Wednesday, December 14, 2011

MALAM INI EMO SIKIT
MAAF, saya tak boleh terima kata tuduhan  itu... saya terkejut membaca statment itu di wall saya. Tapi apa yang saya boleh buat? Saya tak boleh nak kata apa-apa... lalu tuduhan-tuduhan itu saya biarkan saja. Saya mahu tengok sampai bila dia mahu melatah.

Saya mahu tengok sampai mana tahap gila dia apabila saya terus berdiam diri. Saya tak akan jawab semua statment itu. Saya ada prinsip sendiri dan saya tak akan gadaikan prinsip saya hanya kerana silap faham dia... Baiklah, saya sudah maafkan dia. Apa yang penting suami saya tahu siapa saya...

* Ini bukan bait dalam novel...

------------------------------------ ******** -----------------------------------------
* Hari ini saya dapat satu ayat kontras:
Petang ~ Dari Shah Alam sudah nampak langit gelap Kuala Lumpur. 
Ia pekat dan menyeramkan. 
Ya, aku tak mungkin terjebak dalam hatimu yang berlumpur...

------------------------------------ ******** -----------------------------------------

3 comments:

Aikido@MushroomCute@Mariea said...

Saya tahu Kak Sri tetap kuat dan tabah...go Kak Sri go!!

Leeza said...

Biar apapun orang kata, za percaya akak takkan cepat mengalah. Tegak pada kebenaran dan hala tuju yang akak dah tetapkan. Hidup ini tidak boleh seperti lalang....sekejap ke sana sekejap ke sini. Kita yang menentukan samada objektif kita tercapai...Akak bukan setahun jagung dalam dunia ini, sudah beribu dugaan dan kerikil tajam akak pijak...dan sampai di sini jangan sesekali mengalah. Za ada di sini untuk akak...biarpun terlewat namun za takkan goyah memberi akak sokongan. Za rindulah kak dengan ayat2 novel akak.

Sri Diah said...

Thanks Liza dan Maria;
InsyaAllah semoga Allah merahmati kita semua... biasalah ini dugaan ;)

Eh dua-dua orang ini macam berpakatlah komen kat wall akak ya... Maria dah sampai Kuching ke? Dah jumpa dengan Liza?