gaul hingga masak.
3. Bubuh perisa dan garam. Sesuaikan rasa.
4. Padamkan api. Sejukkan.

- Belah sedikit tauhu dan keluarkan isinya
Masukkan isi tauhu dalam bahan inti yang digoreng tadi. Gaul rata.
- Sumbat bahan inti di dalam tauhu (saya gunakan tauhu kering).
- Celup tauhu yang sudah disumbat ke dalam telur yang dikocak. Goreng hingga kekuningan. Dihidang bersama dengan sos cil.
* Resipi anak sulung saya, Kak Long Khalilah Ahmad.

No comments: