Ya, dalam kesibukan bekerja pula, kadang-kadang tidak ada masa hendak makan di luar. Balik kerja dah penat jadi jangan haraplah nak keluar semula untuk makan di luar. Sesekali bolehlah, dengan jalan selamatnya... masing-masing menerjah ke kedai makan dari lokasi yang berbeza, jumpa di meja makan kedai.
Sesuai dengan cadangan berjimah yang digesa oleh sahabat-sahabat kerana kos yang semakin meningkat, maka eloklah saya terus asah bakat memasak. Memasak yang ringkas sahaja tetapi berkhasiat dan yang penting menepati citarasa kita.
Lalu minggu lalu saya mencuba empat resipi ini dan saya turut letakkakn harga kos. Jimat! Memang sangat menjimatkan berbanding dengan beli atau makan di kedai. Cubalah...
Terlajak rajin malam ini: Bendi Goreng Dengan Bilis dan Asam Pedas Ayam Dengan Kesom.
Purata kos memasak:
Asam Masak Asam Pedas
Asam Masak Asam Pedas
- Ayam RM3.50
- Cili tumis, asam jawa, kesom RM1.00
Bendi Goreng:
Bendi Goreng:
- Bendi, daun kesom RM2.00
- Bilis, bawang, garam 30 sen
- Minyak menumis 50 sen
- Nasi putih
Kos semua lebih kurang RM8.00 untuk makan 4 orang.
Kos seorang lebih kurang RM2. Jimat kan?
(Ada lebih, esoknya saya bawa bekal ke pejabat)
Hendak tahu bajet belanja masak makan malam hari ini?
- Sup Telur:
Dua biji telur ayam RM0.60
Suhun/fucuk RM0.40
Lobak dua inci RM0.20
Fish cake sekeping RM0. 60
Minyak, Bawang, cili merah sebelah RM0.30
- Ayam Goreng Kari:
Dada ayam sepotong RM3.50
Bawang, minyak, cili merah sebelah RM0.30
Serbuk kari dua sudu RM0.20
Sup telur RM2.10 + Ayam goreng kari RM3.50
Semuanya lebih kurang RM5.60 sahaja
(Empat orang makan lebih kurang RM1.40 seorang)
(Ada lebih, esoknya saya bawa bekal ke pejabat)
(Ada lebih, esoknya saya bawa bekal ke pejabat)
Apa komen ibu-ibu, isteri-isteri sekelian? Saya galakkan memasa sendiri untuk kurangkan belanja rumahtangga...
Esok jom berjimat lagi.
1 comment:
Food costing hotel style lain tp di rumah tinggi sikit kan..
Apa pun bila kita memasak sangat puas hati ...selain jimat n makan masakan sendiri..hmmm..puas hati yg sgt2!
Post a Comment