SUKA BERTEMU DUKA
BERSELANG beberapa minit dengan laungan Merdeka! Merdeka! Merdeka! kerana sambutan Kemerdekaan Malaysia yang ke 47, kami warga Karangkraf menerima berita sedih. Seorang rakan sekerja kami telah meninggal dunia di Hospital Selayang. Allahyarham Zaaba sebelum itu telah koma, kerana platletnya jatuh ke paras paling rendah. Bleeding tak henti di hidung, mata, telinga dan mulut hinggalah ke akhir hayatnya. Allahyarham Zaaba bertugas sebagai eksekutif jualan iklan, seorang yang penyabar, pemurah dengan senyuman dan mudah bekerjasama. Paling hiba apabila diberitahu anak sulungnya akan menempuh peperiksaan UPSR minggu hadapan. Dia tak henti-henti mengaji dan membaca yassin di sisi jenazah ayahnya.... Semoga arwah Zaaba di tempatkan di kalangan mereka yang beriman.
No comments:
Post a Comment