Sewaktu tiga orang anak kami masih bersekolah, ketika zaman saya dan suami sibuk dengan kerjaya, waktu untuk kami berdua untuk bersama denga nanak-anak amat terbatas. Kerjaya saya sebagai wartawan, penyunging, peolong editor dan editor amat memenatkan.
Kemudian alhamdulillah naik pangkat menjadi Editor Kanan, kemudian menjadi Editor Pengurusan majalah dan naik pangkat lagi menjadi Editor Kumpulan Akhbar Sinar Harian, kerja memang semakin banyak sehingga kami tidak boleh kompromi dengan masa dan cuti.
Semua itu tambah ke klimak tanggungjawab sekarang apabila saya menjadi Pengurus Besar Grup Buku Karangkraf yang menyelia empat bahagian penerbitan iaitu Alaf 21, Buku Prima, Karya Bestari dan Jabatan Al-Quran.
Kesibukan demi kesibukan dan hambatan kerja, berlalu biasa seiring dengan pertambahan usia dan anak-anak pula semakin meningkat dewasa dan matang berfikir. Mereka sudah semakin berdikari, sudah bijak menentukan hala tuju masing-masing dan kami sebagai emak dan bapa, menasihati yang mana baik dan yang mana buruk...
Kini seperti Allah swt mahu membayar kembali masa sibuk dulu dengan kelegaan... hampir setiap hari kami ada lebih banyak masa bersama, lebih ruang untuk mengerat kasih dan sayang. Alhamdulillah, semoga bahagia ini kekal berpanjangan hingga ke Jannah-MU.
No comments:
Post a Comment