Thursday, December 22, 2011

TIN KOSONG
TAHUN-TAHUN kebelakangan ini kita melihat industri buku khususnya novel naik mencanak-canak dengan pelbagai judul baru diterbitkan. Ada banyak juga syarikat-syarikat penerbitan yang ditubuhkan, maka dengan itu semakin ramailah penulis-penulis baru yang muncul.

 Fenomena ini amat baik bagi industri buku. Ini juga memberi banyak peluang kepada peminat novel untuk memilih judul-judul novel yang mereka minat. Secara tidak langsung bisnes penerbitan akan memberi pulangan yang amat baik kepada pengusahanya.
Namun dalam masa yang sama saya melihat juga peribadi negatif dan juga positif penulis-penulis yang lahir. Ada yang tahan uji - katalah apa pun, kritiklah apa pun, mereka terima kalau itu untuk kebaikan. Namun ada penulis-penulis baru yang peribadinya bagikan tin kosong. Mereka jadi bongkak, jadi angkuh. Padahal baru ada satu dua novel sahaja yang kebetulan menjadi. Cerita ringan, santai dan kurang menekankan nilai estetika sastera sesebuah novel. Mereka pantang ditegur kerana yakin seolah-oleh mereka sudah benar-benar berjaya. Memang betulllah kata pepatah `jika kita cepat naik kita akan cepat turun'. Isu ini sudahpun nampak berlaku akhir-akhir ini...
Jika seseorang penulis itu tidak mahu bukunya disentuh atau dikritik, payahlah... buku itu apabila sudah terlahir, ia menjadi milik masyarakat. Maka masyarakat berhak untuk memberi ulasan hatta mengkritiknya. Namun ini tidak terjadi.

Penulis muda mudah sangat melenting. Berbanding dengan penulis otai yang sudah lama menulis, mereka lebih kuat jati diri, lebih ampuh menghadapi kritikan dan lebih terbuka menerima pendapat.

------------------------------------ ******** -----------------------------------------
Kata saya: Inilah bezanya penulis `pasang siap' dan penulis `zaman batu'

------------------------------------ ******** -----------------------------------------

1 comment:

Leeza said...

Bila berlaku fenomena sebegini, ia menampakkan sesuatu yang kurang baik di mata pembaca. Penulis yang melenting dengan apa yang pembaca kritik, adalah penulis syok sendiri. Juga kena ingat jika ada penulis otai, pembaca juga ada yang otai. Malahan ada pembaca mengikut setiap perkembangan corak penulisan setiap penulis tak kira baru atau lama. Saya sendiri baca semua jenis novel, samada kanak2 , remaja, travelog atau novel popular. Penulis juga kena hati-hati dan jangan cedok jalan cerita dari drama atau filem...contohnya cerita korea....kalau boleh biarlah berisi dan realiti, contoh menyingkap masalah sosial semasa.