HARI ini Isnin 5 Disember 2011. Kami baru sahaja selesai dengan Fiesta Buku Karangkraf yang diadakan dari 2 - 4 Disember 2011. Fiesta tiga hari ini memang menggamatkan. Memang gempak. Memang Hot. Hot. Hot.
Asalnya fiesta ini diadakan di ruang letak kereta - iaitu pada Jumaat dan Sabtu. Bagaimana pun pada Sabtu itu telah ditakdirkan seorang kanak-kanak perempuan telah jatuh pengsan di dalam barisan ketita sedang beratur untuk membuat bayaran. Oh my GOD! Keadaan agak kelam-kabut waktu itu.
Pada hari Ahad tengahari gempar pula di dalam auditorium apabila seorang budak lelaki berumur lingkungan llima tahun menangis teresak-esak kerana kehilangan keluarga dalam dewan yang sesak itu. Adam namanya.
Alhamdulillah daripada ketiga-tiga hari itu, kami telah mencapai target jualan. Malah kutipan ketiga-tiga hari itu telah melebihi target kami...!
(Di sini > Gambar-gambar sekitar Fiesta Buku Karangkraf)
No comments:
Post a Comment