Thursday, January 9, 2014

HEBAT..!

Ya Allah... tersentuh hati saya melihat iklan di bawah ini.... kerana mereka juga berhak untuk menikmati kehidupan ini. Teringat sahabat saya yang OKU Pendengaran dan Pertuturan, Saudara Abdul Rahman Majid. Di manakah dia sekarang?

Drama pendek ini dibuat selama 48 jam tetapi siarannya hanya untuk 5 minit sahaja. Tetapi itu adalah 5 minit yang sangat berharga. Sangat mahal maknanya dan sangat menyentuh hati...!

Boleh tengok video ini di sini >>> VIDEO HEBAT INI <<<

Sekarang,  saya sangat teringat pada Abdul Rahman Majid. Kisah beliau saya paparkan di fb dengan lnk ini: >>>ABDUL RAHMAN MAJID<<<

Gambar saya bersama Abdul
Rahman Majid (kanan) dan Editor Impiana, Che Li.

 Komen saya di FB tentang beliau:
 Dia sangat happy dalam dunia senyapnya. Apa yang terkesan pada Kak Sri setelah dia bersara ialah terasa sangat tanggungjawab Kak Sri pada dia ada kurangnya... Dulu dia selalu minta telefon bapa dia (Almarhum Pak Majid yang sempurna, boleh mendengar) to updated hal famili dia, hal anak dia, hal isterinya Salmah yang demam (Salmah juga OKU pendengaran) dll. Dia juga selalu suruh telefonkan anak-anaknya (ketiga-tiganya sepurna) di rumah, ingatkan suruh makan ubat, suruh tutup/kunci pintu, suruh belajar,suruh buat homework...Kita doakan Rahman sihat walau di mana dia berada.

2 comments:

mila said...

sory sis...xphm sgt hehehe..

Sri Diah said...

Mama Safiy Arfan, posting ini merujuk kepada klip video di peranggan bawah. Klik situ - tentang kisah percintaan pasangan bisu. Ini membawa ingatan saya pada sahabat saya yang bisu :(