CERIA HUJUNG MINGGU
"TIADA apa yang kerajaan ambil, tetapi banyak yang kerajaan beri pada rakyat." Ini satu komen yang saya baca dalam akhbar hari ini mengenai bajet yang dibentangkan semalam. Banyak rumusan yang boleh dibuat dan rata-ratanya kepuasan tetap ditangan rakyat. Dari elaun pak imam, guru-guru, polis, pekerja gomen, cukai buku (naik RM700!) dan cukai insurans, semuanya melegakan. (Hanya duti eksasis bagi rokok dan minuman keras sahaja yang meningkat, itupun untuk memupuk gaya hidup sihat). Ok, semoga peruntukan itu betul-betul disalur dan semua pihak mendapat manfaat dalam usaha membawa Malaysia menuju negara kelas satu. Kakitangan kerajaan dah confirm dapat bonus. Happylah mereka. Yang swasta ni camana ya?
HARI ini akan berlangsung satu lagi acara kekeluargaan bagi pekerja di Kump. Karangkraf. Seperti tahun lalu, tahun ini sekali lagi acara Sukan Keluarga akan diadakan di Stadium Matsushita di Shah Alam. Lebih kurang 2,000 pekerja bersama ahli keluarga akan berhimpun menyertai pelbagai acara menarik. Ia lebih kepada sukan rakyat dan beberapa acara balapan untuk para atlit Karangkraf.
Saya sekeluarga ahli rumah merah! Ingat lagi pada arwah Zaaba yang kematiannya saya ceritakan pada 31 Ogos lalu? Nak buat camana, tahun ini nampaknya taiko tarik tali rumah merah dah tiada... Kekuatan kami sedikit tergugat. Namun insyaAllah ahli-ahli yang tinggal akan mencuba seberapa daya untuk meraih kejayaan. Begitu juga dengan acara perbarisan. Sudah tiga tahun berturut-turut rumah merah jadi juara. Tahun ini rumah merah mesti juara lagi!
Acara berlangsung dari 10 pagi dimulakan dengan keseronokan anak-anak di kolam renang. Upacara untuk dewasa seperti tarik tali, terompah gergasi dll sukan rakyat diadakan sebelah petang. Tiga set permainan belon gergasi juga turut disewa khas. Jika anda boring tidak tahu hendak ke mana-mana petang ini, jumpa saya di Stadium Matsushita di Seksyen 26 Shah Alam.
No comments:
Post a Comment