SEMALAM, kami mendapat panggilan telefon daripada seorang sahabat yang kami anggap bagai saudara sendiri. Kami dipertemukan Allah SWT dalam program Sehelai Baju Buat Menyapu si Air Mata yang mengumpul dan mengagiih pakaian hari raya yang baru untuk anak-anak yatim sempena Aidilfitri.
... semoga diberi kekuatan, untuk berjuang meneruskan kehidupan
Memang kasihan melihat dugaan yang datang. Isteri beliau yang mempunyai penyakit kencing manis yang tinggi dengan bacaan 32, betul-betul lesu tidak bermaya, diberi bantuan pernafasan.
Semoga (SIS JORA) diberi kekuatan spiritual menghadapi dugaan maha hebat ini. Kami rakan-rakan mendoakan Sis Jora segera sembuh, kerana pada 24hb dan 26hb Disember ini beliau akan mengadakan majlis perkahwinan anak sulung mereka...
Malam tadi kami meninggalkan Hospital Ampang jam 1.30 pagi... kami pulang ke Shah Alam dalam gelap pekat malam, dengan hati yang pedih, dengan resa yang sedih...
2 comments:
semoga sahabat Kak Sri bertambah sihat dan moga dipermudahkan urusannya.
Zuwaidah...
Yang sedihnya, mereka akan mengadakan kenduri kahwin anak sulungnya pada 24 & 26 Disember 2011. (Beliau masuk wad apda 20 Dis 2011) Doktor tidak benarkan dia keluar wad untuk majlis kenduri itu nanti... kini masih di wad ICU
Post a Comment