PERMOHONAN KERJA
SAYA dan rakan-rakan di pihak pentadbiran kini sedang memproses banyak permohonan yang diterima untuk mengisi pelbagai jawatan kosong di Kumpulan Karangkraf. Iklan mengenainya telahpun disiarkan beberapa kali di akhbar-akhbar harian berbahasa Inggeris dan juga akhbar serta majalah terbitan kami sendiri.
Sambutannya wow... ramai sungguh yang memohon. Jika dilihat daripada permohonan yang berlonggok di hadapan saya ini, jelas bahawa tuntutan pekerjaan kini semakin demand. Semakin ramai yang memerlukan pekerjaan. Ini termasuk juga permohonan daripada bidang lain yang tidak ada kena mengena dengan penerbitan tetapi berminat untuk memohon pekerjaan di bidang ini. Contohnya, degree dalam perancangan bandar, degree dalam penyiaran dan sebagainya.
Di pihak lain pula saya melihat bahawa tahap kepercayaan orang luar terhadap syarikat ini semakin tinggi. Mereka mahu sama-sama menuju ke arah kecemerlangan bersama Karangkraf. Dengan ini saya percaya`brand' Karangkraf ini semakin berprestij. Terima kasih.
Berbalik pada borang permohonan... kebiasannya saya menyaring permohonan berdasarkan latarbelakang penulisan mereka kerana itulah bisnes kita. Sijil banyak pun tak boleh disandarkan harapan kalau satu rencana pun tidak pernah tersiar di mana-mana penerbitan. Ia amat tidak menyakinkan penemuduga nanti. Sekurangnya kepilkan bersama permohonan itu tulisan-tulisan dalam pelbagai bidang, bukan saja kerja kursus.
Bagaimanapun ada juga yang bukan dari bidang penerbitan namun masih diperlukan di Karangkraf. Dilain enti saya akan menulis mengenai topik ini.
No comments:
Post a Comment