KERUT DAHI
SEMAKIN sesuatu perkara itu dapat difahami, semakin mudahlah ia disimpan dalam ingatan dan sebaliknya semakin sesuatu perkara itu kurang difahami, semakin mudahlah kita melupakannya.
- Benedict Spinoza
DAYA ingatan sentiasa ada; bersedia dan ingin sekali membantu - kalaulah kita meminta ia berbuat begitu dengan lebih kerap.
- Roger Broille
INGATAN seseorang ialah harta baginya, tidak kita dia kaya atau miskin. Ramai teman wanita saya merungut dan mengakui daya ingatan mereka agak berkurangan seiring dengan peningkatan usia. Saya ambil masa agak lama juga sama ada hendak angguk mengiyakan atau pun hanya diam, mungkin betul mungkin silap kenyataan itu.
Datuk Dr. Fadzilah Kamsah pernah mengatakan jika kita suka memakan kepala ikan, daya ingatan kita akan lebih cepat berkurangan - kita akan jadi pelupa. (Saya tengah kerut dahi nih sambil membayangkan enaknya kari kepala ikan makan dengan papadom dan nasi putih atas daun pisang di Restoran Amal!)
Seorang lagi teman wanita mengatakan; sejak dia bersalin secara pembedahan (4 kali) daya ingatannya menjadi agak lemah. Payah untuk flashback, susah untuk menggerakkan daya ingatan. Katanya mungkin kerana kesan bius yang lama semasa pembedahan dan dirinya sudah banyak kali dibius (4 kali). Kali ini pun saya masih lagi kerut dahi!
No comments:
Post a Comment