KALAU UNTUNG SABUT....
SAYA kerap didatangi agen-agen insurans, saham konvensional, saham amanah, saham pendidikan dan pelbagai skim. Semuanya untuk 'meniagakan wang' agar beranak-anak dalam diam. "You tak perlu buat apa, biar agen yang uruskan. Jika tidak diniagakan, you hanya dapat dividen yang normal, sama macam orang lain... jadi lebih elok diniagakan, sudah tentu dividennya lebih daripada kebiasaan yang you dapat. "
Itulah kata-kata klise yang dikatakan. Mendengar itu serba sediikit hati tercuit jugak. Banyak contoh di sekeliling mengiyakan kenyataan ini. Ramai rakan-rakan telah berjaya `menggandakan' wang mereka dalam diam. Semuanya agen yang uruskan.
Tetapi bercakap tentang agen ini, saya agak fobia. Susah saya nak aturkan temujanji. Selalunya kesibukan menjadi alasan. Tapi tak kanlah saya sibuk sepanjang bulan, sampai tak ada masa setengah jam pun untuk seorang kenalan....
Kenyataan yang kerap saya dengar begini: Agen hanya bermanis mulut ketika menawarkan servis. Apabila kita sudah menandatangani kebenaran untuk pelaburan, dia mula hilang perlahan-lahan. Ada ketikanya dia resign dalam diam. Tiba-tiba kita dibiar mengurus sendiri segala pelaburan. Itu bagi yang bijak mengendalikan, bagi yang tak tahu bagaimana?
Entahlah, saya belum beri kata putus pada satu tawaran pelaburan... ada sesiapa boleh bagi pandangan tentang hal ini?
No comments:
Post a Comment