Kami sentiasa berdoa semoga Allah swt sentiasa memelihara roh mak, meletakkan roh mak bersama mereka yang beriman dan beramal solah. Kami juga sentiasa harapkan semoga segala kebaikan mak, wajah manis mak, sikap mak yang terpuji akan dikenang selalu oleh anak-anak, menantu dan cucu-cucu.
Baju biru dan ungu mak ini pun masih dalam simpanan saya.
Hari ini saya menyarung lagi baju kurung mak... beginilah mak, bila rindu datang. Setiap waktu apabila terkenang sangat-sangat pada mak, saya pasti mengambil pakaian mak dan saya tatap lama, saya cim dan simpan semula dalam almari... tak siapa tahu hal ini, hatta suami dan anak-anak sendiri.
Biasanya apabila membuka almari baju, pakaian maklah yang mula-mula saya padang, saya capai dan saya cium. Kemudian saya simpan semula di tempat biasa. Beberapa helai baju kurung mak dan tudung mak masih ada dalam simpanan saya, termasuk baju songket kahwin mak dengan abah...
Hal ini amat ini amat diketahui oleh suami dan staf di pejabat. Apabila mereka nampak saya ke pejabat dengan memakai baju mak, mereka mesti akan kata... "Kak Sri rindu mak ya?" Saya angguk dan bangga. Ada beberapa orang yang sedih... mereka sedih kerana tidak sehelai pun mereka simpan pakaian arwah mak mreka, untuk dikenang, dipeluk dan dicium.
Saya katakan, "tak mengapa... tak ada pakaian mak tak apa, yang penting selalu ingat mak dan selalu berdoa untuk mak kita yang telah melahirkan kita, membesarkan kita hingga kita menjadi manusia har ini. Besar jasa mak... tak ada galang-gantinya, walaupun dengan wang berjuta..."
Saya juga doakan abah kekal sihat. Abah yang baik. Abah yang amat menyayang kami anak-anaknya walaupun ada daripada kami tujuh beradik sesekali membuat beberapa tindakan yang mengecewakannya. Demi ikatan anak beranak, abah memang seorang yang pemaaf. Abah yang banyak iman, abah yang menjadi idola anak-anak lelakinya...
Harap-harap Makcik Gayah yang menggantikan sosok tubuh mak dalam hidup abah dapat memelihara abah sebaik-baiknya, menjaga makan pakai abah, merawat sakit pening abah, - sama seperti Makcik Gayah menjaga arwah suaminya Arwah Abang Man, yang juga semasa hayatnya adalah kawan baik abah sendiri.
Sangat terkesan dengan jalan cerita dalam lagu ini;
Saya kongsi youtube ini daripada bos saya : >>>> MAK & ABAH <<<<
No comments:
Post a Comment