Monday, December 31, 2007
CATATAN AKHIR DISEMBER
Jika betul ini jalan yang lurus
Kuterima jika likunya ada di hujung
Panas yang merata
Adalah ujian segala
Panas yang merata
Adalah dugaan semata
Ini akhir Disember
January akan datang
Ini hujung Disember
January bukan sembarang
Sri Diah
Shah Alam
Sunday, December 30, 2007
SELAMAT JALAN 2007, SELAMAT DATANG 2008
INI adalah entri sehari sebelum 2008. Saya ingatkan diri berkali-kali - ya, 2008 sudah datang! Apa yang boleh saya catatkan sebagai pencapaian peribadi pada 2007? Jika dinilai pada pencapaian kerjaya, memang ada peningkatan dan saya bangga mampu melakukannya. Namun meski kerjaya dikejar, pencapaian peribadi tetap dikendong.
Saya garu kepala berkali-kali. Ah, masih tidak cukup sebenarnya. Apa yang telah dilakukan hanya satu inci daipada satu meter yang telah saya set apabila 2007 datang dulu. Saya malu dengan diri sendiri kerana gagal mengotakan beberapa azam yang menjadi target 2007. Nyata sekali saya lebih sukses mengecap peningkatan dalam kerjaya tetapi gagal memenuhi peningkatan peribadi. Kepuasan saya tidak total seratus peratus. Apakah saya menyalahkan kerjaya? Tidak... kerana ini jalan yang saya pilih...
Namun saya tetap mengucap syukur alhamdulillah kerana Allah masih menyayangi kami sekeluarga dan kita semua kerana masih diberi peluang untuk menghuni muka bumi ini. Dan saya kuatkan azam, segala yang tidak tercapai pada 2007 akan tetap dijadikan azam untuk 2008 dan berusaha mencapainya juga.

Friday, December 28, 2007
KEMATIAN BENAZIR
RAWALPINDI, Pakistan - Bekas Presiden Pakistan, wanita berkarisma, cekal dan berani, Benazir Bhutto 54 tahun, meninggal dunia sekejap tadi. Saya membaca ini semasa sign in di YM. Kemudian berbual panjang dengan Halela menjawab offline messagenya yang rupanya dah tiga hari tidak berjawab. Masih lagi terkejut dengan berita kematian Benazir... Insiden ini merupakan klimak menjelang pilihan raya Pakistan yang akan diadakan pada 8 Januari nanti.
Petikan di Yahoo:
The attacker struck just minutes after Bhutto addressed thousands of supporters in the garrison city of Rawalpindi, 8 miles south of Islamabad. She was shot in the neck and chest by the attacker, who then blew himself up, said Rehman Malik, Bhutto's security adviser.
Sardar Qamar Hayyat, a leader from Bhutto's party, said he was standing about 10 yard away from Bhutto's vehicle.
"She was inside the vehicle and was coming out from the gate after addressing the rally when some of the youths started chanting slogans in her favor," he said. "Then I saw a thin, young man jumping to her vehicle from the back and opening fire. Moments later, I saw her speeding vehicle going away."
At least 20 others were killed in the attack. Bhutto was rushed to the hospital and taken into emergency surgery. She died about an hour after the attack.

Thursday, December 27, 2007
JOM BANTU MEREKA
Assalamualaikum & salam sejahtera.
Sdra/i yang dihormati sekelian;
Saya dihubungi oleh Dato' Noraini Ahmad (Ketua Puteri UMNO) yang mengajak kita bersama-sama sebagai SUKARELAWAN untuk membantu membersihkan kawasan mangsa banjir di Maran dan Bera, Pahang.
Maklumat lanjut seperti berikut:
Tarikh: 29 Dis. 2007 (Sabtu)
Masa : 8 pagi (berkumpul di PWTC, Kuala Lumpur)
Pulang: 29 Dis. 2007 (dijangka tengah malam)
Karangkraf & Alaf 21 akan menyumbangkan bahan-bahan bacaan untuk perpustakaan, sekolah yang dilanda banjir. Terima kasih
HASHIM ANANG
Presiden Kelab Sukan & Rekreasi KKSB
* Sesiapa yang ingin turut serta digalakkan. Sila tunggu di lokasi yang dinyatakan. Boleh bawa sekali barangan untuk sumbangan. Thanks.

Monday, December 24, 2007
DISEMBER YANG BASAH
SALAM hujung tahun untuk semua. Hujung tahun ini sama saja seperti hujung tahun 2006 lalu. Hujan masih lagi menyimbah negeri-negeri di Pantai Timur dan di Selatan Semenanjung. Tidak ketinggalan beberapa daerah di pesisir pantai di Sabah dan Sarawak.
Orang lain saya tidak tahu tetapi saya sendiri selalu menitik air mata melihat gambar-gambar dan membaca kisah-kisah sedih yang menimpa mereka yang kurang bernasib baik apabila rumah dinaiki air... habis harta benda musnah. Malah ada yang hilang ahli keluarga. Bukan senang hendak mengganti semula barang-barang yang rosak. Malah ada rumah yang hanyut dibawa arus deras. Saya kasihan melihat mereka bertungkus-lumus untuk memulakan hidup baru - membasuh rumah, mengemas semua selut dan lumpur. Semua itu bukan tugas mudah.
Saya doakan dari jauh semoga mereka semua diberi kekuatan dan semangat kental untuk meneruskan kehidupan. Semoga pihak berkuasa bertindak segera mengatasi semua masalah agar tidak berulang lagi tahun hadapan.
* Saya turut bersedih apabila jualan akhbar saya di negeri pantai timur merosot - jalan dinaiki air, kedai jual akhbar hanyut, tanah runtuh, jalan rosak, lebuhraya ditutup dan orang tak ada duit nak beli akhbar kerana membeli makanan dan keperluan anak bini lebih penting - kuatnya dugaan yang Allah beri.

Monday, December 17, 2007
SALAM AIDILADHA
KINI kita dalam bulan Zulhijjah. Bulan hari raya Aidiladha. Zulhijjah adalah bulan yang sangat penting sebab selain sambutan Aidil Adha (10 Zulhijjah), bulan ini juga adalah bulan umat Islam mengerjakan Haji dan mengadakan korban. Hari yang paling diutamakan pada bulan ini adalah Hari Arafah (9 Zulhijjah).
Antara amalan yang dianjurkan ke atas kita pada bulan yang mulia ini.
1. Menunaikan haji dan umrah
2. Berpuasa
3. Berzikir
4. Bertaubat
5. Memperbanyakkan amalan soleh
6. Bertakbir pada hari Aidil Adha
(Bagi mereka yang tidak menunaikan ‘ibadah haji, takbir bermula dari waktu subuh hari ‘Arafah (9 Zulhijjah) dan bagi yang menunaikannya takbir bermula pada waktu Zohor hari raya haji (10 Zulhijjah), kesemuanya berakhir sehingga waktu ‘Asar pada hari ketiga belas (13) Zulhijjah).
7. Melakukan korban (menyembelih binatang ternakan)
Pada hari raya haji dan hari-hari Tasyriq (11, 12 dan 13 Zulhijjah) dan membelanjakan harta pada korban tersebut semata-mata kerana Allah. Kemudian disedekahkan 2/3 daripadanya kepada kaum fakir dan miskin.
8. Solat Aidiladha di masjid dan mendengar khutbah. Berusaha untuk menunaikan solat hari raya secara berjamaah, menunggu mendengar khutbah yang dibaca oleh imam selepas selepas solat tersebut supaya mendapat pengajaran daripadanya.
PERJALANAN panjang ibadah haji khususnya untuk mendatangi Padang Arafah, Muzdalifah, dan Mina memang memerlukan perjuangan ketahanan fizikal, kerja keras, yang tentunya juga harus disertai dengan kesabaran, ketawakalan, dan kepatuhan kepada Allah Swt. Semoga semua jemaah selamat menunaikan haji dan balik ke tanahair dengan penuh berkat haji mabrur.

Sunday, December 16, 2007
`SETELAH DIGIGIT BERJUTA SEMUT...'
SETINGGI syukur kepada Allah swt kerana anak bongsu telah selamat berkhatan. Debaran sudah berakhir dan dia sihat, sudah boleh menyarung seluar. Semasa anak kedua berkhatan dulu, kerisauan kami tidak sama dengan si bongsu ini. Maklumlah sudah 11 tahun usianya dan hal fizikal juga mempengaruhi kerisauan kami.
Kenalah bawa keluar tilam bantal, kerana mahu terbaring depan televisyen di ruang rehat. Sepanjang seminggu terbaring di ruang rehat itu, Datin Saerah tidak mahu langsung berenggang dengan Amie. Bangkit makan, kencing dan membuang, dia terbaring lagi sebelah Amie - siang malam.
Cepat betul luka Amie sembuh. Dia pun tidak ada pantang langsung. Semua dia makan, sebab katanya doktor suruh makan apa saja yang berkhasiat kalau nak cepat sembuh. Jadi dia makanlah kuey teow kerang, ayam goreng, sambal udang, kicap dan telur. Alhamdulillah tidak ada masalah. Ish, mama dengan abah pulak yang risau... tapi sekarang kami sudah bolehlah tersenyum lega.

Thursday, December 13, 2007
PETIKAN AKKHBAR HARI INI
KUALA LUMPUR 12 Dis. – Bilangan wanita gemuk mengatasi lelaki boyot dalam kalangan penduduk negara ini yang berumur 25 hingga 64 tahun, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Setiausaha Parlimen Kementerian Kesihatan Datuk Lee Kah Choo berkata, Kajian Faktor Risiko Penyakit Kronik yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan tahun lepas menunjukkan terdapat satu juta wanita gemuk berbanding 850,000 lelaki gempal.
"Dalam erti kata lain terdapat 19 wanita gemuk bagi setiap 100 wanita berbanding 14 lelaki gemuk bagi setiap 100 orang lelaki dalam kumpulan umur yang sama," katanya menjawab soalan Datuk Dr Rahman Ismail (BN-Gombak).
Lee berkata, kajian itu mendapati 5.8 juta penduduk Malaysia berumur antara 25 dan 64tahun mengalami masalah berat badan berlebihan dan kegemukan.
"Kegemukan meningkatkan risiko seseorang itu mendapat penyakit kronik seperti jantung, diabetes, strok dan kanser," katanya.
Lee berkata, antara faktor yang menyebabkan kegemukan adalah keturunan, gaya hidup dan pemakanan.
p/s: Apa kata anda? Sudah berapa kg badan anda susut sepanjang 2007? Atau nak sambung azam kuruskan badan ke tahun 2008 pula...

Friday, December 7, 2007
NASIB WANITA KITA
JABATAN Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman sebelum ini mendedahkan ada 30 kes wanita tempatan diperdaya ejen sindiket pengedaran dadah antarabangsa yang ditahan di beberapa negara asing.
Selasa lalu, akhbar melaporkan seorang wanita dari Pasir Puteh, Kelantan, Umi Azlim Mohamad Lazim, 24, ditahan di China atas tuduhan membawa masuk heroin ke republik itu, 19 Januari lalu dan dijatuhi hukuman mati. (Berita terkini - Hukuman berkenaan ditangguhkan).
Seorang lagi wanita tempatan kini dalam tahanan pihak berkuasa luar negara atas kesalahan mengedar dadah jenis kokain di Brazil.
Irine Manggi, 20-an, berasal dari Kuching, Sarawak, dikatakan menjadi mangsa ejen pengedaran dadah antarabangsa yang mempergunakan gadis tempatan sebagai pembawa dadah, sama seperti apa yang didakwa berlaku ke atas dua wanita Malaysia di Jepun dan China. Dia kini ditahan polis Sao Paolo dan menunggu nasibnya yang akan ditentukan mahkamah negara itu.
Sebelum itu, Raja Munirah Raja Iskandar, 22, kini menjalani hukuman penjara tujuh tahun di penjara Jepun kerana kesalahan sama. Untuk mereka bertiga, didoakan semoga segala urusan undang-undang di negara asing dipermudahkan dan mereka berjaya dibawa balik ke Malaysia.
Untuk itu eloklah kita nasihatkan orang kita supaya jangan terlalu baik dengan orang lain dan paling penting kalau di airport - jangan susah payah bawakan beg orang, biar dia bawa sendiri hatta yang ringan sekalipun. (Sebaiknya bukan di airport saja, di mana-mana sekalipun. Tapi kalau pesan ini kita bagi tahu dengan mak kita mesti dia marah... dia akan kata pentingkan diri sendiri. Laa... macamana ya?)

Monday, December 3, 2007
TIADA DI PEJABAT
ATAS urusan kerja, saya tidak berada di Shah Alam bermula 3hb - 6hb Disember. Semua pihak yang terbabit dengan Pembentangan Perancangan Majalah dan Pengiklanan 2008 akan berdiskusi, memerah idea di Tiara Beach Resort, Port Dickson. Jika berkesempatan, InsyaAllah akan updated di PD nanti.

Thursday, November 29, 2007
SAAT SENGGANG
KADANG-KADANG kita berasa sudah selesa hidup berdua sahaja suami isteri apabila anak-anak semua sudah besar dan boleh bergerak sendiri. Teringat ketika anak-anak masih kecil, ke sana ke mari mesti bawa `beg tangan'. Mata juga tidak boleh terlepas pandang, terutama apabila mereka sudah pandai bertatih, berjalan dan berlari.
Namun sekarang tak mungkin saya akan ada anak kecil lagi... suami kata `buang tebiat ke?. Saya kata, kalau ada pun anak kecil dalam rumah ni tunggu bila Kak Long dah sampai jodoh nanti. Waktu itu kita dah jadi Datuk dan Nenek.
Jadi apa lagi yang boleh dilakukan untuk mengisi kekosongan? Amal ibadat, meneruskan hobi saya menulis dan suami pula dengan minatnya, atau menonton tv atau berkebun... terasa ada lagi yang kosong dalam hidup ini.
Lalu sejak setahun yang lalu kami mula mengambil anak-anak angkat (klik sini) ini. Mari sama-sama kongsikan blog yang dibuat oleh Kak Long untuk adik-adik kesayangannya. Jadi sekarang inilah hobi baru kami.
Jika dulu saya minat memelihara ikan emas (hampir 40 ekor sebesar gengaman tangan) tapi sekarang apabila mendapat hobi baru ini, kepuasannya berbeza. Terutama dalam usaha mengindar stres dengan kerja-kerja pejabat.

Monday, November 26, 2007
MENGHAYATI HAIKU
SAYA memang meminati haiku (puisi pendek Jepun) sejak dari bangku sekolahl menengah. Mulanya saya tertarik dengan bait-bait haiku yang ditulis oleh Puan Azah Aziz dalam akhbar Berita Minggu sekitar tahun 80-an. Waktu itu beliau menulis haiku mengenai rumah persinggahan mereka di Morib. Tentang laut, tentang harapan, tentang matahari terbit di ufuk timur pada setiap pagi termasuk tentang Ungku Aziz yang gemar berjoging di Pantai Morib pada hujung minggu.
Kemudian melalui minat itu juga saya mengenali MBA dan juga Lelahiro. Semenjak itu saya mula menimba ilmu mengenai haiku yang sebenar terutama teknik dan syarat menulis haiku (5 - 7 - 5).
Kini buku mengenai haiku akhirnya berjaya dihasilkan oleh Halela dan rakan-rakan setelah melalui pelbagai onak dan duri. Tahniah untuk mereka atas semangat dan kecekalan. Semoga kita boleh mendalami satu lagi cabang seni penulisan, dengan tidak meninggalkan penulisan puisi, sajak, cerpen dan novel gaya Malaysia.
* Untuk temapahan, sila klik pada blog Lelahiro.

Friday, November 23, 2007
"MACAM DIGIGIT SEMUT SAJA..."
AGAKNYA mungkin kerana saya kasihankan dia, jadi keputusan untuk mengkhatan anak bongsu menjadi tertunda-tunda. Janji asalnya apabila usianya sembilan tahun. Namun kemudian ia bertukar, mungkin akan dikhatan apabila usianya sepuluh tahun. Namun niat tahun lalu itu tidak tertunai juga...
Bagaimanapun pada tahun ini kami tidak boleh bertanggung lagi. Si bongsu mesti dikhatankan tahun ini juga. Tahun ini dia sudah menjangkau sebelas tahun. Mustahil hendak menanti usia 12 tahun baru hendak dikhatankan!
Minggu lalu kami bersama-sama membawanya ke klinik tempat dia akan dikhatankan nanti. Niatnya supaya dia berkenal-kenal dulu dengan jururawat, menengok lokasi klinik, semoga dia membiasakan diri dengan persekitaran klinik. Jadi keputusan sudah dibuat. Tarikh sudah ditetapkan. Pada minggu hadapan dia akan mulai menginjak ke alam remaja di Klinik Nik Isahak, berhampiran dengan kediaman kami.
Kepada kawan-kawannya dia sudah memberitahu, dia akan berkhatan minggu depan. Rasa macam dia bangga pula... atau mungkin dia ingin memberitahu kawan-kawannya yang dia juga akan menjadi seperti mereka yang lain – sudah bersunat!
Saya memang kasihankan dia. Saya tidak tergamak melihat dia mengadu sakit. Jika saya begitu, suami pun sama. Si bongsu ini badannya agak besar, tidak seperti rakan-rakan sebayanya yang berbadan biasa-biasa sahaja.
Selalu dia berkata yang dia sudah cukup besar, sudah cukup bersedia. Namun saya selalu curi-curi memandang pada alat sulitnya... Ya, walau badannya besar, tetapi senjatanya tidak seperti saiz badannya. Itu yang saya risaukan. Saya dan suami pergi dari satu klinik ke satu klinik berusaha bertanya tentang kaedah khatan doktor-doktor berkenaan.
Maaflah saya kurang arif dengan istilah doktor jadi soalan saya mengikut kefahaman sendiri - Apakah doktor menggunakan cara `ring'? Ia seperti cincin yang disorong ke alalt sulit. Atau doktor menggunakan kaedah `kelongsong'? Ia seperti kelongsong aiskrim berbentuk kun? Sebabnya kedua-dua kaedah itu saya rasa tidak sesuai dengan fizikal anak bongsu saya jika dikira dari aspek saiznya itu.
Di klinik di Seksyen 19 Shah Alam itu akhirnya kami temui kaedah yang sesuai dengan situasi anak saya. Doktornya menggunakan kaedah seperti mana dulu-dulu, iaitu dengan memotong dan menjahitnya dengan benang dan dibiarkan kering begitu sahaja tanpa ada sokongan kun atau ring. Lama kelamaan benang itu akan pupus sendiri, kata doktor.
Sudah berkali-kali saya dengan kata-kata ini, "anak lelaki mesti kuat. Tidak sakit, rasa macam digigit semut saja...." kata suami. Si bongsu diam saja. Di mukanya tergambar rasa gelabah. Apabila suami berkata begitu saya teringat tentang satu kisah kelakar yang saya baca dalam blog seorang rakan.
Ceritanya begini: Si bapa menemani si anak berkatan. Sebelum anak masuk ke bilik doktor, si emak berkali-kali berpesan pada si anak dengan ahrapan pesanan itu akan mengurangkan rasa debar dan bimbang si anak. Katanya, "tak sakit... macam semut gigit sahaja." Lalu si emak pun melepaskan si anak ke dalam bilik doktor ditemani si bapa sahaja.
Apabila si anak keluar dari bilik doktor, siibu segera merapati dan memeluk cium si anak. ”"Macamana? Bukankah tak sakit... macam semut gigit sahaja..." kata si emak.
Si anak meraung dan menjerit, ”Uh! Rasa seperti berjuta-juta semut menggigit!" katanya.
Seperti ibu-ibu lain, saya turut merasa betapa risaunya kita hendak melepaskan anak-anak ke alam remaja. Semoga mereka membesar menjadi remaja yang tabah dan kental semangatnya. Semua itu bermula dengan dugaan kecil, bagaikan digigit semut sahaja. Tidak kiralah seekor atau berjuta semut yang menggigit...
* Seperti yang tersiar di Sinar Harian.

Friday, November 16, 2007
KENCING MANIS, KECEMASE…
EMAK saya penghidap kencing manis, kini dia menjalani dialisis di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) selang sepuluh hari sekali. Manakala kakak dan abang saya juga ada simptom yang sama. Jadi Hari Diabetes Sedunia yang disambut pada Rabu lalu, menjadi iltizam pada diri saya bahawa saya tidak mahu mewarisi penyakit berkenaan walaupun sejarah penyakit itu sudah ada dalam keluarga saya.
Saya katakan pada diri dan keluarga bahawa makanan manis yang sedap itu adalah racun yang boleh menggugat riwayat kita. Hari emak saya dibawa ke wad kecemasan apabila badannya menjadi betul-betul lemah, tetap menjadi ingatan pahit saya dan keluarga. Dia jadi lesu, tubuhnya kurus sangat. Waktu saya sampai dia sudah terbaring di wad dengan wayar berselirat dari perutnya kekantung air sebesar plastik beras lima kilo di sisi katilnya.
Hari ini lebih 240 juta orang di seluruh dunia menghidap diabetes. Dengan kesan serius itu diabetes kini diiktiraf sebagai penyakit kronik yang melemahkan tubuh dan banyak menyebabkan kerugian. Tema Hari Diabetes Sedunia julung kali diadakan pada tahun ini ialah `Diabetes pada Kanak-kanak dan Dewasa’.
Diabetes merupakan antara penyakit paling kronik di usia kanak-kanak dan boleh berlaku pada kanak-kanak di mana-mana peringkat umur, termasuk kanak-kanak pra-sekolah dan sehinggakan kanak-kanak yang bertatih-tatih. Dan di pelbagai pelusuk dunia, insulin, satu-satunya ubat penyelamat nyawa, tidak boleh didapati ada kalanya kerana faktor-faktor membabitkan ekonomi, geografi ataupun kekurangan bekalan.
Saya membaca satu berita dalam talian semalam menyatakan ramai kanak-kanak mati kerana diabetes, khasnya di negara-negara dengan pendapatan rendah atau sederhana.
"Yang paling rapat dengan kanak-kanak, tidak kira keluarga, penjaga atau guru sekolah mungkin tidak menyedari tanda-tanda penyakit itu," kata K.S. Maniam Penolong Setiausaha Am, Persatuan Diabetes Malaysia.
Maniam berkata diabetes Type 1, yang sebelum ini dikenali sebagai diabetes juvana, meningkat sebanyak 3 peratus pada kanak-kanak setiap tahun dan di kalangan kanak-kanak pra-sekolah angkanya lebih tinggi iaitu sebanyak 5 peratus. Dalam diabetes Type 1, badan tidak dapat menghasilkan insulin dan mereka dengan diabetes ini memerlukan rawatan insulin untuk meneruskan dengan hidup.
Diabetes Type 2 merupakan diabetes jenis lazim. Dalam diabetes Type 2, sama ada tubuh tidak dapat menghasilkan insulin yang cukup ataupun sel-sel mengabaikan insulin, satu situasi yang ada kalanya dikenali sebagai rentan insulin. Diabetes Type 2 lazimnya berlaku di kalangan dewasa, lazimnya usia 45 tahun dan lebih. Diabetes bentuk ini dikawal melalui pengurangan berat badan, senaman atau ubat yang diambil melalui mulut.
Kini dianggarkan di seluruh dunia 70,000 kanak-kanak di bawah umur 15 tahun menghidap diabetes Type 1 setiap tahun dan daripada 440,000 kes diabetes Type 1 di kalangan kanak-kanak di seluruh dunia, lebih satu perempat berada di Asia Tenggara dan lebih daripada satu perlima di Eropah.
Diabetes Type 2 dahulunya dianggap sebagai penyakit orang dewasa. Tetapi hari ini ia meningkat pada kadar yang menakutkan di kalangan kanak-kanak dan remaja. Sejak 20 tahun yang lepas, diabetes Type 2 telah berganda di kalangan kanak-kanak di Jepun dan ia kini lebih lazim berbanding Type 1.
Bagaimana dengan anak-anak kita? Anak-anak saya memang gemarkan minuman manis. Jika makan di luar selalu dipesan pada pelayan di kedai supaya kurangkan manis. Selalunya saya menghirup dulu minuman yang tiba, jika manis disuruh tambah air kosong sedikit. Anak cepat saja memuncungkan bibir.
Kata suami, "you nak kurangkan manis minuman anak... tapi you yang banyak minum minuman manis itu. Kalau tiga anak, maknanya tiga sedutan you itu minuman manis belaka... nanti awak yang masuk wad kecemase..." Oh ya tak ya!
* Persatuan Diabetes Malaysia boleh dihubungi melalui 03-79574062 atau menerusi lamannya di www.diabetes.org.my.

Wednesday, November 14, 2007
BANTU KAWAN KITA BISNES
UNTUK wanita sedang berpantang bersalin, Dr. Faridah Abd. Rashid telah membuka satu laman penting untuk anda. Baiboo telah mengkaji amalan berpantang di kalangan orang Melayu. Meski zaman moden kini, namun yang tradisi tetap dicari orang. Sesiapa berminat boleh menjengah ke blog ini.
SAHABAT jauh di mata, Lynn di Kobe bersama rakan-rakan bisnesnya telah mencipta anak patung muslimah. Sungguh comel dan harganya amat murah termasuk kos pos. Jika berminat klik ke sini Muslimah Dolls

Monday, November 12, 2007
DUGAAN ANAK-ANAK
HUJUNG tahun begini ramai kawan-kawan sudah mengatur jadual cuti masing-masing. ADa yang sudah sampai seru ke Mekah. Ada yang sempat membooking Air Asia ke merata tempat, berholiday. Ke mana saya? Nampak gayanya dengan kesibukan sekarang saya berani kerat jari - tak dapat ke mana-mana walupun cuti tahunan saya masih berbaki 20 hari!
Kak Long menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bermula hari ini. Paper dia akan tamat pada 5hb Disember. Saya tawakal dengan apa sahaja keputusan Kak Long setelah puas dia berusaha untuk mendapat kedudukan terbaik. Pagi tadi semasa menghantarnya ke sekolah saya katakan, sebagai anak sulung dia kena tunjuk tauladan terbaik pada adik-adik. Seorang lagi anak saudara, Hakimi di Kota Tinggi pun sama-sama bersaing menduduki SPM hari ini.
Dalam waktu itu juga si bongsu lelaki saya, akan `tuuut'. Sudahpun kami daftarkan namanya di klinik. Menurut doktor proses bersunat akan bermula 20hb Nov ini. Giliran dia kali ini, anak yang akhir saya rasa saya lebih teliti pula berbanding dengan masa anak kedua, Anas dulu. (Pakai sarung macam cincin? Atau pakai kelongsong? Atau doktor jahit saja dan lama kelamaan pupus begitu saja? Guna laser atau potong biasa?) Maklumlah yang ini si bongsu... Dia pula manja semacam. Dia minta doktor bagi dia ubat tidur masa `tuuut' nanti.
Baru-baru ini bos panggil, memberi arahan baru. Kesimpulan perbincangan itu, kini tanggungjawab saya di pejabat semakin menambah. Dua jenis suratkhabar dengan empat edisi negeri serta 29 majalah sudah di bahu saya seratus peratus.
Terima kasih kepada yang sudi datang beraya ke rumah. Saya tak buat open house sebab rumah sentiasa terbuka. Telefon saja jika mahu datang. Dah habis Syawal pun tak mengapa, masih boleh berkunjung.

Tuesday, October 30, 2007
YB PONTENG DEWAN RAKYAT
* Semalam, sehingga jam 11.45 pagi, hanya 48 daripada 219 ahli hadir dan menjelang petang hanya 26 terus berada dalam dewan, iaitu jumlah korum minimum bagi membolehkan dewan bersidang.
* 11 pagi Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Mahadzir Mohd Khir tidak hadir untuk mengemukakan soalannya. Ketika itu itu, kira-kira 40 Ahli Parlimen berada dalam Dewan.
* Sesi soal jawab berakhir jam 11.45 pagi selepas tujuh Ahli Parlimen yang soalan mereka tersenarai dalam Aturan Urusan Mesyuarat tidak hadir.
* Tiada seorang pun menteri kabinet menghadiri sidang pagi semalam, manakala hanya tiga Timbalan Menteri iaitu Datuk Ong Tee Keat (Pengajian Tinggi), Datuk Datuk Shaziman Abu Mansor (Kementerian Tenaga, Air dan komunikasi) dan Datuk Dr Tiki Lafe (Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah) kelihatan dalam Dewan.
* Kebanyakan Menteri berada bersama Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang melawat Terengganu dan Kelantan bagi melancarkan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER).
Anak saya dapat surat tunjuk sebab kerana ponteng empat hari ke sekolah. Antaranya ponteng kerana keletihan selepas khemah ibadah, ponteng kerana penat hari sukan, ponteng kerana bertungkus-lumus tolong cikgu di hari terbuka sekolah dan ponteng kerana letih, balik dari perkehmahan pengawas.
Saya harap YB terbabit turut mendapat surat amaran/teguran daripada yang dipertua Dewan Rakyat.

Dua hari lepas saya mencari semula buku ini yang dihadiahkan oleh suami.
LIM GOH TONG
GENTING HIGHLANDS, 29 Oktober - Raja Kasino dan ikon perniagaan Tan Sri Lim Goh Tong disemadikan di Taman Peringatan Gohtong Jaya dekat bandar Gohtong Jaya di sini hari ini.
Pengasas dan presiden seumur hidup Kumpulan Genting itu dikebumikan pada pukul 1.18 petang mengikut masa terbaik kaum Cina. Majlis pengebumian itu hanya dihadiri oleh anggota keluarga dan saudara mara. Mengikut pantang larang orang Cina, pihak media tidak dibenar membuat rakaman majlis pengembumian tersebut.
Lim, 90, meninggal dunia di Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC) di Subang Jaya pada 23 Okt lepas kerana sakit tua.
Pada pukul 9.45 pagi tadi, perarakan jenazah meninggalkan rumah kediamannya di Gohtong Villa untuk "perjalanan akhir" ke Genting Highlands sebelum dibawa kembali ke taman peringatan itu, yang terletak kira-kira 600m dari bandar Gohtong Jaya.
Sebelum perarakan bermula, upacara sembahyang mengikut fahaman Taoist diadakan selama dua jam mulai 7.30 pagi di kediaman mendiang yang dihadiri oleh anggota keluarga, saudara mara, tetamu terpilih, persatuan dan badan pertubuhan.
Pihak media hanya dibenarkan berada di Gohtong Villa, Gohtong Jaya, Tokong Chin Swee, Hotel Genting Highlands dan pintu masuk ke Taman Peringatan Gohtong Jaya untuk membuat liputan perarakan itu dan dinasihatkan supaya tidak berada di hadapan perarakan.
Pada pukul 10 pagi, perarakan berjalan kaki bermula dari Hotel Gohtong Jaya, menuju pintu utama ke Gohtong Villa dan kemudian ke Taman Peringatan Gohtong Jaya. Kemudian perarakan itu disambung dengan menaiki kenderaan dari taman peringatan itu menuju ke Genting Hinglands.
Jalan dari Gohtong Jaya ke Genting Highlands Resort ditutup mulai 9 pagi hingga 12 tengah hari untuk upacara perarakan itu yang disifatkan sebagai salah satu perarakan paling hebat di negara.
Di sepanjang laluan perarakan ke puncak Genting Highlands, perarakan itu berhenti di Tokong Chin Swee pada pukul 11.50 pagi di mana setiausaha jawatankuasa tokong berkenaan Lim Thang Soon melakukan upacara sembahyang Taoist selama 15 minit.
Perarakan itu diteruskan ke Hotel Genting Highlands bagi membolehkan kakitangan memberi penghormatan terakhir.
Mengikut kisah riwayat hidupnya, Lim mengasaskan tapak tokong itu pada 1966 selepas menerima ilham daripada Patung Chin Swee untuk memulakan pembangunan Genting Highlands Resort.
Fasa pertama tokong tersebut yang menempatkan altar utama hanya disiapkan selepas 18 tahun kemudian ekoran masalah awal menghantar peralatan dan jentera berat di bukit curam itu. Tokong itu akhirnya dirasmikan pada 28 Mac, 1994.
Sebuah patung granit mendiang Lim setinggi 2.74 meter didirikan di dataran tokong itu dan dipamerkan pada sambutan harijadi Raja Kasino itu yang ke-90 pada 16 April lepas mengikut kiraan kalendar Cina.
Sementara itu, ratusan orang kenamaan, ahli perniagaan, ahli politik dan pelbagai lapisan masyarakat berhimpun di bandar Gohtong Jaya untuk mengikuti perarakan itu dan pada masa yang sama kalungan bunga dan ucapan takziah terus diterima dari seluruh dunia termasuk dari kerajaan wilayah Fuji di China, negeri kelahiran hartawan itu.
Antara yang menghantar ucapan takziah ialah hartawan Hong Kong Li Ka Shing, Raja Kasino Macau Stanley Ho dan pihak pengurusan kasino Ceasar Palace di Las Vegas, Amerika Syarikat.
Beberapa eksekutif kanan bank-bank utama dunia juga turut hadir untuk memberi penghormatan terakhir termasuk pengerusi Hongkong dan Shanghai Bank Ltd Vincent Cheng.
Pada Khamis lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi turut memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Lim di Gohtong Villa di sini manakala bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyampaikan ucapan takziah menerusi kiriman faks.
Sementara itu, seorang anggota Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)
Sekolah Lelaki Methodist Kuala Lumpur, Puan Lim Siew Hong, yang turut mengikut perarakan itu menyifatkan mendiang Lim sebagai seorang yang sangat pemurah.
"Tanpa kemurahan hatinya, kami mungkin tidak dapat mendirikan sebuah dewan. Dewan itu dinamakan sempena isteri mendiang Puan Sri Lee Kim Hua, sebagai tanda ucapan terima kasih daripada kami," katanya kepada Bernama ketika ditemui di sini. Katanya 100 pelajar sekolah rendah dan menengah dari sekolah itu menghadiri ucapara pengebumian itu.
Di samping itu, beberapa buah sekolah juga menghantar rombongan untuk memberi penghormatan terakhir kepada mendiang termasuk Chung Hwe Independent School, Monfort Boys Town, SRJK Tamil Bentong, SRJK Tamil Karak dan SRJK (C) Bukit Tinggi.
Dalam pada itu, wakil Kesatuan Pekerja-Pekerja Resort World, pula membawa sepanduk dengan perkataan: "Seorang yang baik yang sentiasa menjaga kepentingan dan kebajikan pekerjanya. Kami, para pekerja amat menghargai anda."
-- BERNAMA
* Berita ini tidak tersiar dalam akhbar hari ini. Diharap anda membacanya tanpa rasa prejudis. Bak kata orang, seketul batu, jika dicampak ke laut akan menjadi pulau.
* Rakan blogger kita, Suhaimy ada menulis tentang buku ini.
Monday, October 29, 2007
Wednesday, October 24, 2007
Datuk Haji Hussamuddin Haji Yaacub
HERO KAMI TERIMA ANUGERAH DATUK
SHAH ALAM: Pengarah Urusan Kumpulan Karangkraf Sdn. Bhd., Hussamuddin Yaacub dianugerahkan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) Peringkat Kedua yang membawa gelaran Datuk sempena Keputeraan Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah yang ke 77.
Beliau merupakan penerbit 28 judul majalah-majalah terkemuka di pasaran Malaysia, Singapura, Brunei dan Indonesia adalah juga penerbit akhbar Sinar Harian yang kini telah memasuki pasaran di Kelantan, Terengganu, Pahang, Kuala Lumpur dan Selangor. Sinar Harian Melaka dan Negeri Sembilan kini sedang dalam proses untuk diterbitkan. Sumber:
Sinar Harian
Tuesday, October 23, 2007
JIKA BUKAN MEREKA, SANGGUPKAH KITA?
PASUKAN Malcon 2 UNIFILL yang terdiri daripada 24 pegawai serta 56 anggota dari semua perkhidmatan Darat, Laut, Udara dan Kor Kesihatan Diraja telah berlepas ke Lubnan dari Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang di sini, malam tadi.
Upacara pelepasan anggota Malcon 2 UNIFILL tersebut telah disempurnakan oleh Panglima Tentera Darat Jeneral Datuk Muhammad Ismail Jamaluddin. Mereka akan berkhidmat selama sembilan bulan di sana.
Saya sebak melihat gambar-gambar ini. Terdetik di hati betapa kuatnya semangat mereka, jika kita... mungkin berfikir lebih lima kali memandangkan lokasi yang akan mereka pergi adalah negara yang sedang bergolak berbanding dengan kita di Malaysia - selesa sakan. Inilah yang dinamakan perjuangan dan pengrobanan. Tabik untuk mereka.
Monday, October 22, 2007
Gambar dari Agendadaily
OUR NATIONAL HEROS
SELEPAS berlepas dengan roket Soyuz TMA-10 pada 10 Oktober lalu Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha dan dua rakan angkasawan mengambil masa dua hari untuk bercantum dengan Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS).
Semalam sewaktu kembali ke bumi perjalanannya hanya mengambil masa 3 jam 23 minit. Segala debaran berakhir bila kapsul Soyuz TMA-10 yang membawa beliau bersama dua lagi krew, Fyodor Yurchikhin dan Oleg Kotov mendarat di Arkylk, Kazakhstan pada jam 6.37 petang waktu Malaysia.
Tahniah kepada kerajaan Malaysia, Dr. Sheikh, Mejar Faiz, seluruh saintis terbabit, dan rakyat Malaysia amnya.
Monday, October 15, 2007
INILAH YANG KELAKARNYA!
SEORANG di Shah Alam. Seorang lagi di Cheras. Bukannya jauh sangat! Boleh dikatakan tiap minggu berjumpa. Malah pada bulan puasa, kami lebih kerap berjumpa dan saling bercakap mengenai persiapan hari raya.
Di pagi hari saya, kami semua saling tergelak sakan. Padan muka!
Rupanya baju kami sedondon. Saya dan adik bongsu saya, Cikgu Fadilah serta anak sulungnya tak sudah-sudah jadi bahan gelak ke mana sahaja kami berjalan beraya.
Dia sudah menempahnya hampir dua bulan. Saya pula membeli baju itu di malam raya di Plaza PKNS. Saya main sambar sahaja baju tu asalkan senada dengan warna baju suami. Tak sangka pulak - macam kembar saja saya dengan adik bongsu!

Sunday, October 14, 2007
Nek Jah dan Tok Din - Emak dan abah saya.
BERKUMPUL, BERMAAFAN
HARI Raya Aidilfitri tahun ini amat bermakna bagi mak dan abah. Juga moyang saya. Kesemua anak beranaknya, menantu-menantu dan cucu-cucu berhari raya di rumahnya. Kecuali cucu sulung mak, Muazz yang baru sahaja berangkat ke Oklahoma University di Texas awal Ramadan lalu. Selain itu mereka, adik saya dari Kota Bharu, Kelantan. Kak Long dari Kuantan, Pahang. Abang dari Kota Tinggi Johor. Dan tiga orang adik di bawah saya yang tinggal di sekitar Cheras juga pulang beraya ke rumah mak dan abah. Bak kata orang, riuh rendah - macam kapal nak karam.
* Hari ni satu feri terbakar dan karam di perairan Pulau Tioman. Saya teringat kenangan percutian kami anak beranak di salah sebuah pulau di situ - Kampung Salang Pusaka. Memorinya saya abadikan dalam novel Mahligai Cinta. Alhamdulillah mujur kami selamat pergi dan balik...
Yang terbaring itu nenek saya yang berusia hampir 100 tahun. Moyang anak-anak saya. Dalam gambar, adik saya Dr. Bakiah yang bertugas di Kota Bharu.
Saturday, October 13, 2007
Friday, October 12, 2007
PERSIAPAN RAYA
KAMI tidak mengalami masalah langsung dalam membuat persiapan hari raya. Keadaan bandar Shah Alam yang serba terancang ini membuatkan kehidupan segalanya tersusun. Untuk mendapatkan daun palas dan segala keperluan esok untuk hari raya saya ke Pasar Besar di Seksyen 16. Di situ segalanya ada. Saya beli daun palas, beras pulut susu, santan, kerisik, hati, daging, limpa, paru untuk rendang istimewa orang Kedah kegemaran suami. Saya juga beli pisang awak dan daun pisangnya untuk buat pulut dakap.
Semuanya dimasak sendiri. Maid telah dihantar pulang samalam. Menjelang waktu berbuka semuanya siap.
Malam raya kami anak beranak lepak di Jaya Jusco Bukit Raja, Klang. Kemudian ke Plaza PKNS. Jenguk-jenguk SACC MAll. Beli sehelai baju kurung siap untuk saya pakai esok (memang tak boleh ubah last minute punya perangai!) - Tentang baju ni ada cerita kelakar!

Thursday, October 11, 2007
JOM CUTI PRA RAYA
HARI ini saya bekerja separuh hari sahaja. Separuh lagi ambil cuti tahunan. Balik kampung? Tidak. Kami berhari raya di Shah Alam sahaja. Pagi hari raya akan ke rumah mak dan abah di Bandar Tun Razak, petangnya ke rumah sanak saudara di Klang, Jeram, Sungai Pinang dan lain-lain sekitar Selangor sahaja.
Pejabat di bahagian majalah sudah mula lenggang. Di bahagian akhbar masih lagi kalut dengan tugasan harian yang rutin. Akhbar hanya akan bercuti pada hari Jumaat dan Sabtu. Ahad sudah bekerja semula untuk akhbar hari Isnin.
Beberapa tugasan untuk bahagian majalah telah saya selesaikan. Sebenarnya kerja akan bertambah banyak selepas hari raya. Segala peracangan sudah tersusun, menanti hari bekerja sahaja untuk memulakan segalanya.

Wednesday, October 10, 2007
LANGKAH PERTAMA
JAM 9.21 malam ini rakyat Malaysia yang pertama akan berlepas ke angkasa lepas. Perhatian seluruh negara akan bertumpu ke pusat pelancaran Soyuz TMA-11 di Baikonur Cosmodrome, Kazakhstan. Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha, 35 atau jika berhalangan akan diganti oleh Dr. Faiz Khaleed akan berada di International Space Station (ISS, kira-kira 333 kilomiter dari bumi selama sembilan hari.
Soal istilah samaada mereka terbang sebagai 'angkasawan' atau ‘peserta penerbangan angkasa lepas’ seperti yang cuba ditonjolkan oleh Agensi Angkasa Lepas Nasional Amerika (NASA) sudah selesai. Pihak Rusia mengitiraf mereka sebagai seorang angkasawan atau Cosmonaut. Apa sekalipun pandangan tentang pemergian angkasawan Malaysia ini. Ini adalah langkah pertama. Setiap usaha mesti bermula dengan langkah itu.
Antara misi mereka ialah:
1. Kajian Sel di Angkasa Lepas
Eksperimen ini akan mengkaji kesan mikrograviti dan radiasi angkasa ke atas sel normal dan sel kanser. Ia bertujuan melihat kesan ke atas pembentukan sel kansr dan proseso yang boleh dimanfaat untuk menghasilkan teknik pengesanan dan rawatan lebih berkesan.
2. Kajian Mikrobiologi di Angkasa Lepas
Eksperimen yang membabitkan penghantaran bakteria ke angkasa lepas bertujuan mengkaji kesan ke atas mikrobigraviti dan radiasi di angkasa serta makanisma dan kadar perkembangan bakteria serta tahap kerintangan dan mekanisma kawalan genetik. Dua jenis bakteria dipilih iaitu Helicobacter pylori yang bertindak balas ke atas penyakit ulser perut dan Acinetobactor baumanni yang biasa terdapat di hospital. Kajian ke atas bakteria itu akan dapapt memberi lebih pemahaman dalam pembentukan bakteria dan membantu menghasilkan protein atau enzim baru yang dapat merencatkan aktiviti antibiotik.
3. Kajian Protein di Angkasa Lepas
Penghasilan kristal dariapda protein sangat penting kepadpa kimia dalam organisma hidup dan mempunyai tiga aplikasi utama iaitu struktur biologi dan pembuatan ubatan, pemisahan kimia dan pengawalan dalam ubatan. Eksperimen itu akan menyediakan saintis dengan maklumat dan pengetahuan dalam meningkatkan penghasilan kristal di bumi dan sekali gus meningkatkan penggunaan dalam bidang industri pada masa akan datang.
Sketsa di rumah saya semasa sahur jam 4.30 pagi tadi:
En. Abang: Hari apa kita nak pergi beli barang pasar - ayMm/daging/kerisik/daun palas dll?
Saya: Ikut kiraan falak, kita raya Sabtu jadi Jumaatlah ke pasar.
Anak-anak: Diam saja sambil makan.
En. Abang: Buatnya jadi kes masa Almarhum Sultan Idris? Beraya sehari lebih awal...
Kak Long: Janganlah, biar kita raya Sabtu (mama belum jahit baju raya kak long!)
Anas: Apa kata macam ni - angkasawan kita ada di orbit masa tu. Sekali dia tengok luar tingkap kapal angkasa tu ada anak bulan. Dia terus bagi tau orang Malaysia. Dia call Pak Lah dan kata dia dah nampak anak bulan dah. Kita raya awal!
Amie: Okey... jadi esok kita last bangun sahur.
p/s:
- Mengikut ritual angkasawan, mereka dikehendaki buang air kecil di sisi Soyuz TMA-11. Agaknya angkasawan kita akan kencing berdiri atau duduk? Khabarnya ada beberapa ritual lagi... apa ya?

DERITA NURIN BERPANJANGAN
AWAL minggu lalu saya menerima gambar-gambar bedah siasat adik Nurin menerusi internet. MasyaAllah, saya tidak sangka ada manusia yang sanggup menyebarkan gambar-gambar berkenaan ke pihak umum. Malam tadi TV3 telah siarkan dalam Buletin Utama dengan mengkaburkan bahagian tertentu.
Gambar-gambar itu memaparkan kecederaan teruk yang dialami Nurin. Gambar bedah siasat pada anggota tubuh termasuk pada bahagian perut dan alat sulitnya serta gambar tubuhnya kerekot dalam beg sukan berkenaan. Sungguh tragis.
Uncle Nurin, Encik Jasni yang mengendalikan blog In Memory of Nurin kecewa dengan kejadian itu. Siapa yang mula-mula mengedarkan gambar-gambar itu? Ia ternyata gambar-gambar bukti yang hanya pihak doktor dan anggota polis sahaja yang boleh mendapatkannya. Kenapa perkara macam ini boleh berlaku? Di mana kewarasan? Di mana tanggungjawab? Mengapakah tidak ada privacy bagi mayat Nurin?

Monday, October 8, 2007
DR MAHATHIR DIPINDAHKAN KE WAD BUNGA RAYA HARI INI
Untuk lebih cerita mengenai Tun sila klik blog Marina Mahathir di sini

Thursday, October 4, 2007
SYAWAL KIAN HAMPIR
BULAN separuh penuh yang dirakam fotoBERNAMA awal pagi semalam, menandakan umat Islam di seluruh negara telah menjalani ibadah berpuasa selama 22 hari. Pada minggu-minggu terakhir Ramadan ini, terdapatnya satu malam yang dipanggil Lailatul Qadar.
Penentuan tarikh sebenar berlakunya Lailatul Qadar tidak dapat dipastikan tetapi pendapat yang kuat menyatakan Lailatul Qadar berlaku pada malam-malam ganjil sepuluh terakhir Ramadan iaitu malam ke 21, 23, 25, 27 dan 29.
Kebesaran Lailatul Qadar adalah berdasarkan dua perkara pertamanya, kerana pada malam tersebut diturunkan Al-Quran dan kedua akan turun para malaikat dalam suatu angkatan yang besar untuk memberi taufik dan hidayah kepada orang-orang berpuasa dengan ikhlas.

Sunday, September 30, 2007
JANGAN ZALIM
SEMALAM En. Abg belanja kami anak beranak berbuka puasa di luar. Anak-anak memilih untuk makan nasi ayam Linda Onn - My Mum Chicken Rice di Seksyen 7, Shah Alam. Sebenarnya anak-anak pakat nak tengok lokasi di mana suspek pembunuhan Nurin diberkas. Memang tak jauh mana, selang satu lorong sahaja daripada kedai nasi ayam Linda Onn itu.
Si kakak geram. Anas pun sama. Amie pula kata, "tak sangka mama, ini kan kedai mama beli kerongsang dengan tudung hari tu?" Saya angguk, sedih. Sedih dengan kematian Nurin, sedih dengan sikap manusia... Kalau benarlah mereka didapati bersalah semoga kejadian ini menyedarkan ramai pihak. Kanak-kanak tidak ada dosa... mereka perlu dilindungi, bukan dikasari apalagi dizalimi.

Friday, September 28, 2007
NURIN - `OPS SUNTI'
SAYA terkejut besar membaca berita ini. Macam percaya dengan tidak, cuba KLIK SINI.
- Mereka ditahan di Sekysen 7, Shah Alam - Eh, itu dekat rumah saya!
- Salah seorang daripadanya berasal dari Bukit Kuda, Klang - Eh, itu kampung saya!

Tuesday, September 25, 2007
BAYANGKAN DIA KENYIT MATA
BANYAK sungguh khabar angin didengar mengenai tahap kesihatan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad yang kini sedang menjalani rawatan lanjut di wad rawatan rapi di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur. (Akhbar hari ini melaporkan Tun sudah boleh kenyit mata! Saya bayangkan kenyitannya itu...)
Pembedahan kedua untuk membersihkan jangkitan kuman selepas pembedahan pertama dua minggu yang lalu memang sudah dijangkakan oleh doktor. Apalagi jika dibandingkan dengan usia beliau sekarang. Namun semua itu sentiasa dalam kawalan pihak IJN.
Jangan percaya khabar angin yang berlegar di internet atau dari mulut mereka yang tidak bertanggungjawab. Kami di pejabat penerbitan ini menerima pelbagai andaian negatif, pelbagai status kedudukan kesihatan Tun yang membimbangkan. Namun pecayalah, itu hanya khabar angin.
Kini jika anda ingin mengetahui perkembangan sehari-hari Tun, silalah lawati blog anak beliau,Datin Paduka Marina Mahathir yang berjanji akan sentiasa memberikan khabar terkini tentang bapa beliau.

Saturday, September 22, 2007
JANJI DEMI JANJI
KITA tidak mahu pihak polis hanya berjanji sahaja. Janji akan perketat rondaan. Janji akan cari penjenayah/pembunuh/perogol/peliwat/perikebinatangan. Menteri Pembangunan Keluarga dan Masyarakat pun jangan hanya mahu mengkaji dan mengkaji akta/usul/meeting demi meeting/. Bertindaklah berterusan.
Pokoknya kanak-kanak zaman kini terus dihantui ketakutan, terkongkong, memandang orang lain dengan pandangan penuh dendam. Mereka sudah mulai sukar percaya persekeliling hatta kepada guru sendiri.
Seminggu ini kita masih bercakap tentang Nurin. Saya yakin lima enam bulan lagi isu ini sudah hilang perlahan-lahan. Ia akan muncul lagi jika berlaku lagi kejadian sesadis yang diterima Nurin. Percayalah!
Bacalah blog kerinduan pakcik Nurin ini di (In Memory of Nurin)

Friday, September 21, 2007
NURIN SELAMAT DISEMADI
DENGAN linangan air mata, Jazimin Abdul Jalil, pagi ini menuntut mayat anaknya Nurin Jazlin, 8, dari Hospital Kuala Lumpur untuk dikebumikan selepas solat Jumaat.
Jazimin, 33, yang sebelum ini menafikan mayat itu adalah anaknya yang hilang diculik sejak 20 Ogos lepas walaupun ujian asid deoksiribonukleik (DNA) membuktikan sebaliknya, dilihat sebak dan berterusan mengalir air mata sepanjang proses menuntut mayat Nurin Jazlin, mangsa bunuh dan penderaan seksual.
Jazimin, yang berbaju Melayu merah jambu dan berseluar hitam dengan ditemani keluarga dan sanak saudaranya, dibenarkan membawa keluar mayat anak gadisnya itu pada pukul 11.15 pagi ini, dan selepas bacaan doa lalu beredar keluar dengan sebuah van, sambil disaksikan sayu oleh orang ramai dan kakitangan hospital.
Di Seksyen Satu, Wangsa Maju di kediaman keluarga itu, ibu kanak-kanak itu, Norazian Bistaman, 35, menunggu suaminya untuk membawa pulang buat kali terakhir Nurin Jazlin yang lebih mesra dengan panggilan "Kak Ngah" dalam kalangan keluarga dan jirannya.
Jenazah Nurin jazlin dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Ibukota, Gombak, selepas solat Jumaat. (Sumber: SINAR HARIAN)

Thursday, September 20, 2007
TERKINI:
1.00 tgh - Sumber memberitahu mayat yang ditemui di dalam beg pakaian yang diletakkan di hadapan sebuah premis perniagaan adalah Nurin Jazlan. Tunggu berita seterusnya...

Wednesday, September 19, 2007
TAHNIAH UNTUK KEDUA-DUANYA
NASA telahpun mengumumkan bahawa Dr Sheih Muszaphar telah terpilih untuk bersama-sama dengan dua lagi angkasawan negara lain untuk ke bulan. Dr Sheih akan mengikut jejak Yuri Gagarin or Neil Armstrong. NASA sudah umumkan minggu lalu dan Malaysia pula baru minggu ini mahu umumkan - Pak Lah akan umumkan. Apakah pengumuman yang sama? Atau jangan-jangan ada pertukaran saat akhir? Sama-sama kita nantikan.
Gambar ini dan cetusan ini saya kongsi daripada blog Rudy. Tapi saya rasa tahniah juga patut diucapkan kepada Capt Dr Faiz Khaleed's. Sila lihat aktiviti mereka di Blog Angkasawsan Kita.

Friday, September 14, 2007
PINDAH BILIK (LAGI)
1. SAYA segan nak bagi tahu, saya sudah berpindah bilik (lagi). Bilik itu ialah bilik saya yang dulu. Kini saya dipertanggungjawab untuk menjaga semula konten (content), kualiti dan projek inovasi majalah-majalah terbitan KKSB. Dalam masa yang sama saya turut terlibat dengan konten dan beberapa misi/operasi akhbar Sinar Harian. Fuhhh...!
Terima kasih kepada mereka yang support Sinar Harian Edisi Selangor dan Kuala Lumpur yang nampak sudah sinarnya. Suksesnya Sinar Harian ini terletak kepada pembeli dan pembacanya, terutama di kawasan luar bandar. Menurut rekod bahagian jualan dan promosi, ada di beberapa tempat jualan harian akhbar ini telah mengatasi jualan akhbar arus perdana. Fenomena ini sama seperti yang telah kami alami di Kelantan, Terengganu dan Pahang sebelum ini.
2. KINI saya dan team sudahpun memulakan misi Sinar Harian yang seterusnya selepas berjaya menakluk Selangor dan KL. Dikesempatan ini saya ingin menghulurkan salam untuk orang Negeri Sembilan dan Melaka pula... salam Sinar Harian!
3. KAMI sekeluarga baru sahaja balik dari majlis berbuka puasa di rumah kawan En. Abang, seorang Datuk dan Datin di Sri Andalas, Klang. Berbuka dengan kurma, buah-buahan dan kuih muih (kuih koci pulut hitamnya sedap) kemudian solat Maghrib berjemaah dan makan time. Gulai kampung - masak lemak nanas dan ikan masin, tenggiri masak asam pedas, sayur campur, tempe masak lodeh kering dan ayam perap goreng. Jumpa ramai kenalan baru. Anak-anak pun enjoy. Alhamdulillah. Kami tidak tunggu Isyak dan Tarawih sebab saya kena balik semula ke pejabat.

Thursday, September 13, 2007
KITA BAGAIMANA?
Going Out
Abe to quit as Japan PM.
Going `in'
Philippine ex-president
Estrada jailed fo life
8.4 quake -
Gempa bumi kuat berukuran 7.9 pada skala Richter di 155 kilometer barat daya Bengkulu, selatan Sumatera dan 718 kilometer baratdaya Johor Bharu mencemaskan semua pihak.

Wednesday, September 12, 2007
PUTRAJAYA, 11 September - Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Datuk Che Mat Che Ali yang juga ahli jawatankuasa induk melihat anak bulan Wilayah Persekutuan dengan menggunakan tropong khas dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini, hari ini.
Umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa pada Khamis,13 Sept.
Majlis Raja-raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan rukyah dan hisab. -foto BERNAMA
SALAM RAMADAN AL-MUBARAK
SELAMAT berpuasa kepada seluruh Muslimin dan Muslimat.
Semoga puasa kita tahun ini lebih afdal berbanding puasa-puasa yang lalu.
Monday, September 10, 2007
TAK LAMA LAGI... TAK LAMA LAGI TU BILA?
SUDAH banyak alasan saya berikan kenapa karya terbaru belum juga siap-siap. Alasan sibuk sudah tidak relevan. Hinggakan si Azilah (tertuduh pertama pembunuhan Altantuya) pun tak malu-malu berkata watak utama novel Kuala Lumpur di Mana Suamiku itu dirinya. Sebabnya dia sudah khatam tiga kali selama disumbat dalam sel. Mana novel baru akak? Soalnya minggu lepas.
Saya keluar dari kamar Mahkamah Tinggi hari itu perlahan-lahan ketika tuan hakim sedang sibuk mencatat nota keterangan mengenai tertuduh kedua, Sirul Azahar.
Oklah semoga mood kembali semula selepas menuruni bukit mahkamah di Seksyen 4, Shah Alam itu...

Sunday, September 9, 2007
SIBUK SANGATKAH KITA?
SAYA mendapat soalan ini daripada seorang rakan:
Anda stress? Sila jawab Ya atau Tidak kepada soalan di bawah ini:
1) Adakah anda merasa gembira apabila anda terlalu sibuk?
2) Adakah diari anda penuh hujung minggu ini?
3) Adakah anda terdesak untuk bekerja sekalipun anda sedang sakit?
4) Adakah anda berpeluang menonton rancangan TV kesukaan anda dalam satu atau dua minggu ini?
5) Adakah anda berasa berbaloi apabila menyelesaikan sesuatu tugasan?
6) Adakah anda dapat mengisi masa bersama keluarga, rakan taulan atau dengan orang tersayang?
7) Adakah anda cukup tidur, teratur makan minum anda dan ibadat?
Apabila anda menjawab lebih banyak (Ya) pada soalan di atas, anda disarankan agar muhasabah dan periksa semula jadual hidup anda. Apabila anda menjawab lebih banyak (tidak), anda memang punya gaya hidup yang berkualiti dan teratur.
Jawapan saya banyak YA!
Akak memang stres tahap `cipan' sekarang ni. Huwaaa....
M.A. Kusyairi
www.myzewriter.com

Friday, September 7, 2007
Sinar Harian Edisi 7 Sept 07
Sinar Harian Edisi 6 Sept 07
UNTUK memberi lebih peluang orang ramai mengetahui konsep akhbar ini, team web telah menolong saya uploadkan versi PDF untuk edisi pengenalan. Akak tak tahu nak upload PDF... Untuk itu terima kasih kepada CATBORG kerana sudi menolong. Bukan selalu akak mintak tolong kan? Kepada pembaca di luar Malaysia, tataplah versi pdf ini untuk lebih mengetahui berita di tanahair - ada berita Gombak, Sabak Bernam, Hulu Langat, Hulu Selangor, Kuala Langat- pendek kata (panjang kata) berita dari seluruh pelosok Selangor dan KL ada dalam Sinar Harian ini. (Maaf ya nak kempen sikit...)
Thursday, September 6, 2007
Sinar Harian Edisi 5 Sept. 07
ANAK KEEMPAT SINAR HARIAN
INI adalah Edisi Pengenalan Akhbar Sinar Harian (its a daily paper!) yang bermula semalam, 5hb Sept. Inilah juga jawapan pada kesibukan dan kehilangan saya selama ini. (Maaf bos, dah dua hari bos suruh saya promo di blog saya, baru hari ini saya sempat upload...) Ini adalah anak saya yang keempat selepas Sinar Harian Edisi Kelantan, Sinar Harian Edisi Terengganu dan Sinar Harian Edisi Pahang. Untuk lebih detail mengenai konsep Sinar Harian, rasanya eloklah baca statment saya di bawah ini;
Salam daripada warga Sinar Harian;
Bermula 5hb September 2007, Warga Selangor dan Kuala Lumpur sudah ada akhbar mereka sendiri. Akhbar berkonsep lokal ini memberi 40 halaman warna warni untuk kesemua daerah dalam Selangor dan Kuala Lumpur. Wartawan kami yang dipanggil Skuad Cakna Sinar Harian bersedia untuk melaporkan apa sahaja kehendak dan keperluan setempat. Mereka melaporkan berita-berita komuniti terus dari lokasi kejadian.
Sifat kami lokal, iaitu membuat liputan untuk kawasan anda. Prinsip kami neutral iaitu tanpa mengira kaum, agama dan pegangan politik. Semangat kami nasional iaitu ingin membawa anda untuk sama-sama menjayakan wawasan negara. Fikiran kami global iaitu kami ingin mendampingi anda untuk menyesuaikan mental dan fizikal menghadapi dunia tanpa sempadan.
Jika anda sudah menatap Akhbar Sinar Harian secara percuma selama lima hari bermula 5hb hingga 9hb September 2007 dan berpuas hati dengan pengisian kami, silalah forwardkan info ini kepada teman-teman walau di mana mereka berada. Namun sekiranya anda masih belum berkesempatan untuk mendapat Sinar Harian, esok pagi segeralah ke kiosk akhbar berhampiran.
Edisi Sinar Harian bermula pada 10 September 2007 akan dijual dengan harga RM1. Sekian, salam Cakna daripada kami.
Wednesday, September 5, 2007
SALAM MERDEKA
MASIH belum terlambat untuk saya mengucapkan salam merdeka untuk seluruh rakyat Malaysia sempena sambutan kemerdekaan ke-50 baru-baru ini. Gembira juga saya mendengar suara garau parau anak saudara saya Roy, mengalunkan lagu Malaysiaku Gemilang di radio dan televisyen.
Maaf juga saya hulurkan kerana sudah lama tidak upload entri. Ada banyak sungguh alasan untuk disenaraikan, tetapi biarlah semua itu saya simpan sebagai satu rasa tanggungjawab.
Budak hilang lagi! Wahai emak-emak dan bapa-bapa sekelian... kisah kehilangan dan penemuan semula Yin masih belum luput daripada ingatan, kini kehilangan si comel Nurin pula menghantui. Tepuk dada dan tanya hati. Mahukah kita kehilangan anak kita pula? Jadi walau sibuk macamana, selalu bertanya, di mana anak-anak kita.
Still missing: Eight-year-old Nurin
had gone to the pasar malam
in Wangsa Maju, Kuala Lumpur, alone.
Sebagai komuniti yang cakna, sesiapa yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan Nurin Jazlin Jazilan, segeralah hubungi talian 03-61882545 atau faks kepada 03-61889545.

Thursday, August 9, 2007
SETELAH SETAHUN BERLALU
Terima kasih kepada:
Mba, The Japan International Cooperation Agency (JICA), Alumni Society of Malaysia (myJICA); http://www.myjica.net

Tuesday, July 10, 2007
TERIMA KASIH
Sesungguhnya hidup ini suatu perjalanan yang panjang. Kita jadi jenuh, jadi letih mengharunginya... sisa hidup tidak tahu entah di mana dan bagaimana. Banyak sungguh yang sempat kita kutip di perjalanan dan lebih banyak juga yang tertinggal, tercicir, tidak sempat dikutip. MasyaAllah...
Ingatan terhadap semua amat besar maknanya. Kerana itulah saya seronok untuk meneruskan hidup ini hingga bertemu titik noktah.

Friday, June 29, 2007
SELAMAT HARI PERSAHABATAN SEDUNIA
Persahabatan itu seperti tangan dengan mata.
Saat tangan terluka, mata menangis.
saat mata menangis, tangan pula menyapu air mata...

Saturday, June 23, 2007
Monday, June 11, 2007
Wednesday, June 6, 2007
PERDANA MENTERI KAHWINI JEANNE ABDULLAH SABTU INI
PUTRAJAYA, 6 Jun (Bernama) -- Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan melangsungkan perkahwinan dengan Jeanne Abdullah, 53, pada Sabtu ini, demikian diumumkan oleh Pejabat Perdana Menteri hari ini.
Majlis akad nikah pada hari itu akan dilangsungkan di kediaman rasmi Perdana Menteri di Seri Perdana di sini dan akan dihadiri oleh keluarga terdekat sahaja, menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri.
Jeanne dilahirkan di Kuala Lumpur pada 29 Julai 1953 dan merupakan anak sulung daripada empat adik beradik. Beliau mempunyai dua orang anak perempuan, Nadiah dan Nadene.
Beliau menerima pendidikan di Sekolah Menengah Assunta dan mempunyai pengalaman luas dalam bidang pentadbiran dan penghotelan, serta pernah bertugas sebagai pengelola kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri dan pengurus Kompleks Seri Perdana.
Saturday, May 26, 2007
CANTIK GAMBAR NI
OSAKA - Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (mana Pak LAH?) bergambar bersama sebahagian daripada pelajar Malaysia selepas majlis perjumpaan dan makan malam bersama pelajar Malaysia sebelum berlepas ke Kuala Lumpur di sebuah hotel di sini.
Para pelabur Jepun terus melihat Malaysia sebagai destinasi pelaburan penting dan kini menunjukkan minat terhadap Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) di Selatan Johor. fotoBERNAMA.

Friday, May 25, 2007
DEMAM TAK AKAN KEBAH
BANYAK perkara yang terjadi selama seminggu belakangan ini.
1. Kakitangan awam dan yang telah pencen mendapat kenaikan gaji. Ada kakitangan KTMB yang nak reverse masuk gomen balik.
2. Harga tepung pun ikut naik. Sebenarnya bukan tepung saja. Semalam beli ikan kembung dan cili merah pun dah naik harga. Nampaknya roti canai di kedai Kak Ros semalam dah kecil sikit daripada saiz biasa. Sebab itu saya minta dua keping.
3. Kata Mursyidul Am PAS, Nik Aziz - Pilihanraya is around the corner. Sebab itulah Kelantan pun ikut pusat - naikkan gaji kakitangan.
4. Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa kuat berpegang kepada ramalan pilihanraya umum akan diadakan sebelum sambutan ulangtahun ke-50 kemerdekaan 31 Ogos ini.
5. Presiden PAS Haji Hadi pun berpendapat yang sama.
6. Datuk Nalakaruppan `hangin' dengan Anwar Ibrahim yang telah bersahabat dengannya lebih 30 tahun lalu. Datin Seri Azizah akan ditentang oleh Anwar dan seorang lagi calon presiden, Abdul Rahman Othman. Kalut tu...
7. Bocor. Bocor. Bocor. Siling kementerian bocor, siling mahkamah bocor. YB mintak maaf pasal bocor dan saya pun dah bocor bulan ni.
8. Pak LAH pi Tokyo. Jangan singgah ke Mt Fuji. Sekarang tak boleh, Ogos baru bukak. Pak LAH balik LAH...
9. Setiausaha Parlimen Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datin Paduka Chew Mei Fun berkata sekarang ini ramai lelaki beli isteri dari negara asing. Ada diskaun agaknya.
10. Oh, kami di Shah Alam sudah pun berjaya memindahkan keseluruhan proses penting membuat/memproses/mengedit/mendesign/masukkan iklan/membuat PDF sepenuhnya Sinar Harian Edisi Terengganu dan Edisi Kelantan. Kemudian hantar PDF ke Pengkalan Chepa untuk dicetak. Minta maaf ya orang Kemaman, dah dua hari delay order.
11. Edisi Pahang tengah sibuk buat promosi/buat event/prepare kempen/bunting/flyers/design iklan bas/kereta skuad/design mock up/kendalikan skuad/sistem anak angkat ke Kelantan dan Terengganu/arrange kancil/pda/kamera/dll. Opis Kuantan dah ready. Akan terbit soooonnnnnn........
12. ... cuba tambah.

Sunday, May 20, 2007
TWINKLE TWINKLE LITTLE STAR
SAYA tersentuh melihat transformasi seorang anak kampung, menjadi seorang star malam tadi. Itu bermakna kalau kita tercorot, bukan bererti kita akan kalah. Bukan saja dalam dunia seni, dalam segala perkara kita kena cepat bangkit, cepat belajar dan ikut cakap cikgu. Mila so natural dan buat clear winner malam tadi! Ya malam untuk Mila bukan untuk MU. Tahniah utk Chelsea.
Seperkara lagi anda boleh berjaya menawan puncak Gunung Fuji dan sambut Ambang Merdeka ke 50 tahun di Puncak Fuji. Sila klik: Blog MBA untuk ke Fujisan. Saya anggap saya tercorot tahun lalu, mungkinkah akan menjadi star tahun ini?

Thursday, May 17, 2007
Bantal serage bulat mendakap ampuh
Labu sayong bersadur emas melengkap simpuh
Senyum pengantin di peterana berbaldu
Warna kuning menambah syahdu

Tuesday, May 15, 2007
KATA-KATA PREJUDIS TERHADAP WANITA
KEMENTERIAN Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat memandang serius kata-kata prejudis terhadap wanita yang diutarakan ketika sesi sidang Dewan Rakyat minggu lepas.
Setiausaha Parlimen Kementerian berkenaan, Datin Paduka Chew Mei Fun berkata, isu itu mendapat perhatian menteri berkenaan, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan telah membincangkannya di peringkat kementerian.
"Kementerian merasa kecewa terhadap peristiwa itu dan tindakan yang sewajarnya akan diambil bagi mewujudkan suasana yang kondusif kepada semua wanita," katanya ketika menjawab soalan Senator Datuk Yip Kum Fook pada persidangan Dewan Negara di sini, hari ini.
Insiden itu berlaku ketika Dewan Rakyat membincangkan kebocoran siling bangunan Parlimen apabila Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) dan Datuk Mohd Said Yusuf dilapor mengeluarkan perkataan prejudis dengan mengaitkan isu kebocoran terhadap Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah).
(Lebih kurang beginilah kata YB Bung Moktar; "Mana ada bocor... Btu Gajah pun tiap-tiap bulan bocor juga..." Ketika Fong sedang membantah keputusan Tim. Yang Dipertua Dewan Rakyat.)

Sunday, May 13, 2007
AIR MATA UNTUK ABAH
SUBUH tadi kami dikejutkan dengan berita kematian Pak Uda di Klang. Setelah berpakat dengan adik bongsu dia akan membawa abah dan emak dari Cheras ke Klang manakala saya terus sahaja dari Shah Alam ke Klang.
Sepanjang perjalanan ke sana saya asyik terfikir apakah perasaan abah... Dengan kematian Pak Uda itu, nampaknya kini hanya tinggal abah seorang sahaja dalam keluarganya. Sebagai anak bongsu dua belas beradik, kesemua enam abang-abangnya sudah meninggal dunia satu demi satu, paling akhir dua tahun lalu. Lima adik beradik perempuannya meninggal dunia ketika masih kecil, tidak sempat pun berusia lima tahun.
Kami sampai di rumah Pak Uda ketika abah sedang memandikan jenazah abangnya itu. Kemudian jenazah itu dia kapankan dengan bantuan anak-anak dan menantu arwah. Saya nampak kekuatan di wajah abah... hatinya cekal sama cekalnya ketika dia memandikan jenazah kesemua abang-abangnya dulu. Sekejap sahaja urusan selesai dan selepas disembahyangkan dia ke kubur pula untuk membacakan talkin untuk abangnya itu.
Renyai petang ini turut mengirim rindu saya pada arwah. Dan sayang yang tak terucapkan untuk abah dan mak...

Saturday, May 12, 2007
JIKA TIDAK, KAMI LAPAN BERADIK
Melihat huruf-huruf berlari
Teringat Muslim yang pergi
Salam Hari Ibu
Mak... Untukmu!
Melihat huruf-huruf berlari
Teringat Muslim yang pergi
Salam Hari Ibu
Mak... Untukmu!
Friday, May 4, 2007
KAIN BASAHAN DILIPAT TIGA
RINDU DI HATI TIDAK TERKIRA
PESTA BUKU KUALA LUMPUR 2007 sudah pun bermula dan akan berakhir dalam tiga hari lagi. Saya masih belum sempat untuk ke Pavilion Karangkraf bertemu dengan semua yang menelefon, mahu berjumpa, menanti di sana. InsyaAllah akan pergi tetapi tidak pasti bila.
Kalaulah boleh berkompromi
Blog ini tidak akan selama ini dibiar sepi.

Thursday, April 12, 2007
JIKA INI BERLAKU PADA KITA...
* "Apabila nak menyuap nasi, saya teringat sama ada anak saya dah makan ke belum... "
* "Bila hendak memejamkan mata, saya terkenang di mana Yin tidur..."
* "Sejak Yin yang berusia lima tahun hilang dan gagal dikesan, saya dan suami Shamsul Ghazali Shamsuddin yang menetap di Chemor, Perak, kini menumpang di rumah ibu saudara di Kuala Lumpur menghabiskan masa mencari Yin di merata bandar raya."
* Nur Amizah yakin anaknya Yin masih hidup. Allah sajalah yang tahu di mana dia. Saya tidak putus berdoa agar dipertemukan semula dengan Nazrin.
* Nur Amizah berkata, Yin akan menyanyi lagu `Twinkle Twinkle Little Star' setiap kali dia balik dari tadika.
* "Kini saya dah tiada air mata mengenangkan Yin. Saya lahirkan dia, saya jaga dia dan berharap dapat tengok dia dewasa..."
* Sejak berita kehilangan Yin dipaparkan media massa, mereka suami isteri menerima beratus-ratus panggilan telefon dan khidmat pesanan ringkas (SMS). Kebanyakan maklumat itu datang dari mereka yang mengaku bomoh.
DI MANA YIN SEKARANG...
* Ada yang kata Yin di Rembau, di Selayang dan pelbagai tempat lagi termasuk di sempadan Malaysia - Thai. Ada juga berita menyebut dia akan dibawa ke Myanmar. Keluarga ini jadi serba salah sebab tidak mampu hendak ke sana apatah lagi tidak pasti kebenaran maklumat begitu.
* Sebelum ini Yin pernah hilang di Tesco Ipoh. Tapi kehilangan itu hanya beberapa minit. Selepas kejadian di Tesco, Yin selalu diingatkan jangan main jauh-jauh, nanti hilang.
* 700 risalah telah diedarkan kepada orang ramai di sepanjang Jalan Tunku Abdul Rahman bermula dari kompleks beli-belah Campbell, Chow Kit, Kampung Baru serta kepada pemandu bas untuk diletakkan di dalam bas sebagai usaha mencari Yin.
- Sebenarnya saya boleh menulis teks ini untuk menjadi lebih menyentuh hati tapi lebih baik jangan...

Friday, March 30, 2007
GADING TIDAK BERTUAH
HARI ini saya marah-marah pada seorang staf perempuan (ini di luar bidang tugas). Dia sudah benci pasangannya padahal baru kahwin. Jika dulu dia berdoa semoga mendapat suami yang soleh - ya dia dapat. Namun kini dia benci si soleh itu kerana menyuruhnya mengaji, mengejutnya waktu malam untuk sembahyang tahajud, berjemaah dan menutup aurat bila keluar rumah.
Bukankah dulu dia berdoa mahu suami soleh? Sekarang peluklah dia!
* UNTUK HALELA
dan penggemar kucing. Klik sini,
ada sedikit cerita tentang kawan-kawan Tora (tanpa Cotton).

Wednesday, March 28, 2007
TAHUKAH ANDA
HARI ini saya berpindah bilik lagi. Penat juga mengemas walau dibantu dua Abang Ane (India mari).Kepada sesiapa yang pernah berkunjung ke bilik saya, kali ini janganlah serik. Saya bukan lagi di bilik yang dulu dan dulu dan dulu. Lagi-lagi pindah, saya kata dalam hati melainkan pindah ke Bilik Pengarah Urusan saja saya belum... Tapi tidak mengapa, pindah lokasi untuk memantapkan produktiviti (pujuk hati). Lokasi sekarang? Saya kira langkah saya apabila hendak balik tadi, hanya tiga langkah saya sudah ke pintu keluar. Eh... bezanya dulu di bahagian bawah, sekarang di tingkat atas.

Thursday, March 22, 2007
BUKAN EMBARGO
MALAM ini bukankah malam Jumaat? Jadi akan berlangsung majlis pernikahan penting kepada seorang yang penting. Orang penting dan pasangannya akan mengadakan majlis kenduri pada Ahad ini.
BUKAN RAHSIA
SEMALAM apabila saya mahu `shoot' satu berita online untuk mukasurat 6, satu arahan baru dikeluarkan kepada Editor: Sila abaikan berita bernombor ####. Jadi saya tidak jadi `assign' page itu ke SH lalu saya `assign' arahan itu ke sini: T*N M sedia kerjasama menjadi orang tengah antara K -N- K.

Saturday, March 17, 2007
EMBARGO
SETIAP berita yang akan diumumkan oleh pihak menteri atau sesiapa sahaja semestinya mempunyai waktu embargo - waktu dimana pihak media tidak boleh menyiarkannya sehingga pada tarikh sebenar yang ditetapkan bagi penyiaran. Laporan akhbar mestilah disiarkan selepas masa embargo.
Namun pada 4 Mac lalu, negara dikejutkan dengan pengumuman 'Nadiah Amirah peroleh 19 1A SPM 2006' oleh salah sebuah akhbar yang disifatkan mendahului laporan rasmi Kementerian Pelajaran (mendahului statment Menteri).
Keputusan telah disiarkan lima hari lebih awal. Keputusan telah bocor dan ini tidak pernah terjadi sebelum ini apatah lagi laporannya pula salah. Adakah ini agenda orang berkepentingan?
Pihak-pihak yang terbabit khususnya Lembaga Peperiksaan Malaysia mesti tampil untuk memberi penjelasan tentang perkara ini dan pihak media memohon maaf kerana melaporkan berita yang tidak tepat.
Bagi saya pelajar paling cemerlang ialah pelajar Sekolah Agama Maahad Muhammadi Perempuan,Kelantan, Siti Fatimah Mukhtar, 17, yang memperoleh 17 1A dan satu 2A; manakala seorang pelajar berusia 15 tahun Melisa Sia Yin Ying mencatat sejarah apabila menjadi calon termuda memperoleh 17 1A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
* Hal embargo ini kalau Karangkraf lakukan mesti dah kena warning. Orang tu macamana?

Monday, March 12, 2007
KEHILANGAN
MASA senggang amat terbatas kerana perkara ini Klik Sini

Monday, March 5, 2007
MENTAFSIR MIMPI... sambungan
KATA orang mimpi itu menyeronokkan, ia melekakan. Mimpi juga dikatakan mainan tidur. Tetapi jika ia mainan tidur...bukankah mainan itu menghiburkan dan mengembirakan? Sebaliknya saya tidak rasa terhibur langsung. Saya rasa amat terdera. Tidur saya terganggu. Saya rasa amat terddraTidur saya tidak puas. Saya akan berasa letih selepas megnalami mimpi. Apalagi jika mimpi itu adalah mimpi buruk, yang menakutkan, yang menggerikan.
Salah satu mimpi buruk yang dialami ialah apabila saya dicampak dari atas bukit ke jurang yang dalam (tidak nampak jelas siapa yang mencampak). Di dalam jurang itu ada sekumpulan buaya ganas. Ada juga ular-ular berbisa. Kemudian dicurah pula dengan air panas menggelegak... mimpi itu membuatkan saya betul-betul sesak nafas. Rasa penat sungguh saya berlari menyelamatkan diri. Sebaik terjaga, badan saya berpeluh-peluh dibuatnya.
Saya juga pernah bermimpi tersesat di dalam hutan hingga berhari-hari lamanya. Langsung tidak mendapat makanan dan minuman. Saya jadi teramat letih dengan kulit yang kering menggelupas. Apabila hujan turun, ia disertai dengan kilat, petir dan guruh sahut menyahut. Semua bayangan mimpi merupakan objek yang jahat. Buas. Sakit. Pedih. Tidak ada ketawa, tidak ada senyuman.
Emak puas menyuruh saya membaca doa-doa sebelum tidur. Saya baca. Emak menyuruh saya mencuci kaki sebelum tidur. Saya buat. Ustazah suruh saya mengaji sebelum tidur. Saya buat. Tetapi semuanya gagal.
Bagaimana untuk mengelak daripada tidak bermimpi? Sebab itulah waktu kecil dulu saya selalunya tidak mahu tidur. Saya tak berani hendak memejamkan mata. Saya takut. Hal ini berlarutan agak lama juga hinggalah mencecah usia remaja.
Apabila masuk ke usia remaja semua mimpi jarang datang. Saya boleh tidur dengan lena. Esoknya saya bangun pagi dengan puas. Bagaimana mimpi-mimpi itu hilang?
Saya tak tahu! Saya juga tidak mahu mengingat semula kisah silam.

Thursday, March 1, 2007
TAHNIAH
UCAPAN tahniah kepada Datuk Azman Ujang sebagai GM Bernama dan wartawan vateran, Sdr Yong soo Heong sebagai Editor-in-chief Bernama.
Hari ini juga Mesyuarat Agung Tahunan ke 31 Institut Akhbar Malaysia (IAM). Wakil semua pertubuhan media dijemput hadir. Tiap pertubuhan boleh menghantar seorang wakil dengan satu undi. Kini Datuk Azman Ujang adalah Pengerusi IAM. Memorandum and Articles of Association (Agenda 8) sudahpun diedarkan sejak 5 Februari lalu.
Satu lagi ucapan tahniah untuk Bro Tiger yang sudah mulai mengaum di dunia blog pula menyertai rakan-rakan lain. Sorry Bro.... Silalah ke blog beliau di DUNIATIGER

Wednesday, February 28, 2007
MENTAFSIR MIMPI
SEMASA kecil saya takut pada mimpi. Ini kerana, saya selalu mengalami mimpi yang pelbagai cerita. Ada cerita sedih, ada cerita gembira. Ada juga cerita yang membuatkan saya hampir jatuh dari katil. Boleh dikatakan hampir setiap malam saya akan bermimpi. Mimpi-mimpi itu pula kadang-kadang adalah tentang hal yang serupa, hampir berhari-hari lamanya. Ada jug yang mempunyai paparan yang berbeza.
Contohnya jika saya bermimpi dimarahi guru pada malam Isnin, malam Selasa cikgu itu akan muncul lagi. Memarahi saya lagi. Malam Rabu cikgu yang serupa juga hadir, kali ini mungkin saya di kampungnya sedanghadir kenduri pula... malam esoknya cikgu itu akan muncul lagi...
Saya selalu bertanya pada diri sendiri hampir pada setiap pagi... apakah orang lain juga mengalami hal yang serupa, sama seperti saya? Satu lagi soalan saya waktu itu... apakah mimpi ini wajib hadir dalam tidur? Atau, apakah mimpi saya sama seperti mimpi orang lain? Satu lagi soalan yang penting, betulkah mimpi boleh dipercayai?
Soalan demi soalan terus hadir setiap pagi setelah terjaga daripada mimpi. Ini memmbuatkan saya selalu berasa takut. Saya bimbang untuk tidur. Saya tak mahu mimpi datang mengganggu tidur. Setiap saat, saya cuba melupakan semua mimpi-mimpi yang pernah saya alami - bersambung.
P/S Sepatutnya saya ke Penjara Wanita Kajang hari ini. Tapi..

Monday, February 19, 2007
WANITA KENA PAKAI CAWAT BESI
DATUK Abu Hassan Din Al-Hafiz, seorang tokoh agama membuat syor berkenaan di Hulu Terengganu baru-baru ini. Beliau menyatakan cawat yang pernah dipakai sekitar tahun 1920-an hingga 1960-an dapat membanteras gejala rogol yang berleluasa di kalangan perempuan termasuk kanak-kanak dan warga tua. Pelik – lelaki seronok merogol, perempuan yang kena pakai cawat besi.

Sunday, February 18, 2007
REHAT
HARI ini saya cuti. Ya cuti. Saya katakan ini dua kali kerana walaupun hari ini Ahad dan hari ini Tahun Baru Cina, tapi sepatutnya saya bekerja. Sebenarnya sudah hampir tiga minggu saya bekerja di pejabat hingga jam 12 tengah malam.
p/s - Gara-gara menerjah dunia suratkhabar harian, dunia majalah yang santai sudah lama saya tinggalkan.

Sunday, February 4, 2007
TAHNIAH
Dr M pernah berkata bahawa seorang pemimpin bukan sahaja bersih tetapi mesti dilihat bersih. Saya pula ingin menambah, seorang pemimpin bukan sahaja berkuasa tetapi mestilah berani. Berani bertindak, berani bertanggungjawan atas segala tindakannya. dia juga harus berani mendahului zamannya.
Hari ini saya ingin mengucapkan tahniah kepada Newly-appointed Perak Anti-Corruption Agency director Samsiah Abu Bakar. Semoga 21 kes yang masih belum selesai disiasat sejak tahun 2001 berjaya ditangani segera. Good luck & take care!

Thursday, February 1, 2007
KERJALAH...
HARI ini di negeri Selangor adalah cuti sambutan Thaipusam. Di negeri Kuala Lumpur pula ialah cuti Hari Jadi Wilayah Persekutuan. Di negeri Kumpulan Karangkraf di Shah Alam hari ini tiada cuti. Kerja. Kerja. Kerja.

Friday, January 26, 2007
WISMA DENMARK (LAGI...)
SABAN hari saya mengikuti penulisan di blog Bro Rocky, Bro Sheih, Datuk Kadir, Datuk Ahmad Talib, Nuraina, Kak Teh, Jeff dan ramai lagi wartawan online yang lain. Saya selalu ingatkan diri bahawa gaya dan ideologi tulisan mereka di online dan printed tidak boleh dianggap serupa - menulis untuk mendapat gaji bulanan tidak sama dengan menulis utnuk mendapat kepuasan menulis.
Dan semalam bermulalah perjalanan Bro Rocky dan Jeff di Mahkamah Tinggi Sivil di Wisma Denmark. Bukankah saya juga sudah banyak kali ke sana atas urusan pejabat?
Perjalanan Semalam:
1. Tiada injunksi (sekatan) seperti yang diminta oleh plaintif dan empat pekerjanya dikeluarkan oleh Mahkamah. Maknanya setakat ini tiada injunction against Rocky.
2. Mahkamah akan bersidang lagi pada 22 Februari bagi menimbangkan permohonan Rocky agar Mahkamah menolak (strike off) saman plaintif terhadapnya.
3. 29hb Januari 2007 - Isnin ini – semua pihak terbabit akan berjumpa dalam kamar hakim bagi mendengar “penjelasan” Rocky mengenai ulasan-ulasan di dalam blognya yang dibuat selepas pengemukaan saman oleh plaintif pada 11 Januari 2007.
Good luck utk Bro Rocky dan Jeff. Memang perjalanan ini akan jadi panjang. Semoga Bro Rocky dan Jeff kuat semangat terutama dengan sokongan rakan bloggers yang lain.

Wednesday, January 24, 2007
MENDUNG, APAKAH HUJAN AKAN TURUN?
SEKSYEN 15 Shah Alam mendung hari ini, sama seperti di Pengkalan Chepa beberapa hari lalu. Rasanya di Kota tinggi, di Batu Pahat, di Raub, di Rompin dan di Kuantan juga serupa. Langit makin mendung, di laut pula ombak kian bergelora.
Tapi, mendung di hati... siapa yang tahu?

Saturday, January 20, 2007
MAAL HIJRAH
SEMINGGU lamanya tinggalkan blog, maaflah. Sesekali menjengah, tapi tak sempat hendak menyapa semua... Sekarang ini di Pengkalan Chepa Kelantan, nanti apabila selamat balik Kuala Lumpur saya akan jawab.
Salam tahun baru untuk semua semoga kita berhijrah ke dunia yang lebih indah. Cuma ingatlah selalu, setahun usia bertambah, setahun juga usia berkurang. Salam.
p/s: NONA, dah baca dan faham, tq.

Saturday, January 6, 2007
SALAM TAHUN BARU
BELUM terlewat mengucapkan salam tahun baru untuk semua. Salam Masihi dan Salam Hijrah sekaligus, tak lama sahaja lagi tahun hijrah akan muncul. Hendaknya tahun mendatang memberi kita lebih keselesaan, kemakmuran, kesejahteraan dan kesihatan yang lebih bagus daripada tahun sebelum ini. Ya, lebih produktif jugak.
Alhamdulillah proses mengasingkan penerbitan Akhbar Sinar Harian Kelantan dan Akhbar Sinar Harian Terengganu telah mencatat sejarah pada 1hb Januari 2007 lalu. Tidak sampai lima bulan bermula dengan edisi pertama Akhbar Sinar Harian pada 31hb Julai 2006 lalu kini masing-masing rakyat Kelantan dan Terengganu ada akhbar tersendiri. Maknanya akhbar negeri ini mempunyai liputan khusus setempat. Ini adalah satu sejarah dunia penerbitan!
Dan kini kesibukan demi kesibukan terus menerjah 2007.

Friday, January 5, 2007
LEMBU SELEBRITI
OH ya, Rabu lalu iaitu hari ke 13 Zulhijjah telah diadakan majlis korban di pejabat. Selain sumbangan daripada bos KKSB, turut menyumbang bahagian dalam korban tiga ekor lembu itu ialah semua anggota Rudfedge, Erra Fazira, Umi Aida, Zahid dan seorang dua yang lain. Azan dari Rudfedge turut menyembelih seekor kambing sebagai akikah anaknya yang baru lahir. Eloklah, buat sumbangan tanpa publisiti. Siapa kata mereka liar? Mereka seimbangkan antara dunia dan akhirat, yang memandang serong itu biarlah...
Terima kasih juga kepada anggota Bomba dan anggota Polis yang menjadi jiran-jiran kami di Seksyen 15 Shah Alam ini. Walau baru berpindah ke sini, kami sudah menjadi jiran yang baik. Mereka banyak membantu ke arah kejayaan KKSB dulu dan sekarang juga masa depan. Hari itu, semua staf sibuk bekerja, segala urusan penyembelihan dan melapah mereka yang lakukan dibantu oleh staf dari bahagian kebajikan KKSB.
Malam itu menu sup tulang dan esoknya beraya sakan dengan menu istimewa daripada daging-daging sumbangan para artis yang dimaksudkan di atas. Terima kasih daun keladi.

Subscribe to:
Posts (Atom)