DUB DAB DUB DAB...
HARI ini saya dan beberapa orang pegawai kanan akan mengendalikan satu lagi sesi temuduga. Calon-calon yang berjaya hari ini akan diserapkan sebagai wartawan pelatih di Kumpulan Karangkraf dalam masa enam bulan.
Mereka ini akan dinilai dari semasa ke semasa untuk diambil sebagai wartawan tetap. Bagaimanapun mengikut pengalaman lalu ada yang telah menunjukkan prestasi bagus sebelum sempat sampai enam bulan. Mereka biasanya akan terus diterima dan layak mendapat pelbagai kemudahan lain.
Mengikut rekod, hari ini ada seramai 30 orang peserta. Ini sudah pastinya akan mengambil masa sehari suntuk. Kebiasaannya, selain sesi temubual, kami juga mengadakan beberapa sesi ujian antaranya;
- ujian bertulis melaporkan berita/rencana
- terjemahan artikel BM ke BI
- terjemahan artikel BI ke BM
- temuduga akan dikendalikan dalam BM dan BI
Ya, selain kelulusan, interest lain pada individu berkenaan turut diterima dan amat diperlukan.
No comments:
Post a Comment