Saya selalu ingatkan diri... menulislah, mencatatlah apa sahaja yang kita hendak tetapi kena ingat, umur yang kita ada, nafas yang kita hirup dan hembus ini bukan kita yang punya. Nafas hanya pinjaman, usia hanya cagaran hidup untuk kita buat baik, tulis yang baik-baik sebagai tambang/bekal kita di negara akhirat ini. Ia seperti wang saku... tambang kita untuk bersiar-siar di negara abadi.
Kadang-kala untuk selamat daripada mencatat yang tidak elok - padahal tangan ini seperti biasalah, gatal sahaja hendak menaip, ketik-ketik keyboard ini. Lalu daripada menaip yang bukan-bukan elokah saya berpuisi sahja sambil menggodek-godek picsart, grid dan sebagainya :)
Siapa setuju boleh ikut cara saya ini. Tapi kalau tidak setuju dan tetap juga mahu menaip, taiplah apa sahaja tetapi beringat-ingat ya... bayangkan petang, malam atau esok kita tiba-tiba meninggal dunia, apakah status terakhir kita di facebook, di instaram. di weechat, di twitter atau di whats up kita? Tengok tu.... banyak cabang sumber dosa dan jika silap guna boleh jadi terowong dosa membawa kita ke neraka... waallahualam.
2 comments:
Assalamualaikum puan saya mohd zahari, sebaik sahaja saya ikuti krusus yang pernah puan buat.sy bersemangat menghasilkan buku cuma saya tak tahu menghala bakat.pernah saya mengambil number fon puan ttp sayang sejak fon sy hilang saya xdapat berhubung dengan puan. Masa krusus puan pernah bagitahu saya jika siap menulis boleh trs menghubungi puan ttp memandangkan number puan ssh xada menyukar saya menghubungi puan.ini email saya puan zaharimat6@gmail.com
Tuan Zahari boleh emel kepada saya > sridiah@karangkraf.com.my.
Terima kasih.
Post a Comment