TOLONGLAH... BUKAN SALAH SAYA!
BERGADUH (bertegang leher) di telefon adalah lumrah. Kebiasaannya bersoal jawab itu bukanlah untuk menegakkan siapa betul siapa salah, tapi masing-masing nak mempertahankan pendirian. So lepas tu buatlah keputusan ke arah kebaikan.
Begini ceritanya; saya mengambil pakej khidmat bayaran tol menggunakan sistem reload daripada kad kredit. Dalam satu hari saya membelanjakan RM3 waktu pergi kerja dan RM3 lagi waktu balik ke rumah. Jadi dalam sehari saya akan membayar RM6.00. Dalam sebulan lebih kurang RM162 hanya untuk bayaran tol. Minyak lain cerita.
Dengan kemudahan reload ini, setiap kali baki tag tinggal RM20, secara automatik akan ditambah RM100 dan tag itu secara automatik akan menjadi RM120. RM100 itu akan dikredit ke kad kredit. (Harap-harap faham dengan penjelasan ni...) Oleh itu setiap bulan saya hanya membayar pada bank. Jujur saya katakan saya gunakan kad kredit itu hanya untuk bayaran tag. Belanja lain memang saya elakkan daripada menggunakan kad plastik tu.
Yang menyakitkan hati, kemudahan tag saya ditahan (blocked). Palang yang saya lalu tu tak terangkat! Dua tiga lagi cuba drive dan reverse tapi masih sama juga. Orang kereta belakang dah naik marah. Okeylah, saya mengalah dan memasuki lorong manual.
Atas rasa tak puas hati sampai saja ke pejabat, saya menelefon ke syarikat tag berkenaan. Oh my God! Saya diberitahu kononnya saya telah berhutang berjumlah hampir RM1 ribu. Pulak dah? Kenapa jadi macam ni? Bukankah saya membayarnya setiap bulan kepada bank?
Hasil sesi bertekak itu saya dapat keputusannya: Bayaran yang saya bayar pada bank setiap bulan itu tidak dikemaskini oleh syarikat tol berkenaan. Mereka harapkan bank berkenaan membayar kepada mereka. Tapi kalau bank tak membayarnya, bukankah mereka berhak menuntutnya pada bank?
Dek kerana komunikasi yang tak betul ni saya sebagai pengguna yang mendapat susah! Sekarang ni saya terpaksalah beratur panjang untuk membayar tol secara manual. Katanya dalam proses... tapi entahlah sampai bila!
No comments:
Post a Comment