Saturday, January 11, 2014

NOVELIS BUKU PRIMA & SESI CAMBAH FIKIRAN

SEBERAPA boleh, hujung minggu saya mahu berehat sahaja di rumah setalah sepanjang minggu sibuk dengan urusan kerja.Mahu merehat badan yang hampir menginjak ke usia emas :) Selebihnya adalah untuk membuat urusan sendiri, menaip hal sendiri, kerja-kerja penulisan skirp yang mulai menjadi minat saya...

Namun memandangkan peri pentingnya pembangunan kerjaya karyawan novelis, saya gagahkan juga mengendalikan sesi cambah fikiran dalam kalangan novelis-novelis yang bernaung di bawah Grup Buku Karangkraf. Dua minggu lalu telah diadakan sesi bersama 15 orang penulis Alaf 21.


 Telah berlangsung hari ini sesi cambah fikiran membabitkan penulis novel Buku Prima. Ini adalah SESI 1 - 2014 yang antara lagin bertujuan mencerap idea dan membincangkan hala tuju penulisan novelis sepanjang 2014 dan tahun-tahun mendatang.



Kebanyakan novelis yang hadir sudah mempunyai lebih tiga judul novel dan yang paling banyaksudah ada enam novel. Perbincangan menjurus kepada persembahan idea, gaya bahasa, skop penulisan dan teknik serta tektik penulisan.

Terima kasih atas kesudian CEO Kumpulan Media Karangkraf, 
Datuk Hussamuddin yang memberi banyak pencerahan kepada novelis.

No comments: