SALAM AIDILADHA
KINI kita dalam bulan Zulhijjah. Bulan hari raya Aidiladha. Zulhijjah adalah bulan yang sangat penting sebab selain sambutan Aidil Adha (10 Zulhijjah), bulan ini juga adalah bulan umat Islam mengerjakan Haji dan mengadakan korban. Hari yang paling diutamakan pada bulan ini adalah Hari Arafah (9 Zulhijjah).
Antara amalan yang dianjurkan ke atas kita pada bulan yang mulia ini.
1. Menunaikan haji dan umrah
2. Berpuasa
3. Berzikir
4. Bertaubat
5. Memperbanyakkan amalan soleh
6. Bertakbir pada hari Aidil Adha
(Bagi mereka yang tidak menunaikan ‘ibadah haji, takbir bermula dari waktu subuh hari ‘Arafah (9 Zulhijjah) dan bagi yang menunaikannya takbir bermula pada waktu Zohor hari raya haji (10 Zulhijjah), kesemuanya berakhir sehingga waktu ‘Asar pada hari ketiga belas (13) Zulhijjah).
7. Melakukan korban (menyembelih binatang ternakan)
Pada hari raya haji dan hari-hari Tasyriq (11, 12 dan 13 Zulhijjah) dan membelanjakan harta pada korban tersebut semata-mata kerana Allah. Kemudian disedekahkan 2/3 daripadanya kepada kaum fakir dan miskin.
8. Solat Aidiladha di masjid dan mendengar khutbah. Berusaha untuk menunaikan solat hari raya secara berjamaah, menunggu mendengar khutbah yang dibaca oleh imam selepas selepas solat tersebut supaya mendapat pengajaran daripadanya.
PERJALANAN panjang ibadah haji khususnya untuk mendatangi Padang Arafah, Muzdalifah, dan Mina memang memerlukan perjuangan ketahanan fizikal, kerja keras, yang tentunya juga harus disertai dengan kesabaran, ketawakalan, dan kepatuhan kepada Allah Swt. Semoga semua jemaah selamat menunaikan haji dan balik ke tanahair dengan penuh berkat haji mabrur.
No comments:
Post a Comment