BERTEMU LAGI!
SAYA dan tiga orang anak, alhamdulillah selamat tiba di KLIA lebih kurang pukul 9.45 malam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim Alor Star pada pukul 7.55 malam. Menaiki penerbangan AirAsia terasa amat menyenangkan, selesa dan padanlah dengan tambang yang dikenakan. Toleh kanan, kiri, depan dan belakang, balik-balik muka orang kita. Bertegur sapa macam dah kenal lama. Betullah slogan AirAsia - Now Everyone Can Fly!
Sepatutnya masuk kerja semalam tapi sorry, atas permintaan terpaksa stay sehari semalam lagi - jumpa kawan lama dan ada agenda yang tak boleh dielakkan. Sekarang suami masih di AS, mungkin hingga 22hb. So hari ini kena isi borang cuti extra tu. Di AS lima hari empat malam, cuma sehari sahaja di kampung. Selebihnya di Holiday Villa. Ke Pekan Rabu pun hanya berjalan kaki. Ya, cuti ini amat berfaedah. Tapi saya rindu dengan bloggers... bukan tak mahu online tapi bak kata bait dalam JANGAN ADA DUSTA : Simpan rindumu dalam dada; kusimpan rinduku jadi nyala!
Ya Laili dan semua, selamat mengundi pada hari Ahad ini. Buatlah pilihan bijak demi masa depan generasi kita. Tentang soalan Melor pula `kenapa watak dalam JAD asyik bersengketa' saya tersenyum dengan soalan Melor tu. Kita manusia memang ada saja yang tak kena. Tapi endingnya ok kan? Melor, KLDSK kena baca juga.
- Casanova: salam sayang yah kak dari aku yang ada di semarang Indonesia. : Ini cewek atau cowok? Pernah teringin untuk ke sana. Ya mungkin satu hari nanti saya pasti akan ke Semarang. Batiknya bagus kan?
- DiNa: Selamat bercuti utk kak sri..moga trip anda sekeluarga meninggalkan kenangan manis dan menambah lg idea utk berkarya. Sudah semestinya Dina! Tunggulah novel seterusnya. - wkdin: salam buat kak sri semoga ceria selalu . - zino: selamat bercuti.. Terima kasih Wkdin, Seri & Zino!
- zar: selamat cuti cuti mesia kak... zar jumpa jumaat pagi bleh tak? Zar, jumpa Monday lagi okay sebab esok Kak Sri kena kendalikan kursus seharian - untuk editor-editor. - mely: alamak... baru perasan kak sri cuti... br td plan nk ke opis kak sri lunch karang. - Mely jangan lupa datang minggu depan. Kak Sri tunggu.
- msfaiz: salji memutih sejuk dan membeku bibirku kaku -ok tak haiku saya ni kak sri msfaiz; salji memutih (5 sukukata) sejuk dan membeku (6 sukukata) bibirku kaku (5 sukukata). Sepatutnya 5-7-5 Jadi betulkan baris kedua tu.
joliekins: telah mencongokkan diri di sini di pagi ahad yang hening sambil makan seketul biskut dan meninggalkan beberapa comment di posting2 kak sri . Wah cayalah Joliekins! Ini balasannya - telah kubaca komen darimu sambil tercongok depan pc di malam yang hening dan dingin ini, di saat orang lain sudah tak terkira dengkurnya...
No comments:
Post a Comment