BULI
KEBETULAN ramai rakan bloggers menulis tentang kes buli di sebuah sekolah agama di Negeri Sembilan baru-baru ini - kali ini saya pun ingin bercakap tentang isu buli dalam kerjaya saya ini.
Kenyataannya ialah wartawan senior memang membuli yang junior. Ya ada! Tapi tidaklahlah sampai dibawa ke hospital kerana luka parah, melainkan rasa tension dan sakit hati saja! Biasanya ini berlaku sebelum wartawan berkenaan disahkan dalam jawatan (kebiasaannya 3 - 6 bulan). Lama tu, jenuh jugalah menahan hati, menangis dan ada yang rela letak jawatan.
Antara cara wartawan senior membuli; disuruh pergi tugasan wartawan senior - menaip tugasan wartawan senior - diminta stay back hampir setiap malam - dipaksa belikan roti canai dan air tiap hari - kalau baru datang KL dan tak mahir dengan laluan di KL, disuruh keluar ke tempat assignment (yang sebenarnya dekat sahaja) tetapi dengan arahan perjalanan yang jauhnya hampir 30 km - disuruh mencari gambar yang bukan-bukan (contohnya gambar peninju Muhammad Ali pakai serban) - bekerja sabtu/ahad tiap-tiap minggu - jika outstation, wartawan senior tidur saja dalam kereta, wartawan junior memandu dan keluar masuk kereta bertanya arah jalan - kalau tidur di hotel pula, tak boleh tidur sekatil, wartawan junior kena tidur di carpet. Sebenarnya da banyak lagi...
Cara pengarang membuli pula ialah dengan tidak memberi byline!
No comments:
Post a Comment