ENJOY... JANGAN TAK ENJOY
SAYA dapat merasakan kegembiraan dan semangat tak sabar-sabar sebahagian ahli GEJU yang hendak berkumpul di lokasi kepunyaan Kak G dan famili di KLD. Apa nak kata... saya tak boleh turut serta kali ini kerana ada beberapa perkara yang perlukan komitmen saya. Memang hati nak pergi tapi kaki tak boleh melangkah pergi. Ewah, indahnya bahasa Melayu kita kan!
Kepada semua saya ucapkan selamat bergembira dan selamat mengenali alam yang penuh dengan rahsia, mengenal bahasa pokok, memesrai indahnya mentari pagi dan redup petang. Melihat indahnya awam gemawan yang akan berkahwin di tengah tasik jika hari terang. Melihat bulan mengundur diri kala syuruk. Mendengar bunyi unggas. Melihat nikmatnya pacat menyedut darah. Melihat kepak beburung yang bangga dapat terbang bebas. Segala-galanya....
Sebelum pergi pastikan semua yang penting dibawa bersama. Kepada yang sakit jangan lupa ubat-ubatan. Yang tak sakit pun kena ready jugak. Jangan tertinggal cermin mata, pakaian sukan, h/p, rm, baju, kasut, stokin dan asam boi...(visa tak payah!) Ok happy holiday, semoga selamat pergi dan selamat balik. Sampaikan salam saya untuk semua.
No comments:
Post a Comment