SAHABAT semua... saya kongsikan gambar di atas ketika betul-betul teringat pada Almarhum Erni Z. Ismail malam tadi dalam lingkungan masa 11.45 malam dan saya menerima perkhabaran kematiannya pada ketika jam 12,00 malam....
Kata-kata di atas pernah arwah ucapkan ketika kami berbual-bual dalam jeda masa kerja. Sebenarnya walaupun satu bumbung, kami jarang dapat berjumpa untuk berbual lama-lama. Adakala berjumpa hanya kebetulan bersama dalam lif, di lobi atau setidaknya di surau ketika solat Zohor atau Asar. Namun setiap kali berjumpa macam-macam yang dibualkan.
Bercerita hal kerja, hal keluarga, hal anak-anak buah kami (staf) dan tentang semua perkara yang berlaku di sekitar lingkungan kami sebagai bos, sebagai anak, sebagai isteri dan sebagai ibu kepada anak-anak... merupakan momen manis antara kami. Erni pandai masak kek, dia juga pandai menjahit... dan kebetulan minat itu membuatkan ada sahaja perkara yang kami kongsikan. Emaknya juga seorang penulis buku dan menjadi kawan saya. Itu juga yang merapatkan kami.
Pengalaman pada 2006 ketika mula-mula Akhbar Sinar Harian diterbitkan di Pengkalan Chepa, Kelantan selalu kami ulang dan kongsi dalam setiap tindakan bersama staf. Kami tekankan betapa pentingnya kerjasama. Betapa pentingnya bekerja dengan menuju satu arah yang sama. Kita pasti akan berjaya bersama.
Itulah yang telah kami lalui semasa di Pengkalan Chepa. Dihantar bertugas ke Kelantan, jauh dari famili merupakan momen yang pahit. Namun dengan adanya arwah di sisi, saya berjaya harungi semua yang payah. Ada masa kami akan ke pasar malam di Cabang Tiga bersama, malamnya stay untuk siapkan Sinar Harian. Sampai mesen cetak jalan selepas 12 tengah malam, saya balik ke rumah tumpangan, beliau masih lagi dengan urusan server dan printing. Esoknya berjumpa lagi dan begitulah hingga hujung minggu, balik ke Shah Alam/Puchong bersama.
Kami saling hormat menghormati bidang masing-masing. Itu adalah landasan utama kerja berpasukan. Apalagi ketika itu kami sedang mencatat sejarah tertubuhnya sebuah akhbar cakna yang khusus untuk sesuatu kawasan komuniti.
Kepakaran IT arwah bergabung dengan kepakaran editorial saya. Hal server, talian telefon yang bermasalah dalam kalangan wartawan, penghataran bahan yang terganggu, news dan gambar dari seluruh jajahan dalam Kelantan tertangguh hinggal terhasilnya Akhbar Sinar Harian keesokan harinya kami lalui dengan trial and error.
Setiap Jumaat kami akan berulang-alik bersama dari Shah Alam (saya) dan Puchong (arwah) untuk bertemu keluarga. Kemudian Ahad pagi kami sudah berada semula di Pengkalan Chepa. Begitulah bersama, berminggu-minggu dan berbulan-bulan... gigih demi kelahiran Sinar Harian.
Hari ini saya kembali melihat wall fb arwah dan membaca betapa banyaknya kata pujian sahabat terhadapnya. Ya, arwah memang layak menerima sanjungan itu, arwah sebaik-baik bos kepada staf seliannya. Wajah redupnya dan sikapnya seindah peribadinya yang suka tersenyum. Kita datang kepadanya dengan masalah, semua itu diterima dengan senyuman hinggalah kita pergi daripadanya dengan kepuasan, kerana masalah kita berjaya diselesaikannya.
Arwah hanya bekerja, bekerja, bekerja. Tiada masa untuk perbualan negatif. Motivasinya tinggi. Amat positif atas segala masalah... sememangya arwah layak menerima segala kata pujian dari waktu hidupnya hingga kini dia sudah pergi... kita masih bercakap mengenai kebaikannya. Saya harap kita juga akan dikenang hanya atas segala kebaikan kita sahaja... Insya-Allah.
Kepada yang bertanya mengenai penyakit arwah hingga membawa kepada kematiannya, ini catatannya
di wall fb. Saya tidak edit atau mengubah struktur ayat dan mood
penceritaannya. Sakit ini mulai dikesan apabila arwah membuat pembedahan membuang fibroid pada Jun 2013. Pemeriksaan selepas rawatan fibroid mendapati ada tumor di bahagian ususnya. Sejak itulah hospital menjadi rumah keduanya. Hinggalah doktor mendapati arwah menghidap GIST yang sukar disembuhkan, tidak ramai di dunia ini mendapat sakit ini.
** 15.01.2004 - 15.01.2014 **
Cantik perancangan ALLAH. Cukup 10 tahun di Karangkraf.
kanser apa? GIST..apa tu?
October 21, 2013 at 2:47pm
Ramai yang bertanya tentang jenis cancer yang saya
hadapi...bila saya sebut GASTROINTESTINAL STROMAL TUMOR atau GIST (pronounce
geesst), ramai tanya balik...Apa tu dengan muka pelik. Bertambah pelik kalau
saya terangkan jenis kanser ni tiada rawatan kimo yang sesuai. Ramai yang
beranggapan kanser, mesti ada kimo atau radioterapi. Well, tell you the truth,
saya pun begitu juga sebelum ini. Sehinggalah saya sendiri mengalaminya.
GIST ialah satu jenis kanser dalam keluarga Sarcoma cancer.
Nota: Sarcomas adalah kanser yang terjadi daripada sel-sel
tisu badan yang menghubung tulang, tulang rawan, tendon, saraf, lemak, otot,
tisu sinovia (tisu di sekeliling sendi), atau saluran darah.
(Kebanyakan kanser adalah dr jenis carcinomas, bukan
sarcomas.)
GIST adalah satu jenis kanser yang jarang orang dapat.
Berlaku pada saluran penghadaman atau struktur berdekatan dalam abdomen.
Statistik bagi penghidap GIST di Malaysia, saya pun belum tahu. Akan saya
update bila saya dapat ya. Saya hadapi jenis eGIST - Extra Gastrointestinal
Stromal Tumor. Sudahlah jenis kanser yang jarang, jenis GIST yang saya hadapi
pun amat jarang orang dapat. eGIST terjadi pada bahagian luar usus bukannya
didalam seperti biasa. Kebanyakan tumor yang telah keluar semasa surgery bulan
6 lepas, semuanya berada di luar dinding usus. Kiranya saya ni the selected one
la...Syukur , alhmadullilah.
Rawatan utama untuk GIST ni banyak bergantung kepada
beberapa jenis ubat. Gleevec, Sutent dan beberapa lagi. Saya sendiri sedang
mengambil Gleevec (800mg daily). Side effects? Not something that I would
enjoy...but patient is virtue , right? +ve thinking...is all it takes.
OK..that's all for now. Insyallah saya akan mula menulis
pengalaman saya sepanjang saya diuji dengan sakit ini.
Stay healthy, stay +ve.
./erni
* Almarhumah adalah Pengurus Besar Karangkraf Digital - semua projek ebook, web majalah, portal ILHAM, belian dan tempahan online. Suatu masa dulu segala masalah IT, komputer dan server majalah, buku dan akhbar adalah dibawah seliaan arwah