PINDAH
MINGGU ini adalah minggu `pindah'. Saya sudah berpindah bilik. Kepada bloggers yang pernah datang ke Karangkraf, lain kali kalau datang, jangan tuju ke bilik dulu... mesti tak jumpa saya di situ lagi. Alhamdulillah, di bilik sekarang saya dapat melihat matahari secara direct. Memang sengaja saya menyelak bidai luas-luas. Saya suka suasana terang benderang. Biar cahaya masuk, biar ilham datang...
Agaknya kerana penangan pindah ini, saya diserang flu yang teruk. Ada batuk yang aduhai... sakit tekak. Kering dan pedih. Hingus pulak asyik meleleh. Habis tissue paper berkotak. Kepala pun rasa bengang. Mata pedih. Kelopaknya rasa berat nak diangkat, berair. Suara pun mengalahkan Ella...
Petang tadi saya menjadi tetamu First Lady. Macam-macam yang dibualkan, semuanya secara santai, tidak formal. Penuh gelak tawa dan nasihat menasihati. Eh, empat setengah jam di Putrajaya elok pulak, tak selesema! Tapi sekarang ni hidung kembali sebu sendat semula... tak ada bau apa pun!
No comments:
Post a Comment