URUT MENGURUT
SAYA tertarik membaca artikel mengenai Presiden Persatuan Pediatrik Malaysia, Prof Dr. Zulkifli Ismail yang mengesahkan mengurut dengan teknik tertentu banyak kelebihannya dalam proses pembesaran si comel.
Dengan minatnya yang mendalam tentang hal ini dan keberkesanan urutan, beliau meneliti dan mentelaah pelbagai bahan bacaan dan kajian berkaitan teknik mengurut yang dilakukan di Amerika Syarikat, United Kingdom dan Filipina. Dalam persidangan khusus tentang kardilogi di Miami beliau mendalami ilmu urutan ini dengan Dr. Tiffany Field, pakar psikologi dari Touch Research Institute. Tidak keterlaluan jika beliau dinobatkan sebagai pelopor teknik urutan bayi dan kanak-kanak di Malaysia.
Sebenarnya bukan kanak-kanak sahaja, kita yang dewasa ini juga akan mendapat nikmat dan kepuasan apabila diurut perlahan dengan teknik yang betul dan disertai dengan sapuan minyak yang sesuai. Jangan anggap lain ya, urut untuk seksual (cakar harimau) tu lain... ini urutan untuk santai, menikmati wanginya aroma minyak serai wangi contohnya, sambil relak, tenangkan fikiran...
Wednesday, June 30, 2004
Tuesday, June 29, 2004
KECAPLAH NIKMAT BAHAGIA
angan kini sah
Rudy jadi suami
isteri cantik
PERKAHWINAN adalah peta masalah. Saya suka kata-kata itu. Dah banyak kali saya guna ayat keramat itu samada dalam sajak, dalam cerpen dan juga dalam novel-novel saya. Ada orang yang peta perkahwinannya elok terjaga rapi, di simpan baik-baik. Sedikitpun tidak mahu dibiarkan tercalar. Mereka juga tidak segan silu menunjukkan peta perkahwinan itu kepada orang lain, mahu berkongsi bahagia. Bagaimanapun ada juga yang terpaksa mengoyak peta perkahwinan mereka apabila peta berkenaan itu, tidak membawa mereka ke destinasi bahagia. Balada hilang arah tujuan ini membuatkan mereka mencari peta yang lain dan mencari haluan baru. Ya, perkahwinan sememangnya satu perjudian.

Monday, June 28, 2004
JADIKAN DIA IDOLA
SABTU lalu telah diadakan Bengkel Motivasi Santai Bersama Fazley di Dewan Kuliah 2 Fakulti Teknologi Maklumat, Universiti Malaya yang dihadiri lebih kurang 200 orang pelajar. Apa yang hendak dikatakan di sini ialah mengenai penceramah hari berkenaan iaitu si kacak penyanyi dan pelakon Fazley.
kacaknya dia
Fazley jadi idola
gadis tersenyum
Saya hadir mewakili syarikat kerana dekan fakulti berkenaan turut hadir. Majlis anjuran Majalah Fokus SPM ini membawakan Fazley berdasarkan latar belakang berikut:
* Memiliki Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Master Of Business Administration, MBA), International Irish University, United Kingdom.
* Memiliki Sarjana Muda Perdagangan dan Pentadbiran, Pengkhususan dalam Pengurusan dan Perakaunan,(Bachelor Of Commerce and Administration, majoring in Management and Accounting)University of Wellington, New Zealand.
* Cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM): 8A1, Pelajar Terbaik SMK St. John 1995.
* Berpengalaman mengadakan hampir 50 program motivasi untuk pelajar sekolah, kolej dan universiti.
* Menggunakan majalah Fokus SPM dalam proses pembelajaran.
Saya nak tambah lagi - beliau seorang anak muda yang sopan, yang hormat pada mereka yang lebih dewasa, suka tersenyum, merendah diri dan merupakan `anak mak' yang apa-apa pun mesti rujuk mak dulu.

Sunday, June 27, 2004
S | Square |
R | Responsible |
I | Ideal |
D | Dainty |
I | Insane |
A | Altruistic |
H | Huge |
Friday, June 25, 2004
ISO 9001:2000
ESOK, Pengarah Urusan KKSB, Haji Hishamuddin Haji Yaacub akan melancarkan program 'Ke arah Pensijilan ISO 9001:2000 -Standard Piawaian Kualiti Antarabangsa Menjelang Januari 2005' bagi Ultimate Print Sdn Bhd. Pengiktirafan ini amat penting kerana selain melonjak imej syarikat ke tahap dunia, ia diharap dapat meningkatkan produktiviti pekerja dan kualiti produk yang dihasilkan.
Antara sebab mengapa ISO diperlukan ialah:
- menjadikan syarikat lebih berdaya saing
- membantu pemasaran dan jualan
- meningkatkan imej korporat
- meningkat kualilti produk dan perkhidmatan
- membantu operasi dalaman
- pengiktirafan antarabangsa
- memenuhi keperluan undang-undang.
ISO 9001:2000 bertunjang pada lapan prinsip:
- fokus terhadap pelanggan
- kepimpinan
- penglibatan semua peringkat pekerja
- pendekatan melalui proses
- pendekatan melalui sistem
- peningkatan yang berterusan
- pendekatan secara fakta untuk membuat keputusan
- berteraskan hubungan baik dengan pembekal
Semoga KKSB berjaya mencapai standard yang diharapkan dan kemungkinan besar untuk disenaraikan di Bursa Saham Malaysia semakin cerah. InsyaAllah.

Thursday, June 24, 2004
KELMARIN terdengar kata-kata ini di studio KKSB:
Rosyam Nor kata:
Aku yakin filem ni meletup. (Berlari ke Langit)
Mak Nani kata:
Penonton tak adil pada saya. (Bicara Hati)
Peguam Azean kata:
Lakonan adalah mata pencarian anak guam saya (Kes RM360,000)
Shuhaimi Baba kata:
Saya tak buat filem kosong. (Puntianak Harum Sundal Malam)
Penjual VCD kata:
Belum ada. Minggu depan sampai...
Kita kata: ?

Wednesday, June 23, 2004
STRES... BERAMBUSLAH
SEMALAM berbicara tentang pengurusan masa. Stres juga banyak kaitannya. Sebenarnya ia rangsangan. Jika pandai mengurusnya kita akan cemerlang. Pati pada pengurusan stres ialah kesimbangan antara kerja dan rehat. Antara pergaulan dan bersendirian. Antara sibuk dan lapang dan antara jasmani dan rohani.
Pagi ni teringat kata-kata ini:
Dia adalah dia yang semalam
Aku adalah aku yang hari ini
Kecintaan bukan satu kebetulan.
Di mulutnya tiada hati, lelaki
Hatinya di mulut, perempuan...

Tuesday, June 22, 2004
MENGURUS MASA
JIKA ada persamaan dikalangan penyelia, persamaan itu ialah kekurangan masa. Kita merasakan jika ada lebih masa tentunya kita akan melakukan banyak perkara dengan lebih baik. Pokok, pangkal, (daunnya?)ialah:
- Adakah saya telah menggunakan masa yang secukupnya untuk melakukan segala kerja-kerja yang penting?
- Bolehkah saya kurangkan masa yang diperlukan bagi membuat segala kerja-kerja yang kurang penting?
- Bolehkah saya menyerahkan sesetengah daripada kerja saya yang tidak penting kepada orang lain?
-Adakah semua kerja saya ini relevan atau bolehkah kerja-kerja saya ini diketepikan saja?
- Masihkah ada masa untuk saya "tidak membuat apa-apa"?
Pembahagian masa - Ada kerja yang perlu dibuat hari-hari (deadline?), ada yang perlu dibereskan secara mingguan (tulis novel?), secara bulanan (claim mileage?) dan tahunan (borang 360 darjah?).
- Notes for Managers, terbitan The Industrial Society, London. Dibeli semasa Pesta Buku KL 2004.

Monday, June 21, 2004
SELAMAT HARI BAPA & ULTAH
Semalam - anak-anak mengucapkan Abah, Selamat Hari Bapa. Saya pun mengucapkan hal yang sama dengan ucapan; terima kasih kerana menjadi seorang bapa yang baik, pengasih dan bertanggungjawab pada anak-anak.
Hari ini - Anak-anak mengucapkan Abah, Selamat Hari Lahir. Saya pun mengucapkan hal yang sama dengan ucapan; tahniah, umur makin bertambah, semoga sihat, semoga sukses dan terus bertanggungjawab pada kami semua.
Dia anak bongsu dalam keluarga. Dia anak bongsu yang tipikal. Dibesarkan dengan sungai dan lumpur bendang. Dia yang sudah kematian ibu dan bapa. Anak yatim piatu ini amat sensitif. Bayangkan... dia bertemu dengan saya anak ketiga yang sarat kasih sayang. Saya yang mewah tawa emak bapa. Saya yang dibesarkan di kota yang kurang ajar.

Sunday, June 20, 2004
CERPEN DI MINGGUAN MALAYSIA
HUTANG & KEJANTANAN tersiar hari ini.
HUTANG & KEJANTANAN tersiar hari ini.
Thursday, June 17, 2004
MARI MAIN KUTU
"MAMA main kutu? Kutu atas kepala tu?"
Semasa anak sulung masih kecil, saya sudah beritahu dia pasal permainan kutu. Itulah soalan pertama dia. Tetapi setelah diterangkan barulah dia faham dan sekarang mereka pun main kutu sesama adik beradik, iaitu RM2 seminggu, hasil daripada lebihan wang saku sekolah. Di sekolah pun si sulung selalu jadi ibu kutu sesama rakan sekolahnya.
Tak perlulah diterang lebih lanjut pasal main kutu kerana saya anggap semua dah tahu konsepnya bagaimana. Saya memang sudah mengetahui permainan kutu ini sejak kecil kerana mak saya selalu jadi `ibu/induk kutu. Kelakar! Bilal dah ada pendapatan sendiri saya terikut, turut join emak dan kawan-kawannya main kutu, sampai sekarang. Antara permainan kutu kami ialah kutu untuk emas, kain batik, barang elektrik, peralatan dapur, barang kemas, untuk pergi melancong dan umrah.
Tapi awas; jangan mudah percaya bila nak cari geng main kutu. Bagitu juga bagi ibu kutu/induk, kepercayaan dan tanggungjawab terletak di bahunya apabila mahu menerima orang baru dalam list. Saya sedang mencari dalil tentang sistem kutu ini dalam Islam. Siapa boleh bantu?
Ini kerana dalam permainan kutu; konsep saling percaya mempercayai, berpegang pada janji, hormat menghormati, bersikap mendahulukan yang dulu, bantu membantu (kalau ada yang nak giliran kita) amat diambil kira kerana urusan kutu ni tak ada black white melainkan buku tiga lima (555) dan seumpamanya yang dipegang oleh ibu kutu.
Antara risiko main kutu:
- lesap bila si polan dah dapat habuannya.
- ibu kutu hilangkan diri

SORRY, BARU NAK SUSUN KERUSI
* Saya memang datang awal hari ini kerana hendak menyiapkan kerja-kerja tertangguh sebelum ke tempat kursus. Antara lain nak posting entri untuk hari ini. Tapi niat nak buka kedai awal pagi tak tercapai, internet line tak restu.... sorry! Datang lepas lunch ya, nikmati hidangan minum petang.

Wednesday, June 16, 2004
KERUT DAHI
SEMAKIN sesuatu perkara itu dapat difahami, semakin mudahlah ia disimpan dalam ingatan dan sebaliknya semakin sesuatu perkara itu kurang difahami, semakin mudahlah kita melupakannya.
- Benedict Spinoza
DAYA ingatan sentiasa ada; bersedia dan ingin sekali membantu - kalaulah kita meminta ia berbuat begitu dengan lebih kerap.
- Roger Broille
INGATAN seseorang ialah harta baginya, tidak kita dia kaya atau miskin. Ramai teman wanita saya merungut dan mengakui daya ingatan mereka agak berkurangan seiring dengan peningkatan usia. Saya ambil masa agak lama juga sama ada hendak angguk mengiyakan atau pun hanya diam, mungkin betul mungkin silap kenyataan itu.
Datuk Dr. Fadzilah Kamsah pernah mengatakan jika kita suka memakan kepala ikan, daya ingatan kita akan lebih cepat berkurangan - kita akan jadi pelupa. (Saya tengah kerut dahi nih sambil membayangkan enaknya kari kepala ikan makan dengan papadom dan nasi putih atas daun pisang di Restoran Amal!)
Seorang lagi teman wanita mengatakan; sejak dia bersalin secara pembedahan (4 kali) daya ingatannya menjadi agak lemah. Payah untuk flashback, susah untuk menggerakkan daya ingatan. Katanya mungkin kerana kesan bius yang lama semasa pembedahan dan dirinya sudah banyak kali dibius (4 kali). Kali ini pun saya masih lagi kerut dahi!

Tuesday, June 15, 2004
SETAJAM MANA PEMERHATIAN KITA?
LAMPU apakah yang terletak di atas sekali pada lampu isyarat? Merah atau hijau? Mungkin kita menganggap pertanyaan ini mudah. Tapi bayangkan kita sedang menyertai satu kuiz dan soalan ini tiba-tiba menerpa? Tergagap juga hendak menjawabnya. Okey saya tanya lagi, lampu warna apakah yang terletak di atas sekali pada lampu isyarat? Jawab dalam masa tiga saat!
Kalau anda pasti jawapannya merah, anda merupakan sebilangan kecil orang yang telah memerhatikan apa-apa yang kebanyakan orang hanya melihat. Melihat dan memerhati jauh bezanya. Apabila saya ajukan soalan ini kepada kebanyakan orang, sama ada mereka memberi jawapan yang salah, lambat untuk menjawabnya atau tidak pasti walaupun mereka melihat lampu isyarat beberapa kali setiap hari. Sebenarnya ada banyak lagi ujian-ujian yang boleh digunakan untuk mengukur ketajaman daya ingatan seseorang.
- Saya sedang mentelaah buku berjudul Cara Membina Daya Ingatan Yang Tajam - Cepat dan Mudah tulisan Harry Lorayne terbitan Golden Books Centre yang dibeli semasa Pesta Buku KL baru-baru ini.

Monday, June 14, 2004
SOALAN & JAWAPAN YANG SELAMBA
PENGGAL persekolahan sudahpun bermula. Wanita-wanita yang bersatus emak bekerjaya mulalah kembali sibuk. Sejak Jumaat lagi semuanya sudah diuruskan, gunting rambut anak, repair kuku, periksa kasut sekolah, beg sekolah, pakaian sekolah kebangsaan dan agama dan macam-macam lagilah. Bagi kami sekeluarga, waktu ini timbullah pelbagai cerita jenaka antara kami anak beranak. Antara lawak popular kami;
Anak sulung; mama, baju sekolah kak long yang ada tanda biru tu kat mana?
Mama; ntahlah, dalam peti sejuk kot.
Anak kedua; mama, abang punya tali kasut adidas yang baru beli tu kat mana ya?
Mama; agaknya dalam almari pinggan mangkuk kot abang...
Anak bongsu; mama, Ami punya pencil box yang gambar power rangers kat mana ya?
Mama; ntahlah Ami, agaknya kat dalam almari baju...
- semua sengih! -
Memang semua dah tahu apa jawapan saya kalau mereka bertanya soalan-soalan selamba macam tu sebabnya saya pun akan menjawab dengan selamba. Mereka bukan tak tau, tapi sengaja nak menguji tahap kesabaran emak mereka ni!
Anak-anak, merekalah penawar hidup kita. Mereka amat diperlukan dalam meniti hidup ini. Sekiranya mereka sakit, kita juga turut sama sakit, ketika mereka ketawa ria, kita pun turut sama menumpang bahagianya. Semoga mereka tidak menjadi racun dalam hidup kita.

Friday, June 11, 2004
JANGAN TU JANGAN NI...
PAGI semalam saya dan seorang rakan bersarapan di warung. Setiap seorang daripada kami makan sekeping roti canai dan secawan nescafe panas. Rakan sarapan saya, slim dan cantik bodynya. Saya pun risik-risik rahsia dia mengekalkan bentuk badannya. Banyaklah juga tips yang dia berikan. Antaranya;
- Selesai makan, jangan terus minum air. Biar dulu dalam setengah jam baru minum.
- Jangan suka sangat makan mi, nanti lengan jadi besar
- Jangan makan berdiri nanti perut buncit
- Makan buah dulu baru makan nasi
- Jangan minum air banyak sangat nanti perut boroi
- jangan tu jangan ni... banyaklah pantang...
- (tapi tak aci jugak sebab dia masih solo, berbeza dengan saya yang dah ada anak tiga dan tiga-tiga anak tu keluar kot `tingkap'! Lagipun dia baru awal 30-an sedangkan saya dah 40 karat!) Oh ya, lihatlah gambar kami bercuti di Langkawi di sini. Nampaknya saya dan anak-anak tak boleh makan mi dan minum air dengan banyak. Suami okey saja. Sob sob sob :-(

Thursday, June 10, 2004
PERISTIWA 26 APRIL & 9 JUN
RAMAI bloggers yang komen tentang six sence atau telepati yang saya paparkan semalam. Terima kasih. Tapi telepati saya tidaklah sampai kepada melihat benda-benda halus, perkara ghaib, hanya setakat biasa-biasa saja. Terima kasih atas nasihat EP. Sebenarnya beliau juga seperti sudah dapat mengagak apa yang saya rasa pada suatu hari bertarikh 26 April 2004 yang lalu. Sorry EP. InsyaAllah saya tak akan jadi riak, saya takut. Pokoknya ALLAH memberi, kita sama sama merasainya.
SEMALAM 9 Jun merupakan Hari Weblog Antarabangsa. Semua bloggers menyambutnya dengan pengertian tersendiri. Saya juga. Namun, saya baru sahaja mengenali dunia weblog - rasa masih canggung. Berbeza dengan menulis di media cetak yang sudah saya ceburi berpuluh tahun - dah rasa manis, pahit dan maungnya. Berapa peratus manis, pahit dan maung? Kira-kiranya 70% manis, 20% maung dan 10% pahit. Gitulah lebih kurangnya.

Wednesday, June 9, 2004
NALURI
MAHA SUCI ALLAH, saya berkali-kali mengucap panjang ketika ini. Waktu sekarang hampir 1.40 dinihari, mata saya sudah mahu lena. Namun hati saya kuat mengatakan jangan tidur dulu, ada sesuatu akan berlaku...
Lalu setelah selesai membuat tambahan plot untuk novel terbaru (Hitam Putih Cinta - Judul Sementara) saya kembali melihat blog ini. Dan apa yang saya jangka terjadi... Khatijah Shukor, kawan semasa kami berusia 17 tahun muncul di tagboard! (Kami bertemu semula di Langkawi masa musim cuti lalu. Dulu kami solo dan kini masing-masing sudah beranak tiga).
Yes. Inilah antara telepati yang pernah saya tulis pada blog Pak Wattan dan saya berhutang topik ini dengan beliau, baru kali ini ditunaikan (harap-harap Pak Wattan selamat bertemu supervisor di Belgium).
Bukan kali ini saja. Sudah banyak kali seusia hidup saya perkara sebegini terjadi. Contohnya kalau saya kehilangan barang seperti kerongsang, beg duit, subang, jam tangan, kunci kereta dan sebagainya, saya jarang menggelabah tak tentu hala kerana naluri saya mengatakan barang tu ada, nanti akan jumpa juga akhirnya. Dan tak lama selepas itu saya dapat semula barang yang hilang itu.
Atau jika dijalanraya, sambil memandu hati saya berbisik sendiri seperti ada yang tak kena. Lalu saya memperlahankan kenderaan, masuk ke laluan perlahan dan tup tup di depan sana ada road block! Contoh kejadian lain; bila suami outstation saya jarang menelefon, cukup sekadar menyebut perlahan nama dia dan tak lama selepas itu dia mesti menelefon saya.
Berbalik pada kisah Khatijah, semasa menurunkan barang-barang dari kereta sewa di airport saya dan suami membahagi tugas. Saya menghantar kereta ke tempat kereta sewa dan dia menguruskan bagasi. Tetapi hati saya tergerak untuk bertukar tugas kerana mula terasa sesuatu bakal berlaku. Kami kompromi semula, biar saya yang bereskan urusan tiket dan bagasi, dia yang menghantar kereta sewa. Dan tatkala urusan bagasi itulah saya bertemu semula dengan Khatijah!
Saya berterima kasih dengan naluri yang ALLAH beri ini dan saya sama sekali tak menyalah-gunakannya. Ramai rakan yang tahu `kelebihan' telepati saya dan banyak kali mahu menggunakan `khidmat ini' tapi sebenarnya ia tak boleh dipaksa, tak boleh disuruh-suruh. Dalam apa jua keadaan ia akan hadir dengan sendiri.
Rasanya bukan saya seorang mendapat anugerah ini. Saya tahu ramai lagi yang lain, marilah kita kongsi pengalaman menarik ini.

Tuesday, June 8, 2004
MASALAH DATANG... JANGAN LARI!
MASIH lagi tentang Langkawi, kali ini saya nak berikan beberapa senarai RM yang diperlukan sepanjang di sana seperti yang ditanya Nadahas. Antaranya:
- Tambang Air Asia sehala, dewasa RM160
- Executive Room City Bayview RM120 semalam
- Kereta sewa RM110 sehari (Wira/Iswara/Nissan Sentra)
- Ke Pulau Payar RM100 dewasa RM80 kanak-kanak termasuk lunch
- Underwater World RM18 dewasa RM10 kanak-kanak
- Galeria Perdana RM3 dewasa kanak-kanak free
- Taman Burung RM15 dewasa RM8 kanak-kanak
- Makam Mahsuri - free
- Beras Terbakar - free
- Dataran Lang - free
- Cable Car Mat Chincang (tak tau, tak pergi pun ke sana)
- ... RM lagi untuk shopping, duit minyak dan makan-makan.
SAYA dah tengok dah gambar persandingan Rudy dan Insyirah di blog Nadahas. Sungguh segak si raja sehari dan ratu sehari pun apa kurangnya, come lote. Agaknya ramai ke yang nak ke Banting hujung bulan ni bagi majlis sambut menantu?
Memang ralit tengok gambar orang bersanding, teringat zaman kita bersanding dulu. Ya, bak kata ahli falsafah; perkahwinan adalah peta masalah, hanya mereka yang bijak, yang sabar dan yang berperasaan sahaja yang akan menikmati manisnya berumah tangga. Segala masalah ada jalan keluarnya. Pokoknya jika orang lain boleh bahagia mengapa kita memilih untuk bersengketa? Jika orang lain berhak ketawa ria kenapa kita hendak bermuram durja?
Inilah sebahagian daripada berjuta falsafah tentang perkahwinan. Semoga JANGAN ADA DUSTA dan tiada masalah hendak menyampaikan surat dari Mahkamah Rendah Syariah seperti judul KUALA LUMPUR DI MANA SUAMIKU. Saya ke blog Kak G tadi. Rasa seram sejuk membacanya. Hari ini bergaduh sakan, esok lusa laki bini boleh berpeluk mesra...

rindu bak hujan kasih angin selatan cinta berkahwin |

Monday, June 7, 2004
KENAPA LANGKAWI?
15 TAHUN dulu tanpa anak... 15 tahun kemudian datang bawak anak-anak. Kawan-kawan ketawa besar apabila saya kata mahu honeymoon ke Langkawi dengan anak-anak. Ya dulu first honeymoon ke sana kami berdua tanpa zuriat dan Rabu lepas anak-anak pertama kali menjejak kaki ke Langkawi.
Sebenarnya bila Cuti Cuti Malaysia bersama anak-anak, kemesraan semakin rapat. Anak-anak pulak dah besar, mereka tidak mengganggu. Masing-masing dah pandai bawak diri dan jaga diri. Ini bukan bermakna kami lepas tangan tapi seronok melihat anak-anak lepas bebas bertindak dan berfikir (dengan pegawasan dari jauh). Membimbing mereka melihat peta, membantu kita tunjuk arah, belajar tentang sejarah, tentang pemuliharaan kesan silam dan memikirkan apa yang best dan tak best tentang Langkawi.
Bagi saya banyak tempat lawatan yang dah tak sebagus dulu. Kebanyakannya dah usang, dah tak dijaga. Mana silapnya? Kerajaan Negeri Kedah atau Kementerian Pelancongan? Banyak resort kecil terbengkalai tak dijaga. Makam Mahsuri nampak macam dah tak real, Beras Terbakar dah tak semeriah dulu, Galeria Perdana agak sunyi, Kampung Buku cuma tinggal kenangan. Kalau yang best sikit hanyalah Cabel Car, Underwater World dan Pulau Payar selain membeli belah sakan di Pekan Kuah. Itu saja.
Bila disuruh undi, anak-anak memberi markah lebih pada Pulau Payar. Memang pun, kami seronok gila di sana. Tambang feri dan pakej makan RM100 untuk dewasa dan RM80 untuk kanak-kanak. Feri luas dan boleh memuatkan hampir 100 orang. Set snorkling dipinjamkan untuk setiap orang. Seharian berkawan dengan tiger fish, berenang bersama anak paus, mengacah anak nemo, memberi mereka makan serta menunjal-nunjal perut buncit si gamat amat melekakan. Ya, kami sunburn di pulau ini.
Selain itu mengunyah coklat import, pistashio nuts dan hazel nuts dah jadi rutin selama 4 hari di Langkawi (ah... jerawat saya muncul kembali!) Laksa Penara di Dataran Lang diulang setiap hari. Best. Sedap. Hanya berjalan kaki dari City Bayview Hotel ke deretan kedai membeli belah yang dipenuhi ramai pelancong, saya sibuk membelek pinggan mangkuk dan kain batik Jawa. Tapi bila fikir balik... semua tu dah ada, tak beli pun tak apa. Jadi dengan insaf diri saya letak balik semuanya. Akhirnya saya hanya membeli satu set memanggang dan mengukus ikan! Suami pula sibuk mencuba pelbagai tembakau import untuk paipnya. Minyak gamat RM10 untuk 12 botol. Saya borong dua dozen saja sebab emak memesannya.
Rasanya cukup setakat ni dulu. Nanti saya tambah lagi.
(Sorry tak sempat nak masukkan gambar-gambar...)

Wednesday, June 2, 2004
Tarikh: 2 - 6 Jun 2004
Flight: AK 500 KLIA
Time: 11.am
Destinasi: Langkawi
Lokasi: City Bayview, Pekan Kuah
Tema: Honeymoon
Konsep: Free & Easy (Cuti Cuti Malaysia)

Tuesday, June 1, 2004
TEKANAN ATAU TERTEKAN
MUSIM sekolah datang lagi. Bagi yang bekerja, mood di pejabat ada masam ada manis - staf bercuti bersilih ganti ikut giliran. A ambik cuti tiga hari, lepas tu giliran B pulak. Memang ramai yang memanfaatkan musim Cuti-cuti Malaysia ini. Bagaimanapun tension tetap ada pada yang tak dapat cuti. Kerja menimbun nak dibereskan. Nak buka fail, tutup fail, buka fail lagi. Sini saya berikan sikit tips;
- Apabila kita berada dalam keadaan tertekan, kita cenderung bernafas dengan cepat. Hal ini akan meningkatkan tekanan darah kita. Jesteru itu, apabila kita berasa tertekan cuba tarik nafas dalam-dalam, perlahan-lahan dan lepaskan selama 6 saat. Lakukan aktiviti ini selama lebih kurang 5 minit. Sambil tu mengucaplah dalam hati. Cubalah...

Subscribe to:
Posts (Atom)