Friday, December 16, 2011

PERPUSTAKAAN RAJA TUN UDA
SIANG tadi saya membawa Encik Suami melawat ke Perpustakaan Raja Tun Uda yang telah saya dan rakan-rakan sepejabat lawati pada hari Rabu lalu. Jadi hari ini saya menjadi pemandu pelancong kepada Encik Suami.









Dan paling bagus sekali ialah Laman Ilmu - ruang khas untuk melarikan diri sebentar dari keadaan sejuk air cond dalam perpustakaan.

Dari laman ini KL boleh kelihatan amat jelas - jika cuaca  baik bangunan Menara Kuala Lumpur dan Menara Berkembar Petronas boleh dilihat. Kebetulan ketika kami di sana, cuaca amat bagus. Saya nampak bangunan-bangunan itu.



Saya kagum dengan kerusi-kerusi santai yang diletak di tepi tingkap bercermin dan berbidai... boleh menyelak bidai untuk melihat pemandangan di luar.
Perpustakaan ini amatlah gahnya. Saya kagum. Kemudahannya canggih. Ada wifi. Ada bilik tayangan. Ada bilik perbincangan. Ada bilik audio visual. 





Perpustakaan ini adalah empat tingkat semuanya dengan kemudahan gym di setiap tingkat (ada satu gym besar di bawah lengkap dengan bilik mandi). Ada bilik sembahyang di setiap tingkat (ada satu bilik sembahyang berjemaah di tingkat bawah).

Paling bagus ada satu bilik khas untuk pengguna Orang Kelainan Upaya. Lebih daripada itu ada satu bilik dengan dua komputer khas untuk pengguna kurang upaya penglihatan dan mencetak huruf braille.

Kami berehat awal padi di kafe anjung yang menghadap ke sebuah tasik. Amat damai... pandangan jelas ke arah Masjid Negeri Shah Alam, Hotel Concorde dan Bangunan Plaza Masalam.

Saya amat terpukau dengan hiasan di keempat-empat tingkat perpustakaan ini. Setiap tingkat ada kategori khas - bahagian angkasa, bahagian hutan, bahagian bumi dan dasar laut - berbeza tingkat berbeza buku. Bahagian kanak-kanak di tingkat paling bawah.
Yang saya dan seorang kawan pijak ini adalah carpet yang sungguh istimewa. Karpet ini akan berubah menjadi corak-corak yang menarik apabila dipijak pada bahagian-bahagian yang tertentu... amat menarik...!

Saya mahu mengalami dunia 6D tetapi Encik Suami tak mahu - agaknya dia takut kerusi itu tercabut apabila dihempas-hempas, digodek-godek dek filem 6D yang ditayangkan...!

* >>>  Gambar-gambar saya dan En Suami (BERDATING) di sini.

* Ayat saya hari ini ~ Hari ini pergelangan tangan saya cedera. Mungkin kerana semalam hati saya luka.

3 comments:

Leeza said...

salam kakak...one fine day...akak bawa saya ke sana ya....:)insyaAllah.

Unknown said...

wahhhhh...canggih2...teruja sungguh..kena cr kesempatan bila balik ke KL dr Kuching nanti

Sri Diah said...

Okey Liza dan Maria; nanti akak bawak awak berdua ke sini. Mesti you berdua enjoy. Sebuah perpustakaan yang lengkap, canggih dan berteknologi tinggi.