SAYA YANG BUKAN SAYA... SEMALAM
TENGAH hari semalam saya `angin'! Sebenarnya saya jarang naik angin. Kawan-kawan rapat tau sikap saya ni. Kalau boleh saya cuba elak daripada naik angin dengan orang lain tak tentu pasal. Tapi semalam dah terover sikit. Ceritanya macam ni... bukankah kita cuti panjang bertindan-tindan seminggu lepas, jadi banyaklah bil yang tertunggak. Mana yang boleh online dengan Maybank2u dah dibereskan. Tapi bil rumah dengan kereta, kenalah selesaikan cara manual. Bank pulak kalau setakat bawah RM3 ribu kena urus sendiri pengeluarannya dengan ATM (teringat entri mba pasal ni).
So saya pun beraturlah di ATM. Depan saya ada empat orang. Belakang saya ada seorang perempuan dan di belakang dia ada lagi lima orang. Masing-masing dengan wajah `dahagakan' RM. Macam saya jugak. Tiba gilliran saya, saya pun teruslah tukar menu untuk pengeluaran melebih RM1 ribu. Kakak belakang saya dah berdecit. Saya teruskan hajat saya dan RM1 ribu sudah ada dalam tangan. Kemudian saya masukkan kad lagi untuk pengeluaran RM1 ribu lagi. Dia berdecit lagi... (sure dia bukan cencorot!). Saya teruskan lagi aktiviti untuk pengeluaran akhir RM1 ribu lagi. Kali ni dia kata `ya Allah....!'
Hati saya berdesup. Eh apa pasal pulak dia macam tu? Saya dah buat dosa ke? Bagi saya berat sungguh ucapan dia tu... tak kena mengena dengan aktiviti saya yang sedang mengeluarkan duit. Sebaik saja habis proses pengeluaran dan duit dah ada dalam tangan, saya menoleh memandang tepat ke mata dia.
"Hey...! Saya keluarkan duit saya tau!"
"Ini duit saya! Bukan duit awak!"
"Saya ambik duit saya! Kenapa awak nak marah saya hah?"
"Saya beratur depan awak. Sayalah dulu. Awak tunggu saja giliran awak!"
Lepas tu saya terus blah...! Ketika saya menoleh semula, dua tiga orang di belakang kakak tadi tersengih pada saya. Bila sampai dalam kereta saya terfikir balik. Eh, gilanya aku hari ni. Tak pernah aku macam ni... Ya Allah, maafkan aku kalau tadi aku `angin' sikit. Mungkin kakak tu urgent dan mustahak perlukan duit. Tapi aku pun urgent dan perlukan duit.
No comments:
Post a Comment