MENTAFSIR MIMPI... sambungan
KATA orang mimpi itu menyeronokkan, ia melekakan. Mimpi juga dikatakan mainan tidur. Tetapi jika ia mainan tidur...bukankah mainan itu menghiburkan dan mengembirakan? Sebaliknya saya tidak rasa terhibur langsung. Saya rasa amat terdera. Tidur saya terganggu. Saya rasa amat terddraTidur saya tidak puas. Saya akan berasa letih selepas megnalami mimpi. Apalagi jika mimpi itu adalah mimpi buruk, yang menakutkan, yang menggerikan.
Salah satu mimpi buruk yang dialami ialah apabila saya dicampak dari atas bukit ke jurang yang dalam (tidak nampak jelas siapa yang mencampak). Di dalam jurang itu ada sekumpulan buaya ganas. Ada juga ular-ular berbisa. Kemudian dicurah pula dengan air panas menggelegak... mimpi itu membuatkan saya betul-betul sesak nafas. Rasa penat sungguh saya berlari menyelamatkan diri. Sebaik terjaga, badan saya berpeluh-peluh dibuatnya.
Saya juga pernah bermimpi tersesat di dalam hutan hingga berhari-hari lamanya. Langsung tidak mendapat makanan dan minuman. Saya jadi teramat letih dengan kulit yang kering menggelupas. Apabila hujan turun, ia disertai dengan kilat, petir dan guruh sahut menyahut. Semua bayangan mimpi merupakan objek yang jahat. Buas. Sakit. Pedih. Tidak ada ketawa, tidak ada senyuman.
Emak puas menyuruh saya membaca doa-doa sebelum tidur. Saya baca. Emak menyuruh saya mencuci kaki sebelum tidur. Saya buat. Ustazah suruh saya mengaji sebelum tidur. Saya buat. Tetapi semuanya gagal.
Bagaimana untuk mengelak daripada tidak bermimpi? Sebab itulah waktu kecil dulu saya selalunya tidak mahu tidur. Saya tak berani hendak memejamkan mata. Saya takut. Hal ini berlarutan agak lama juga hinggalah mencecah usia remaja.
Apabila masuk ke usia remaja semua mimpi jarang datang. Saya boleh tidur dengan lena. Esoknya saya bangun pagi dengan puas. Bagaimana mimpi-mimpi itu hilang?
Saya tak tahu! Saya juga tidak mahu mengingat semula kisah silam.
No comments:
Post a Comment