Datuk Sri Najib ketika melancarkan Pusat UTC yang turut
menempatkan Kedai Buku 1Malaysia yang diuruskan oleh
Institut Terjemahan Buku Malaysia (ITBM) pada 2013.
Sebenarnya sejumah RM5 juta juga telah diberikan untuk tahun 203 untuk diagihan kepada pelbagai aktiviti penulis dan penerbitan karya asal ITBM. Sejumlah hampir 200 judul buku baru telah berjaya dihasilkan oleh pihak ITBM sepanjang 2013.
Saya sokong dan sambut baik usaha ini. Dalam keadaan sastera popular bersaing mengambil tempat, tanggungjawab ITBM amat bermakna. Pelbagai jenis penerbitan dengan bahasa Melayu tinggi yang dihasilkan dilihat mampu menyaingi terjahan novel-novel popular
Jika tidak ITBM yang menjalankan tugas ini siapa lagi? Pihak swasta (Karangkaraf contohnya) tidak boleh menjalankan tnggungjawab ini kerana berkait dengan untung rugi syarikat dalam usaha untuk mendapat semula duit modal penerbitan. Tapi ITBM sebagai semi-gov boleh.
Dan sebanyak RM5 juta lagi yang diperuntuk untuk tahun 2014 dapat digunakan sepenuhnya melahirkan lebih banyak buku karya asli penulis. Saya juga mahu melihat satu standard penilaian terhadap buku-buku diwujudkan.
Ini bertujuan memantau karya-karya yang diterbitkan supaya memelihara bahasa, menjaga susila dan penulisan yang betul dengan nahu, ejaan, istilah dan jalan cerita yang bertanggungjawab. Saya tolak karya lucah, karya setengah masak dan bahasa hip hop, ejaan sms dan slanga...!
No comments:
Post a Comment