RUMAH Itu Duniaku (1964) karya Hamzah Hussein, Bukan Salah Ibu Mengandung (1969) judul asal Memang Nasib Celaka Badan, Kalau Berpaut Di Dahan Rapuh (1971) (Harun Hassan), Langit Petang (1982) (A Samad Said), Ranjau Sepanjang Jalan (1983) (Shahnon Ahmad), Mira Edora (1990) (Khadijah Hashim), Black Widow Wajah Ayu (1994) (Raja Azmi) dan Jogho (1997) (S Othman Kelantan)
Di atas adalah antara karya-karya yang telah diadaptasi dari novel menjadi drama dan filem sejak 1964 hingga ke tahun 1997. Senarai ini mungkin ada yang tertinggal, namun ini jelas menunjukkan karya novel boleh diterjemah daripada karya teks kepada karya visual.
Beberapa penerbit dan penulis skrip kini mengambil langkah membuat adaptasi ini memandangkan karya novel sudah mendapat tempat di hati pembaca dan apabila dijadikan karya di layar televisyen atau filem, sambutan hebat pasti akan menyusul.
Novel ini antara yang terpilih. Sedang melalui proses penulisan skrip.
Novel-novel saya ada juga yang sedang dalam perbincangan untuk diadaptasi. Peringkat-peringkat perbincangan sedang dan telah diatur. Projek ini mengambil peranan banyak pihak iaitu penulis skrip, penerbit, pengarah, pelakon, promosi dan penonton.
Boleh dapatkan link ini untuk info selanjutnya. >>> NOVEL ADAPTASI <<<
No comments:
Post a Comment