Friday, January 3, 2014

SAYA & KITA

TERSENTUH hati saya membaca sharing ini daripada seorang doktor muda. Saya antara follower beliau dan selalu terpengaruh dengan tulisannya. Amat memberi motivasi. Paling penting beliau menulis dengan jujur dan mudah sahaja untuk dilaksanakan asalkan nawaitu kita baik.



Kali ini Dr Mohd Syamirulah Rahim menulis:
Dalam kalangan para housemen di jabatan saya, kami menggunakan Whatsapp sebagai medium interaksi. Banyak perbincangan, persoalan, update, masalah, dibuat melalui group Whatsapp. Kadang-kadang sekadar menjadi medium borak-borak, mengumpat-umpat juga. Hee. 

Pada malam ini, saya terperasan yang ada rakan HO shif malam mengadu sibuk. Berderet-deret branulla perlu dipasang, darah perlu diambil, new case beratur. Istilahnya, "jonah" giler lah.

Saya ketika itu sedang berada di kedai makan. Kesiankan diorang, (juga kononnya leader yang menjaga kebajikan anak buah), saya pun bungkus lah sedikit makanan dan berhajat nak singgah di hospital untuk menolong mereka.

Setibanya di hospital, rupa-rupanya ada dua lagi rakan HO shif siang yang turut berfikiran serupa dengan saya, datang untuk membantu rakan-rakan shif malam, berserta membawa dinner mereka!

Punya lah terharu rakan shif malam, sampai nak nangis diorang. Haha.

Alhamdulillah, semua kes-kes dan kerja-kerja yang bertimbun, surut sedikit demi sedikit. Tidak sedikit pun kami yang datang menolong, mengharapkan balasan, malah tidak pula rasa berkira dan banyak complaint.

Saya percaya, work environment yang baik adalah pemangkin kepada produktiviti dan kepuasan dalam bekerja. Di saat ada laporan survey mengatakan, kerjaya doktor merupakan antara kerjaya yang paling kurang kepuasan bekerja, sesuatu perlu dilakukan dari peringkat atasan lagi untuk memperbaiki work environment ini. Dengan work environment yang kondusif dan baik, kerja 80 jam seminggu pun akan rasa enjoy. Saya percaya, bekerja dengan penuh fokus dan minat selama 3 jam itu lebih baik, lebih banyak belajar, lebih improvement berbanding bekerja dalam keadaan stress dan tension selama 10 jam.

Teamwork yang baik, adalah antara penyumbang kepada work environment yang baik. Banyak lagi faktor work environment yang baik, termasuklah hubungan interrelationship antara staf, keseimbangan antara waktu rehat dan waktu bekerja, kebajikan yang terjaga, nilai-nilai sosial seperti hubungan kekeluargaan dan jiran tetangga yang terpelihara, dan lain-lain.

Ironinya, sedikit sahaja usaha memperbaiki work environment yang direncanakan, sebaliknya perkara-perkara yang menyebabkan stress dan tension pula yang ditambah. Even on that, they are expecting us to improve? Hmmm...




Link facebook doktor muda iini di sini : >>>DR SYAMIRULAH <

No comments: