Thursday, December 29, 2011

SAKIT; DATANG MACAM RIBUT, PERGI MACAM SEMUT
ALHAMDULILLAH, berita terkini saya dengar sahabat saya yang sudah 11 hari berada di Wad ICU sudah dibenarkan keluar ke wad transit. Jika tiada aral dan keadaan kesihatannya semakin baik, dia akan ditempatkan pula ke wad biasa.

Tidak ada berita lain yang lebih menggembirakan hari ini melainkan berita ini... dan malam ini anak-anak yatim yang menjadi anak angkat kami di Rumah Jagaan Baitul Mahabbah akan mengadakan solat hajat dan juga bacaan Yassin lagi.

Terima kasih anak-anak... Allah sahaja yang akan membalas segalanya.

Antara link ke Rumah Jagaan Baitul Mahabah (DI SINI)

Suami mendukung bayi yang paling kecil di sini.

Ini adalah sebahagian anak-anak yatim di rumah ini yang mempunytai hampir 100 orang ke semuanya yang ditempatkan di dua buah rumah - berpisah antara lelaki dan perempuan. Merekaa berusia antara 6 tahun hingga 12 tahun. Kediaman ini terletak di Seremban 2.

Semalam keluarga Bro Aminuddin Mokri telah ke sana menyerahkan barang-barang lebihan kenduri kahwin Boy hari itu - turut diserahkan ialah lebih 50 set bunga telur, coklat, gula-gula dan jajan-jajan lain untuk anak-anak di sini. 

>>> (SECEBIS BICARA) hari ini saya menulis lagi...

No comments: