SIBUK SAKAN - KARANGKRAF 24 TAHUN!
SAYA di pejabat hari ini memandangkan hari ini adalah hari bekerja di Karangkraf. Kami bekerja pada tarikh ini kerana tiada staf yang menyambut perayaan Wesak. Tapi bekerja di saat orang lain cuti, tak banyak yang boleh kami `kerjakan'. Telefon ke pejabat-pejabat tidak berangkat, segala urusan jadi tergendala. Bagaimanapun seperti yang sudah dirancang dan kebiasaan, banyak aktviti dalam pejabat seperti shooting, temubual di pejabat, mesyuarat, perbincangan jabatan dan sesi kursus sahaja yang boleh dilakukan.
Sebenarnya minggu lalu saya benar-benar sibuk. Sebab itulah entri pun tersangkut lama di hari Khamis. Sorry semua... Saya terbabit dalam komiti Annual Dinner Karangkraf dengan temanya Hot & Spicy Nite di Perdana Ballroom Balai Felda pada malam 1 Mei. Saya menjaga bahagian Anugerah Pekerja. Semuanya ada 11 kategori membabitkan pekerja Ultimate Print Sdn Bhd dan Kumpulan Karangkraf Sdn. Bhd. Jenuh jugalah untuk membuat pemilihan yang dilakukan secara manual (untuk pekerja kolar biru) dan online (untuk pekerja kolar putih). Malam itu bab anugerah dimeriahkan dengan multimedia presentation dengan bantuan unit IT.
Malam dinner itu masing-masing bergaya sakan. Semua datang awal untuk lucky draw. Tapi nasib tak menyebelahi... saya ni dah banyak kali tak ada luck. Grand prizes malam itu ada lima;
Grand Lucky Prize - Barang kemas Poh Kong bernilai RM30 ribu
Kedua- Barang kemas Poh Kong bernilai RM10 ribu
Ketiga - Barang kemas Poh Kong bernilai RM10 ribu
Keempat - Barang kemas Poh Kong bernilai RM10 ribu
Kelima - Barang kemas Habib Jewel bernilai RM4,500
Keenam - Barang kemas Habib Jewel bernilai RM3,500
... dan lebih 300 barangan berharga lagi seperti TV 29 inci, peti sejuk, vacum, microwave, vcd player dll.
Tak mengapalah, bukan rezeki saya dan komiti (komiti lain pun tak dapat hadiah - sabar je lah!) Tapi kami dah berusaha bersungguh agar majlis berjalan lancar. Nampak gayanya semua pekerja dan suami puas hati termasuk soal makanan, show, pertandingan, artis jemputan, hadiah dan lain-lain.
Yang pastinya komiti semua dah berusaha melipat-ganda kerja. Di masa sama kerja pejabat semua beres, tak ada majalah atau akhbar yang tersangkut, semua on time. Deadline okey. Disiplin pun saya puas hati, okey. Senyum jugaklah dalam sibuk-sibuk dengan meeting Annual Dinner... Nak tengok gambar-gambar? Tengoklah....
No comments:
Post a Comment