Wednesday, January 15, 2014

NOVEL CINTA - MASUK SYURGA




SAYA telah menghasilkan pertama kali karya berupa cerpen pada usia saya 15 tahun. Ya masih terlalu muda dan sesuai dengan usia itu, semestinya karya cerpen itu adalah untuk skop bacaan rakan-rakan antara tingkatan 1 hingga tingkatan 3 iaitu kisah cinta monyet. Kisah cinta yang dihalang cikgu (belum sampai ke pengetahuan ibu bapa!)

Saya meneroka dan meneroka. Menulis dan menulis. Menulis dan hantar ke mana-mana penerbitan hinggalah pada usia 17 tahun saya sudah ada novel remaja berjudul TRAGEDI MALAM MINGGI. Karya ini untuk tingkatan 3, lebih kurang seperti karya Enid Blyton yang penuh dengan advencer. Masuk hutan. Sesat. Dikejar penyamun. Berpecah dan jumpa semula.

Susah payah itu saya lalui dengan sabar - tanpa komputer, tanpa elektrik dan air kerana ketika itu kami sekeluarga tinggal di rumah setinggan. Alhamdulillah semua itu mematangkan saya. Hinggalah dalam usia 20 tahun saya mula jinak-jinak dengan persatuan penulis. Hadiri bengkel. Ikuti kursus. Setiap minggu. Setiap bulan. Itu harta yang saya kutip untuk bekal saya hingga hari ini.

Alhamdulillah semua yang saya lalui itu amat berbaloi! Saya berterima kasih pada semua mentor. Semua guru pembimbing yang sabar melayan karenah saya, apa yang saya mahu hanyalah mahu melihat karya saya terbit. Menang hadiah. Nama dikenali dan itu sahaja!

Kini dalam dunia moden apabila komputer dan internet mengambil alih tugasan, cita-cita untuk menjadi seorang penulis seperti melalui jalan short-cut! Boleh saja. Mudah saja. Yang penting komited dan berdisiplin.

Sempena Karnival Karangkraf pada 7 - 8 - 9 Februari 2014, sekali lagi ditampilkan Bengkel Penulisan Novel Cinta. Wah... terbeliak mata! Bengkel ini akan menunjukkan cara  betul menghasilkan novel cinta. Novel yang bagus, menepati kehendak agama dan mengawal sikap sisio bebas pelakunya.


Alhamdulillah karya yang Alaf 21 dan Buku Prima terbitkan, termasuk yang dibangunkan secara dalam talian di Portal ILHAM GBK amat menjaga sensitiviti. Menulis adalah ibadah. Melahirkan karya hari ini akan dinilai hingga ke dunia lagi satu. Menulis dengan guru yang bagus adalah rahsia hidup tenang, kaya bahagia dan akhirat masuk syurga. Ayuh, daftar segera.

No comments: