Monday, October 14, 2013

Aidiladha: Balik kampung


Jika tahun lalu kami membuat kerja korban sempena Aidiladha di kampung suami di Kg 30, Tokai, Alor Star, Kedah, maka tahun ini pun sekali lagi kami menyambut Aidiladha di kampung suami. Kali ini kami suami isteri sahaja yang balik kampung, anak-anak tidak mahu ikut sama.

Anak-anak memilih untuk menyambut Aidilada di rumah datuk mereka (bapa saya) di Bandar Tun Razak. Di sana ada 11 ekor lembu hasil kerjasama para jemaah kariah Surau Hidayatul Islamiah, Bandar Tun Razak.

Bertolak 11 pagi dari Shah Alam, kami suami isteri selamat tiba di kampung pada jam 6 petang. Suasana senja yang nyaman menyambut kepulangan kami... malamnya hujan lebat, hingga pagi. Kami orang perempuan sibuk membalut ketupat palas dan mendakap pulut dakap.


Hehee jangan tak tahu... menanti orang luar Kedah ini memang terror bab membalut ketupat. Semuanya berkat ajaran arwah mak mentua... terima kasih mak! Katanya kerja saya cantik dan kemas, kalah anak menantu orang Kedah sendiri. Jangan marah ya... eh, mak mentua sengaja nak puji saya tu...




No comments: