Wednesday, December 28, 2011

SETENGAH ORANG, SETENGAH LAGI BUKAN ORANG
SAYA tidak faham dengan sikap sesetengah orang (ya setengah orang, setengah lagi apa?).  Dalam meniti kerjaya ada orang yang suka pada persaingan dan mereka anggap itu sebagai satu motivasi untuknya terus maju. Namun ada orang yang tidak suka persaingan dan menganggap persaingan itu sebagai salah satu jalan untuk mencabar dirinya (apalah lagi jika dia itu bos).

Ada  bos yang apabila orang bawahannhya lebih berwibawa, lebih pantas bekerja, lebih banyak contact maka dia akan mencari seberapa banyak cara untuk menyingkirkan orang itu. Ada banyak jalan yang dia akan buat supaya orang itu tidak lebih menonjol daripada dia.

Seberapa boleh dia akan cantas orang itu. Pelbagai undang-undang dicipta supaya dirinya lebih menonjol. Contohnya semua arahan mesti daripada kebenarannya. Jika ada apa-apa aktiviti, dirinya mesti ditonjolkan. Orang lain jangan.

Bagi saya pula, saya akan didik anak buah saya supaya lebih menonjol. Saya akan dorong orang itu supaya dia lebih sukses, kelak nanti orang akan tahu bahawa orang itu lebih berjaya kerana dorongan dan sokongan saya...

Saya juga akan bantu dia dengan banyak skill. Saya akan asuh dia dengan segala modus operandi dalam bekerja, dalam mengendali mesyuarat, dalam membuat keputusan... semua itu untuk menyenangkan saYa... betulkah macam itu?

--------------------------------------  ******** -----------------------------------------
kATA SAYA: Tapi kalau dia bertindak melawan tauke, 
mengaku semua itu atas usahanya sendiri, 
tak ada sesiapa yang dorong atau beri peluang... SIAP KAU!

--------------------------------------  ******** -----------------------------------------

No comments: