HAMPIR lima tahun tidak ke Johor Bharu, padahal abang saya bertugas di sana. Dia dan isteri tinggal di Kota Tinggi dan saban hari berulang alik ke JB, malahan hampir tiap minggu mereka akan berada di Shah Alam dan Kuala Lumpur kerana anak-anak mereka berada di sini.
Dalam perjalanan Shah Alam ke JB saya memang sudah tanam niat dalam hati hendak merasa asam pedas Melaka atau asam pedas Johor. Di RnR Pagoh kami singgah makan asam pedas ikan kembung dan sayur bayam tumis. Alhamdulillah... sedap tapi pedas sedikit...
Malam, sampai sahaja di JB untuk majlis anjuran DBP esoknya, kami sudah dilamar ke Kg Melayu JB untuk menikmati "Murtabak Daging Singapore' yang memang sedap. Sate dan mi rebus juga amat mengenyangkan...
Sebelum Maghrib kami dikunjungi sahabat lama, Puan Rahimah Muda JB yang memang terkenal sebagai penggiat seni dan kebudayaan negeri Johor. Beliau penulis skrip drama radio dan televisyen. Beliau juga penulis skrip dan pengarah teater yang terkenal di Johor.
Bertuah hari ini dapat berjumpa Rozninah Abd Azib penulis buku Biografi Inspirasi Prof Dr Muhaya. Beliau juga penulis buku Cinta @FB dan siri Fantasi Natasya terbitan Buku Prima Karangkraf.
No comments:
Post a Comment