Wednesday, October 6, 2004

JANGAN B*R*K PERIUK NASI SENDIRI
SAYA baru sahaja khatam sebuah buku tentang pengurusan berkumpulan. Ini adalah rumusan yang saya dapat. Cuba-cubalah bandingkan statmen ini dengan diri kita;

- seseorang yang mempunyai perasaan kepunyaan (sence of belonging) yang tinggi terhadap organisasi ialah seorang yang amat setia pada organisasi.
- kesetiaan bukan sahaja menurut kata atau perintah untuk melakukan sesuatu tetapi sanggup berkorban demi kesejahteraan dan imej organisasi.
- sesuatu yang tidak betul akan diusahakan untuk diperbaiki dengan cara yang berhikmah.
- seseorang itu akan bertindak menjadi duta kepada organisasinya.
- cemuhan atau gambaran yang kurang menyenangkan terhadap organisasi akan dibela dan diperbetulkan dengan penerangan yang tepat dan bertangungjawab.
- sayang dan menjaga harta benda organisasi seperti kepunyaan sendiri.
- tidak menyalahgunakan kemudahan dan peralatan organisasi.
- sentiasa bercakap tentang kebaikan organisasi (jika ada yang buruk, diperbetulkan).
- memainkan peranan sebagai anggota pasukan (team player) yang baik dan berkesan.

Okey, di posisi inikah kita?

No comments: